Sabtu, 30 Jun 2012

Bukit Gantang diabai Niza Meroyan

KECOH !!!

Niza Meroyan menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum akan datang kononnya untuk memberikan peluang kepada calon Pas lain.

Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman yang tidak berprestasi sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang selama kira-kira 4 tahun.

Niza dicalonkan di Pasir Panjang dan menang menentang MIC, kemudian dilantik menjadi menteri besar (boneka) selama 11 bulan.

“Kemudian, menang di Bukit Gantang dan mentadbir di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawahnya, saya merasakan ini cukup berat kerana Dun Pasir Panjang pun nak jaga dan tiga lagi Dun di Parlimen Bukit Gantang pun perlu ditadbir,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan kunjungan mesra di Pejabat Sinar Harian Edisi Perak, di sini, semalam.

Hadir sama dalam kunjungan berkenaan, Ketua Penerangan Pas Negeri, Ahmad Nuri Al-Amin; Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Salman Salleh dan Penolong Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Safarizal Saleh.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin pula berkata adalah lebih baik mantan Menteri Besar Pakatan itu berbuat demikian berikutan adanya ‘petanda’ dan isyarat yang menunjukkan sokongan terhadap Niza sudah beralih arah.

Katanya ramai pengundi yang dahulunya mengundi Nizar kini mengembalikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.

“Lupakanlah, sia-sia saja dia bertanding..rakyat sudah tahu tembelang dia’’ katanya kepada media di majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, petang tadi.

Rosli yang juga ADUN Trong berkata, perubahan sokongan itu dapat dilihat apabila ramai penyokong pembangkang khususnya PAS sudah mulai menemui beliau dan mengikrarkan sokongan kepadanya.

Menurut beliau, ramai penyokong tegar PAS dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang menyatakan kekesalan mereka kerana menyokong Niza kerana banyak janji yang dibuat langsung tidak dapat ditunaikan.

“Niza adalah pemimpin yang suka berceramah daripada mengutamakan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat,’’ kata Rosli.

Beliau menceritakan bagaimana dalam dua insiden dimana dua penyokong tegar PAS berpatah hati kerana tidak diberikan pembelaan .

Dalam insiden pertama, seorang wanita penyokong PAS telah datang mengadu masalah penyakit kulit yang dihidapi anaknya, katanya.

Menurut beliau, berikutan pengaduan itu dia telah menyelesaikan masalah wanita berkenaan dengan mambawa anaknya mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Pakar Ipoh.

Katanya lagi, dalam insiden kedua seorang penyokong tegar berbangsa India meluahkan rasa kecewa dengan janji yang tidak ditunaikan PAS dengan memberi jaminan untuk menyokong BN di masa akan datang.

Apa yang si Meroyan ni dok sibuk ialah main twetter cari salah pemimpin lain termasuk Sultan Johor dan kacau dengan terjah ke ceramah parti lain. Isu yang terbaru ialah menfitnah anggota TLDM menerima RM50 semasa program hari keluarga bersama ADUN Pangkor. Mana dia nak ada masa menjengok masalah rakyat di kawasan nya sendiri.....hrrmmm banyak temberang punya Niza.




Jumaat, 29 Jun 2012

Nuar NGARNGEH Kerajaan lupus PTPTN sebelum PRU13


Nampaknya Nuar-Al Sodomi akan terlopong sebab kerajaan umumkan pelupusan pinjaman PTPTN sebelum sempat berlaku Pilihanraya Umum ke 13. Ini berikutan janji-manisnya yang akan melupuskan PTPTN sebaik sahaja Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 yang akan datang.

Kepada pelajar yang tidak layak untuk dapat pelupusan PTPTN mereka, harap bayar balik 'pinjaman' tu. Ini hanya untuk yang berkeputusan cemerlang sahaja, takkan nak hadiah jugak kot dah hangpa tak score dalam exam. Jangan putus asa, takpe cuba lagi di masa akan datang, belajar rajin-rajin.


Berikut adalah keratan akhbar tempatan tentang pelupusan PTPTN.


TEMERLOH 29 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Katanya seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana kelas pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.

"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) kepada 124 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam tahun ini di sini, hari ini.

Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, berkata kerajaan membelanjakan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun bagi pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggai awam dan swasta dan sehingga 31 Mei lalu, PTPTN telah memberi pinjaman kepada 1.98 juta pelajar membabitkan peruntukan RM44.18 bilion.

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memberhentikan pemberian pinjaman itu bagi melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. - BERNAMA



* Maap...takde gambor Nuar Al-Sodomi, dah meluat gua.

