Jumaat, 30 Mac 2012

Kemangkatan Raja Ashman

... Al Fatihah


diatas kemangkatan Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah iaitu anakanda yang kedua kepada Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhun Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu (Sultan  jajahan negeri Perak Darul Ridzuan)...KAMI SELURUH RAKYAT JELATA DIBAWAH JAJAHAN TAKLUKAN SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KERABAT DIRAJA NEGERI PERAK.


...Raja Ashman Shah meninggal dunia pada kira-kira pukul 6:30 pagi kerana serangan asma dan alahan. Almarhum meninggalkan seorang balu, Noraini Jane Kamarul Ariffin dan anak-anak.


Upacara pengebumian akan diadakan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.







* sumber dari Utusan online dan laman sesawang serta facebook

Pembangkang dibidas kerana perbodohkan rakyat- Dato’ Shamsuddin

Ketua UMNO Bahagian Tapah, Dato’ Shamsuddin Abu Hassan membidas parti-parti pembangkang kerana memberbodohkan rakyat dengan mendakwa lawatan acap kali Perdana Menteri dan Timbalannya ke Perak sebagai membantu usaha menyelamatkan Perak dari jatuh ke tangan pembangkang.

Sambil menafikan dakwaan itu , katanya, lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak adalah merupakan lawatan kerja sebagai usaha untuk mempercepatkan proses pembangunan di Perak.

``Langkah lawatan PM dan timbalannya ke Perak jelas membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan rakyat Perak khususnya masyarakat diluar bandar termasuklah masyarakat Orang Asli.

``Ini sejajar dengan slogan yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir iaitu Tiada Tertinggal Tiada terpinggir ,’’ katanya kepada Peraknews.

Beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Tapah dan Adun Air Kuning berkata, pembangkang kini sudah kehilangan modal kerana mereka terpalit dalam kemelut dalaman seperti isu video seks yang membabitkan pemimpin utama mereka serta masalah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Menurut Dato’ Shamsuddin, bagi mengalih perhatian rakyat pembangkang terpaksa mencipta pelbagai isu untuk memburuk-burukkan BN bagi mempastikan rakyat terus memberikan sokongan kepada mereka.

Katanya, pemimpin umno sering membuktikan mereka meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi .

Sebagai contohnya kata beliau kes Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 18 April ini bukan kerana dipaksa atau diminta oleh sesiapa tapi dibuat secara sukarela .

Katanya, ini amat berbeza sekali dengan pemimpin-pemimpin pembangkang apabila berdepan dengan isu sebegini mereka tidak mahu melepaskan jawatan tetapi apabila ia membabitkan pemimpin UMNO mereka cuba memandai-mandai dengan mengusulkan agar Shahrizat turut meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.

Dalam konteks Perak, Dato’ Shamsuddin berkata, Dr. Zambry telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang menerusi pendekatan turun padang.

Katanya, Dr. Zambry telah berjaya menarik sokongan rakyat sehingga beliau yakin BN Perak akan menang besar dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

* sumber laman sesawang media kerajaan

Selasa, 27 Mac 2012

...buat renungan

Dari Abu Hurairah,


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Golongan pertama yang akan masuk syurga, wajahnya nampak seperti bulan pada malam purnama, mereka tidak meludah tidak ingusan, tidak buang air kecil, dan tidak buang air besar, mereka dibuat dari emas. Aroma dupanya harum seperti dupa India. Aroma peluh mereka seperti wangian. Setiap orang mempunyai dua isteri yang sumsum betisnya kelihatan di balik dagingnya kerana kecantikannya. Tidak ada perbezaan pendapat di antara mereka. Mereka tidak saling dengki satu sama lain. Mereka bertasbih kepada Allah, setiap pagi dan petang.” (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim) 


Sudah dikemukakan hadis mengenai orang yang akan masuk syurga tanpa hisab (penghitungan). Mereka adalah orang yang bertakwa dan beramal soleh. Mereka beriman kepada Allah hingga sampai pada darjat takwa tinggi seperti mana mereka sampai pada darjat amal soleh yang tinggi. 


Merekalah orang yang tidak akan dihisab amalnya. Mereka juga tidak akan ditimbang, tidak ada buku amal, kecuali buku bertuliskan: Lulus kerana Allah dan Rasulullah SAW. 
Di antara kurnia, kenikmatan dan kemuliaan Allah bahawa Dia menganugerahkan kepada Rasulullah SAW pada setiap satu orang dari yang 70,000 itu membawa 70,000 orang pula. 


Daripada Abu Bakar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku dianugerahi Allah 70,000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab. Wajah mereka nampak seperti bulan pada malam purnama. Hati mereka semuanya sama. Lalu, aku memohon tambahan kepada Allah dan Allah menambahkan untukku setiap satu orang menjadi 70,000 orang.” (Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad dengan sanad yang sahih). 


Golongan orang yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah golongan yang sifatnya disebutkan dalam surah Al-Waqi’ah. Allah memberi sifat kepada mereka sebagai orang-orang yang beriman paling dahulu dan mereka didekatkan kepada Allah di syurga. Mereka adalah segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Kepada mereka, Allah telah menanamkan kemuliaan, cinta takdir, dan keagungan. Mereka adalah cermin dalam iman, amal kebaikan, jihad, ilmu, anugerah, kelembutan hati, cinta, kesempurnaan, akhlak, dan keagungan. 


Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang paling dulu (beriman), merekalah yang paling dulu (masuk syurga), mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah), berada dalam syurga kenikmatan segolongan besar dari orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang yang kemudian.” (Surah Al-Waqi’ah, 10-14). 

10 perkara yang Yahudi TAK NAK kita tahu !!!



1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi.

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



*sumber/share dari rakan-rakan facebook

Khamis, 8 Mac 2012

Salam Pengenalan...

Salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya, salam sejahtera dan salam persaudaraan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya penduduk negeri Perak Darul Ridzuan yang aman-damai serta makmur ini. Kinta Menjerit (KM) telah muncul kembali dengan wajah baru berikutan blog lamanya yang mungkin telah diceroboh atau di'hack' oleh pihak yang tak bertanggungjawab, mungkin pihak ini cemburu atau tak senang hati mungkin atas tulisan-tulisan yang tajam dan pedas oleh KM.Namun begitu ini tidak mematahkan semangat KM untuk terus bersuara di alam maya dan berjuang di dunia alam cyber ini sebagai barisan hadapan yang bisa menangkis serangan dari pihak yang boleh mengugat keamanan, hak ketuanan tanah-air ini dan pelbagai pencerobohan aspek sama ada dari secara langsung atau tidak langsung.Maka dengan ini KM wujud kembali dengan pautan sesawang yang baru boleh dilayari di ' http://kinta-menjerit.blogspot.com', bersempena dengan pelancaran blog baru KM juga ingin menyeru kepada semua pengguna media digital tak kira pengguna facebook atau twitter atau blogger sekalipun untuk menyertai kumpulan kami iaitu di Perak Cyber Trooper ( PCT ) dalam menyokong perjuangan yang dokong dan tegakkan demi kesinambungan kedaulatan tanah-air ini. Suatu majlis pelancaran akan diadakan tidak lama lagi, insyaAllah jika tiada aral melintang akan dimaklumkan tidak lama lagi jika diizinkan Allah Taala.Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah hubungi KM melalui email atau pesanan di facebook Kinta Menjerit.