INFO : Kongsi Gelap di Malaysia

Kongsi Gelap adalah merujuk kepada kumpulan jenayah yang sudah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang-orang bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana orang atasan menyediakan pekerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa- bangsa lain seperti India, Sikh dan Melayu. Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakannya adalah pengikut-pengikut setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin-pemimpin baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya diketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,30,36,360,77,99,313(pesima) dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan-haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai meniru kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia mereka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah". Sehingga kini masih ada ahli-ahli yang taksub, tidak faham, mengikut membuta-tuli dan keliru dengan pengertian perjuangan 'Tentera Merah'.

Wujudnya banyak kongsi-kongsi gelap baru di Malaysia adalah kerana perpecahan antara kumpulan mereka dan perebutan jawatan tinggi. Kebanyakkannya mereka yang menjadi pengikut adalah mungkin kerana pengaruh rakan-rakan yang jahat, ada juga yang mengikut membuta-tuli semata-mata ingin dikenali sebagai 'gangster' serta taksub untuk popular.

Di negara lain juga banyak terdapat kegiatan organisasi kongsi gelap yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13, Yakuza dan banyak lagi.

Namun begitu kegiatan kongsi gelap di Malaysia sentiasa dipantau oleh kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di dalam PDRM pula terdapat unit khas yang dikenali sebagai D7 yang ditugas membanteras kegiatan menyalahi undang-undang oleh kongsi-kongsi gelap ini.



*dipetik dan diedit dari laman sesawang definasi

Selasa, 26 Jun 2012

Anggota TLDM difitnah Niza Meroyan

* Kisah Niza Meroyan lagi!!!... tak habis-habis dia buat hal, biler dia bukak sahaja mulot memang bau longkang...habis busok merata orang lain yang kena.

Tuduhan paling busok yang terbaru dari ADUN Pasir Panjang, Niza Meroyan kononnya anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima RM50 bagi menghadiri program Sehari Bersama Menteri Besar semalam merupakan satu penghinaan paling serius terhadap seluruh warga TLDM.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tuduhan itu amat mengecewakan kaum keluarga TLDM kerana ianya lansung tidak benar dan satu lagi pembohongan besar Niza.

Beliau berkata, pembohongan terbaru Niza itu mengambarkan seolah-olah maruah keluarga anggota TLDM boleh dibeli dengan hanya RM50.

“Niza ternyata tidak pernah serik malah gemar membuat pembohongan dan yang terbaru mengenai tuduhan RM50 kepada anggota TLDM .

“Pembohongan yang dilemparkannya sebelum ini termasuklah isu ancak, Vale dan isu Perdana Menteri dan angkatan tentera untuk menggulingkan kerajaan jika BN tumbang dalam PRU-13 nanti,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran projek dan majlis menandatangani perjanjian jualan gas diantara MAEGMA Steel HRC Sdn. Bhd dengan PETRONAS Berhad di Impiana Hotel, Ipoh hari ini.

“Beliau sendiri tahu kawasan itu berada di bawah DUN Pangkor dan bukan semalam sahaja saya di TLDM, tetapi sepanjang masa dan mungkin bimbang dengan kehadiran 6,000 hingga 7,000 ahli keluarga TLDM maka Niza mengeluarkan Twitt itu.

Dr Zambry turut membidas Timbalan Pesuruhjaya Pas itu kerana menuduh beliau memberi ucapan berbaur politik pada program Hari Keluarga TLDM pagi semalam.

“Sedangkan saya berucap tidak sampai dua minit dan sekadar mengungkapkan penghargaan di atas kehadiran mereka,” katanya.

Menurut Menteri Besar, ketika Niza mengeluarkan Twitt itu, beliau masih lagi berada di pangkalan TLDM kerana program berlarutan hingga ke petang.

Dr Zambry menambah, anggota-anggota TLDM telah menyuarakan rasa sedih, malu dan marah seolah-olah maruah keluarga mereka boleh dibeli dengan hanya RM50 dan kononnya beliau telah membelanjakan RM195,000 bagi tujuan tersebut.

Kawasan dia sendiri dia tak jenguk tapi dok sibuk intai kawasan orang lain, memang kau ni sengaja nak cari isu... dasar mulot longkang hai si Niza Meroyan.


Isnin, 25 Jun 2012

DEDAH!!!...Rancangan Jahat DAP

Malaysia dikejutkan dengan berita gempar pada 13 Mei 2011 yang lalu tentang gerakan rahsia DAP. Pendedahan oleh ahli DAP sendiri yang kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi-paderi di sini baru-baru ini, seorang saksi tampil menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam majlis berkenaan.
Mohamed Razali Abdul Rahman, 43, telah pergi ke Balai Polis Jalan Patani di Pulau Pinang untuk membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai perkara itu.
Mohamed Razali yang merupakan ahli DAP Bahagian Jelutong mengakui dia ada pada majlis kesyukuran itu yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini.
"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini," katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di sini selepas membuat laporan itu.
Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis kerana tidak mahu mengganggu siasatan.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam muka depan Utusan Malaysia pada Sabtu lalu menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.
Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan negara Malaysia.
Sementara dalam laman sesawang The Malaysia Insider pula, Jeff Oii berkata bahawa Mohamed Razali telah dipaksa untuk membuat laporan.

Mohamed Razali menambah, sebagai orang Islam, dia wajib tampil ke depan bagi menceritakan apa yang berlaku pada majlis berkenaan.
"Sebagai orang Islam saya rasa kecewa. Saya ceritakan dalam laporan (polis) apa yang berlaku," ujarnya.

Beliau yang juga bekas ahli UMNO yang keluar sejak tahun pilihanraya 2008 pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP. Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu.

Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia.
Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.

Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya sendiri kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja-Raja Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."

Razali telah untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu mengarahkannya supaya ditarik balik. Guan Eng menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis.


Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:

1. Kristian Agama Rasmi.

2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.

5. Isu azan hanya untuk menguji ke sensitiviti orang Islam.

6. Pertandingan tilawah Al-Quran akan dihapuskan.

7. NGO-NGO Melayu akan dihapuskan contoh seperti PEKIDA & PERKASA.

8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (yang sebenarnya bertujuan untuk penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris akan dijadikan bahasa Rasmi.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun ( kalor sempat, tak mampos lagi ).

12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang-orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka.

20. Pengkalan tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.

23. DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP ini.


* kepada semua orang-orang Melayu dan Islam bersatulah tidak kira dari parti politik mana pun, kita perlu bersatu supaya anasir luar tidak mudah mengkotak-katikkan bangsa kita kerana negara ini adalah Tanah Melayu, kenapa nak digadaikan kepada pihak lain.
Nakkah kubur kita nanti dikencing oleh anak-cucu-cicit kita di masa hadapan sebab kita tinggalkan tanah-air ini dalam keadaan yang susah dan huru-hara kepada mereka.

Ahad, 24 Jun 2012

Niza Meroyan takut nak buat ceramah depan rumahnya di Sg Rokam

Niza Meroyan buat hal lagi!!!

Satu daripada daripada 20 keluarga Melayu yang menetap di Jalan Melati, Kampung Sungai Rokam di sini kecewa kerana jalan masuk ke rumahnya ditutup gara-gara satu ceramah anjuran PAS yang berlangsung di kampung berkenaan malam tadi. Disebabkan jalan ditutup, kenderaannya tidak dapat memasuki rumahnya.

Tidak cukup dengan itu, lain-lain keluarga pula tidak dapat menunaikan solat isyak dan menghadapi masalah untuk tidur kerana bunyi terlalu bising suara-suara penceramah undangan Pas yang bergema kuat daripada alat pembesar suara yang dipasang disebuah rumah yang dikatakan dijadikan markas Pas berhampiran rumah mereka. Namun tanpa menghiraukan bantahan kesemua keluarga terbabit, PAS tetap meneruskan agenda ceramah mereka yang bermula selepas solat Isyak sehingga jam 12 tengah malam.

Menurut Ketua Kampung Sungai Rokam, Haji Yahya Zainuddin, ceramah politik yang dianjurkan Pas dan parti sekutunya PKR malam tadi merupakan siri ceramah terbaru selepas kerap mengadakan siri-siri ceramah politik bermula sejak Februari tahun ini.
``PAS dan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat sudah bertindak melampaui batasan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kerana terang-terangan menganggu ketenteraman awam.

`` Saya telah menerima banyak aduan daripada penduduk kampung ini yang sudah hilang kesabaran dan bosan gara-gara tindakan Pas yang seringkali mengadakan ceramah politik di kawasan Jalan Melati yang dikatakan markas parti itu.

Antara penceramah yang melalak pada malam itu ialah YB Cina Parlimen Gopeng, bakal YB ADUN Sg Rapat (berangan) Radzi dan bekas MB Perak 11 bulan Niza Meroyan.


``Sebagai ketua Kampung di sini saya tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku kerana penduduk Kampung Sungai Rokam amat dikenali sebagai penduduk yang sentiasa amalkan semangat kerjasama dalam menjaga keamanan dan keharmonian kampung mereka,’’ katanya pada sidang media di Dewan Ahmad Said Kampung Sungai Rokam hari ini. Beliau juga bimbang berlaku gangguan ketenteraman awam dan kemungkinan berlaku pergaduhan.

Menurut beliau, penduduk Kampung di sini telah diberi penghormatan oleh Majlis Bandaraya Ipoh apabila Kampung Sungai Rokam diiktiraf sebagai Kampung Sifar Sampah.

Menurut Haji Yahya, beliau telahpun membuat polis di Balai Polis Kampung Rapat pada 19 Jun lalu jam 11.07 pagi sebagai bukti ketegasannya sebaik menerima pengaduan daripada penduduk kampung yang membantah keras tindakan Pas mengadakan ceramah politik di kampung mereka.

``Sebagai Ketua Kampung yang mewakili penduduk, kami mencadangkan Pas dan rakan sekutu mereka PKR dan DAP mengadakan ceramah ditempat lain di luar dari kawasan perkampungan Sungai Rokam demi menjaga keharmonian dan ketenteraman penduduk,’’ katanya.

Sementara itu beberapa penduduk yang ditemui meminta pihak berkenaan campur tangan menghalang PAS daripada mengadakan siri ceramah di Jalan Melati Kampung Sungai Rokam kerana ia merupakan kawasan perkampungan Melayu dan bukannya kawasan yang sesuai untuk dijadakan sebagai medan berpolitik.
Seorang penduduk, Maimunah Mohd Khalid, 52, dia merasa amat kecewa kerana dihalang daripada memasuki rumahnya sendiri gara-gara tindakan seorang petugas lalu lintas dari parti Pas yang menutup Jalan Melati semasa berlangsungnya ceramah politik itu.

``Saya telah berkali-kali meminta laluan untuk masuk ke rumah tetapi saya dihalang oleh penjaga lalu lintas itu sehinggalah saya terpaksa bertindak sendiri memaki hamun penjaga berkenaan sebelum membawa masuk kereta saya ke dalam kawasan rumah saya,’’ katanya.

Puan Rohaya Bawok, 74, pula berkata, dia yang tinggal seorang diri didalam rumah tidak dapat menunaikan solat isyak dengan khusyuk dan sukar tidur kerana gema suara penceramah politik Pas yang terlalu bising daripada pembesar suara.

``Sudahlah saya ini seorang ibu tunggal yang hidup mencari nafkah mengambil upah menjahit pakaian, saya langsung tidak dapat melakukan kerja menjahit kerana gangguan bunyi bising suara-suara penceramah Pas malam tadi,’’ katanya.

Niza Meroyan sepatutnya mengadakan ceramah itu di depan atau dalam perkarangan rumahnya di Sungai Rokam yang mana di situ berdekatan dengan kawasan perumahan orang-orang Cina, kemungkinan boleh jadi terdapat banyak penyokong DAP di sana lebih sesuai. Nak tengok jugak sokongan DAP....ada ka?



Sabtu, 23 Jun 2012

Hari Belia 2012 Parlimen Tambun

Bermula pada jam 8 malam pada 23hb. Jun 2012, Sabtu kawasan parlimen Tambun mengadakan Sambutan Hari Belia tahun 2012 di kawasan hadapan bangunan pasar yang baru dibina di pekan Chemor.

Berbagai acara dan program diadakan untuk disertai oleh pelbagai golongan belia kawasan parlimen Tambun. Untuk menghiburkan pengunjung satu mini konsert juga dibuat yang dijayakan oleh artis-artis terkenal antaranya kumpulan rock MAY, penyanyi Thom dan seorang penyanyi perempuan cina ( tak sempat gua nak tanya nama dia ).

Ahli parlimen Tambun iaitu YB Dato Husni Hanadziah juga hadir bukan sebagai tetamu VIP tetapi bersama-sama turun berjumpa rakyat dan bergaul beramah-mesra sesama masyarakat yang hadir. Di kesempatan ini ramai para hadirin yang tidak melepaskan peluang kesempatan untuk bersalaman dengan YB kesayangan mereka serta bergambar. Dianggarkan lebih kurang 5000 pengunjung yang hadir ke program mesra rakyat ini. Pelbagai kategori masyarakat yang hadir bukan sahaja dari bandar ada yang dari kampung juga masyarakat orang asli juga kelihatan ramai yang hadir disamping mereka membawa ahli keluarga serta anak-anak kecil.

Di sekitar kawasan program juga terdapat banyak dibuka gerai makanan dan minuman begitu juga booth mempromosi pelbagai produk berkaitan belia.

Program seperti patut selalu diadakan oleh pemimpin supaya dapat turun padang dan bertemu rakyat khususnya di kawasan kampung yang jarang ada aktiviti mesra sebegini disamping adanya hiburan.

Syabas parlimen Tambun!!!



Isu SAR Taman Pegoh Aman dalang DAP

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan PAS yang sanggup bersekongkol dalam usaha menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di sini, yang bertujuan memberi didikan agama kepada anak-anak penduduk di kawasan tersebut.

Sambil menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang amat malang, NGO berkenaan menegaskan, PAS sepatutnya tampil mempertahankan pembinaan SAR terbabit kerana ia bakal memberi manfaat kepada anak-anak penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Menurut mereka, apa yang berlaku membuktikan PAS kini lebih mengutamakan keuntungan politik sehingga sanggup mengenepikan perjuangan agama yang dilaung-laungkan selama ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, meskipun berbeza ideologi, pendapat dan perjuangan antara satu sama lain, PAS sanggup mengorbankan asas perjuangannya demi menjaga hati rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sepatutnya dalam soal pengembangan agama dan negara Islam, tidak ada kompromi mengenainya. Tidak kira mereka siapa, tindakan itu harus ditentang dan bukannya disokong.

"Pada saya, tindakan Pas itu amat menjijikkan. Janganlah hanya untuk kepentingan politik, semuanya kita redah. Politik pun perlu ada sempadan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tindakan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan PKR membantah pembinaan SAR Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini atas alasan mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Pas dan PKR didakwa bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Warisan Adat Melayu Malaysia, Datuk Mohammd Rodzi Awang Kechek pula menyifatkan perjuangan bertahun-tahun Pas menegakkan Islam sudah berkubur apabila tindak-tanduk mereka semakin menampakkan percanggahan.

Menurutnya, perjuangan Islam PAS hanya ada pada simbol memandangkan parti itu kini hanya terarah untuk menarik sokongan politik.

"Pas perlu menjawab kepada rakyat, apa salahnya pembinaan SAR itu sedangkan, ia demi manfaat penduduk di situ yang majoritinya orang Islam.

"Rakyat mempersoalkan apa sebenarnya perjuangan Islam dalam Pas sehingga pembinaan sekolah untuk anak-anak orang Islam sendiri mahu dihalang. Tindakan PAS ini benar-benar mengejutkan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suara Anak Muda 1Malaysia Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, tindakan PAS dan PKR membantah pembinaan SAR Taman Pegoh Aman tidak masuk akal lebih-lebih lagi ia disuarakan parti yang kononnya memperjuangkan kepentingan agama.

"Sekolah itu hanya menggunakan 0.3 hektar daripada 1.6 hektar keluasan keseluruhan padang. Kenapa usaha murni ini mahu dihalang? Bantahan mereka itu benar-benar tidak masuk akal," katanya.

Pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman, Pengkalan Pegoh Ipoh terus diperalatkan untuk kepentingan politik pihak tertentu berikutan sekumpulan penduduk di kawasan itu bertindak membuat laporan polis membantah pembinaan bangunan itu.

Difahamkan laporan polis itu telah dibuat di Balai Polis Daerah Ipoh pada jam 10 pagi tadi oleh enam orang penduduk yang mendakwa mewakili penduduk di kawasan itu. Penduduk didakwa membuat laporan polis mendakwa projek itu menceroboh kawasan padang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui pemberita selepas satu majlis di Stadium Indera Mulia, Ipoh pagi tadi, sekali lagi memberi peringatan keras kepada PKR dan PAS supaya tidak memainkan isu pembinaan SAR itu secara melampau. Katanya isu berkaitan pendidikan amat sensitif dan ianya tidak harus dipolitikkan semata-mata ingin menjadi ‘hero’.

“Saya tidak faham dengan PAS. Yang kita bina adalah sekolah agama untuk keselesaan pelajar. Kenapa nak bantah?Sekiranya kita tidak peduli dengan pelajar ini yang terpaksa belajar agama di bawah khemah, mereka akan kata kita abaikan kebajikan rakyat,” katanya.

Katanya kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera bagi projek tersebut bukan atas kepentingan politik tetapi kerana tidak mahu melihat masalah yang dihadapi pelajar sekolah itu berpanjangan.

"Beberapa bulan lalu, ada penduduk hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya minta jasa baik kerajaan negeri bantu kanak-kanak yang belajar di bawah khemah. "Takkan saya sebagai Menteri Besar dan Datuk Hamidah Osman selaku Exco serta wakil rakyat di kawasan itu dan kerajaan negeri masih hendak dengar cerita orang belajar di bawah khemah," katanya.

Menurut Dr Zambry, beliau tidak faham kenapa isu tersebut dipolitikkan sedangkan majoriti penduduk kawasan itu yang terdiri daripada orang Melayu menyokong pembinaan SAR itu.

"Saya hendak beritahu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang saya difahamkan bukan daripada parti kita juga menyokong projek itu kerana ia satu kepentingan untuk pelajar," ujarnya. PAS dan PKR Gopeng membantah pembinaan SAR Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam dengan alasan mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Kedua-dua parti pembangkang itu turut mendakwa tapak projek itu tidak mendapat kelulusan pejabat tanah ( sila lihat foto dibawah ) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta persetujuan penduduk tempatan. PAS dan PKR juga menuduh Barisan Nasional (BN) mahu menggunakan dewan orang ramai, tempat SAR itu beroperasi sebelum ini sebagai bilik gerakan pilihan raya.

Ditanya mengenai dakwaan pembangkang itu, Dr Zambry berkata, ia tidak benar sama sekali dan ia cuma alasan pembangkang untuk membantah projek tersebut. Jelas beliau, projek itu telah mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak dan sudah tentu proses untuk mewartakan tapak itu mengambil sedikit masa.

"Semasa dialog pada Sabtu lalu pun, wakil MBI dan pejabat tanah menyatakan tidak ada halangan untuk wartakan kawasan itu. Projek itu sudah lama mendapat kelulusan Mesyuarat Exco. Jadi, saya tidak nampak apa isu yang perlu dibangkitkan," katanya.

Bila kita lihat memorandum yang dihantar oleh penduduk taman itu, hampir semua ditandatangani oleh orang Cina DAP ( sila lihat foto dibawah), sementara yang membantah adalah orang PAS dan PKR.

PEKIDA dedah taktik samseng tarik krereta

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kumpulan penarik kereta di sekitar ibu negara dikesan mampu mengakses sistem pendaftaran kenderaan, sekali gus membolehkan mereka menjejaki senarai pemilik kenderaan yang disenarai tidak melunaskan bayaran sewa-beli.

Kumpulan itu didakwa mempunyai kemudahan yang biasanya hanya boleh diakses pihak bank bagi mencari mangsa, seterusnya menarik kereta yang tidak dibayar ansuran bulanan itu secara paksa dan kasar.

Perisian sistem itu difahamkan dipasang di dalam komputer riba yang akan dibawa ke mana-mana dan semakan akan dilakukan secara rawak atau ke atas kereta yang mencurigakan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman yang berkata, kes melibatkan kumpulan penarik kereta yang bertindak secara samseng ketika melakukan aktiviti itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Dakwa beliau, kumpulan terbabit kini dapat melakukan ‘aktiviti’ mereka apabila dengan mudah apabila menggunakan sistem tersebut selain mendapat kerjasama daripada pegawai bank.

“Saya difahamkan, setelah mereka mengesan kereta yang disenaraikan tidak membayar ansuran bulanan, penarik kereta ini akan menghubungi pegawai bank untuk meminta dikeluarkan surat tarik kereta.

“Selepas itu mereka akan melakukan kerja itu apabila ‘surat kuasa’ ada pada mereka dan ia tetap dilakukan biarpun tiada pemilik kereta di kawasan sekitar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Roslan mendakwa, penarik kereta biasanya akan menarik kenderaan yang gagal dilunaskan bayaran ansuran sekurang-kurangnya selepas 20 hari dari tarikh yang sepatutnya dibayar.

“Cara mereka menarik juga menimbulkan kesangsian kerana penarik kereta ini bukan sahaja bertindak kasar malah seperti ah long dan akan mengasari pemilik kereta yang enggan bekerjasama.

“Pekida juga mendapat maklumat, mereka turut meminta habuan tidak lebih RM800 daripada pemilik kenderaan untuk tidak menarik kereta. Habuan itu kemudian dikongsi bersama pegawai bank berkenaan," dakwanya.

Roslan yang telah beberapa kali membangkitkan isu ini juga berkata, kegiatan sedemikian sepatutnya dilakukan dengan persetujuan bersama dan tidak harus menggunakan trak penarik untuk mengambil kereta yang ditinggalkan pemilik.

“Untuk itu, kami menuntut Bank Negara Malaysia (BNM) memandang serius perkara ini kerana pelbagai aduan daripada banyak mangsa telah dilaporkan tetapi ia tetap tidak berkesudahan.

“Garis panduan penarikan kereta juga harus diperketatkan dan setiap bank tidak sewajarnya melantik kumpulan penarik kereta yang tidak menepati syarat yang telah ditetapkan," ujarnya.

Roslan berkata, Pekida akan menyerahkan satu memorandum kepada BNM dalam masa terdekat sekiranya badan itu tidak memberi reaksi berhubung isu berkenaan.

*dari laman sesawang akhbar tempatan.

Rabu, 20 Jun 2012

Pejabat Niza Meroyan digeledah Polis

Tiga pejabat operasi Niza Meroyan ( bekas MB Perak 11 bulan ) iaitu di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor, semalam.

Operasi polis yang bermula kirakira jam 11.30 pagi itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, di sini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, bagaimanapun tiada sebarang serbuan dilakukan berikutan ketiadaan Mohammad Nizar di rumah berkenaan.

Jurucakap Pas Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Bagaimanapun menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi secara serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.

“Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan.

“Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.

Safarizal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan, semalam berkaitan dengan isu mesej Twitter Niza Meroyan berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Menurutnya, apa juga keadaan yang berlaku sekarang, beliau berharap siasatan yang dilakukan itu berjalan dengan baik. “Meskipun didatangi secara mengejut, kita sudah berikan kerjasama, harap apa yang mereka lakukan hari ini (semalam) bukan bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Ketika serbuan dijalankan semalam, Niza Meroyan masih berada di Parlimen dan hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.

Sementara itu, di Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sewaktu dihubungi enggan mengulas berhubung perkara tersebut.

Manakala berucap dalam Harakahdaily pula, Niza Meroyan menyalahkan UMNO atas kejadian ini. Dia lupa nak makan ubat kot...tu yang merepek melalut bila bercakap, takpe lah kesian dengar cerita banyak juga barang-barang dia yang kena sita untuk siasatan polis.

Nak tahu tarikh PRU13 ???

Saban hari bila kita bertemu dan berbual dengan masyarakat, ini adalah antara soalan yang begitu popular ditanya iaitu 'bila pilihanraya?'. Ramai yang menduga tarikh pilihanraya, bermacam-macam angka yang disebut, itu mungkin tak sabar kut nak memangkah, nak tenyeh...dah geram mungkin marahkan pemimpin yang ada sekarang di kawasan masing-masing atau bersemangat untuk memastikan kemenangan parti pilihan masing-masing.

Sesiapa sahaja boleh meramalkan bila tarikh pilihan raya, tetapi kuasa mutlak menentukannya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, tarikh pilihan raya tidak penting tetapi persediaan untuk menghadapinya adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan
kemenangan.

“Parti komponen BN perlu melihat cabaran besar yang perlu diatasi iaitu ‘mood’ pengundi kerana ia menjadi perkara penting dan ukuran tepat terhadap bilangan sokongan, yang tidak menyokong dan atas pagar terhadap BN.

“Calon boleh menang yang dipilih untuk mewakili parti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen perlu diyakini mempunyai penyokong,” katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa PRU13 akan diadakan selepas Aidilfitri kerana sebelum ini mereka menjangkakan ia diadakan pada Jun, tetapi ia tidak benar.

Sekiranya pada Mac 2013, ia juga melepasi ibadat puasa dan haji melibatkan umat Islam dan bencana alam seperti banjir yang sering berlaku di negeri Pantai Timur.

Isnin, 18 Jun 2012

Niza Meroyan tarak malu...

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.

“Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.

“Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.

"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya.


Dalam pada itu di Ipoh, Niza tetap akan meneruskan hasratnya untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Menurutnya, apa sekalipun tanggapan dan pandangan orang ramai terhadap kesediaannya itu, beliau tetap akan meneruskan hasrat untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Insya-Allah, saya akan hantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor esok pagi (hari ini) dan saya akan tunggu maklum balas daripada pihak istana berhubung perkara itu,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Laporan semalam menyebut, Sultan Ibrahim murka terhadap bekas Menteri Besar Perak itu dan mengingatkan wakil rakyat serta pemimpin masyarakat menjaga adab dan tingkah laku apabila membuat sesuatu kenyataan.

Baginda turut bertitah sekiranya hendak memohon maaf, permohonan maaf itu perlu dibuat kepada semua rakyat Johor, bukan kepada baginda seorang sahaja.

Mengulas peringatan baginda Sultan, Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, sekiranya beliau diberikan ruang untuk membuat penjelasan mengenai kenyataan dalam mesej Twitternya itu, isu permohonan maaf terhadap rakyat Johor mungkin tidak akan timbul.

“Jika ada pihak yang pertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak,” katanya.

Isnin, 11 Jun 2012

Niza kecut telor tengok 30,000 rakyat Johor

Sultan Johor berucap pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.
Sebahagian daripada lebih 30,000 yang menyertai Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor, hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terharu dan sebak dengan kehadiran rakyat dari seluruh negeri itu termasuk masyarakat Orang Asli ke Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan ikrar taat setia.

Ketika bertitah, baginda turut menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja.

"Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh," titah baginda.

Kira-kira 30,000 sertai perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor yang pada asalnya menyasarkan hanya 20,000 orang. Masyarakat Orang Asli turut hadir.

Kebanyakkan peserta mula berhimpun di pekarangan bangunan Sangkar Kristal, Taman Pelangi bermula jam 11 pagi biarpun perarakan dijadualkan mula jam 1.30 petang.

Laporan Bernama pula menyebut mereka membawa pelbagai sepanduk dan berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor.

Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor dianjurkan oleh Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.

Sementara itu, Bendahari Agung Gabung Zaini Atan berkata, mereka amat bangga kerana perhimpunan hari ini berjaya menarik 30,000 rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, yang menganggotai pelbagai NGO.

"Kita hanya mengambil masa tujuh hari untuk menganjurkan perhimpunan ini, sebagai usaha kami untuk menunjukkan semangat taat setia dan sayang kami kepada Sultan kami. Jangan cabar Sultan kami," katanya.

Beliau berkata, sejumlah 312 NGO Melayu Johor dan 62 NGO kaum Cina serta 30 NGO kaum India menyertai perhimpunan itu.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan, yang turut menghadiri perhimpunan itu, berkata beliau berasa amat bangga dengan sokongan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini terhadap Sultan Johor.

"Perhimpunan hari ini membuktikan bahawa rakyat negeri Johor menyokong penuh institusi kesultanan kerana ia merupakan tulang belakang kepada Perlembagaan negara," katanya.


* dipetik dari akhbar tempatan


Kinta Menjerit ternanti-nanti, bila agaknya si Niza ni nak mohon maaf dengan baginda Sultan Johor atas isu plet WWW1 itu. Kalor takut nak mengadap ajak ler si Karpal sekali dengan Ngar & Ngeh. Takpun speaker bawah pokok pun boleh.


DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!


Ahad, 10 Jun 2012

INFO : Tren IPOH~SEREMBAN mula operasi


KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan semula Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi sektor Ipoh-Seremban yang beroperasi semalam iaitu dari 9 Jun 2012, Sabtu.

KTMB dalam satu kenyataan di sini menjelaskan, susulan maklum balas memberangsangkan daripada penumpang, dua perkhidmatan ETS disediakan pada hari biasa dan empat pada hujung minggu.

"Perkhidmatan itu memulakan operasi dari Ipoh (ET63) pada 2 petang dan berakhir pada 5.25 petang di Seremban, manakala perkhidmatan dari Seremban (ET64) pula bermula 5.55 petang dan berakhir 9.32 malam di Ipoh," kata kenyataan itu.

Kedua-dua tren itu akan beroperasi setiap hari bermula hari ini manakala dua perkhidmatan dari Ipoh ke Seremban (ET61) dan Seremban ke Ipoh (ET62) yang memulakan perkhidmatan 7 dan 10.55 pagi masing-masing akan hanya beroperasi pada hujung minggu bermula hari ini.

Penumpang dinasihat membeli tiket mereka 30 hari sebelum tarikh perjalanan.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian KTM Care Line di 1300-88-5862 atau layari laman web www.ets-train.com.my.


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Nenek nyaris dirogol penyamun

“Tolong jangan rogol saya, saya sudah tua.”

Demikian rayuan seorang warga emas, Chan, 73, untuk menyelamatkan diri selepas menyedari seorang penyamun cuba merogolnya di rumahnya di Kampung Ulu Perting, dekat Bentong.

Nasib menyebelahinya apabila rayuannya didengari menyebabkan penyamun itu membatalkan hasrat untuk merogol, tetapi bertindak menjerut lehernya menggunakan tali hingga pengsan. Saya tidak sedarkan diri sehingga terasa simbahan air hingga basah seluruh badan,” katanya.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11 malam itu, Chan bersendirian menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya, Yim, 75, sedang tidur di dalam bilik.

Menurutnya, ketika itu dia terdengar bunyi mencurigakan di bilik tidur anak perempuannya.

“Saya terus menuju ke bilik itu dan memetik suis lampu untuk melihat apa berlaku. Namun terkejut apabila mendapati seorang lelaki berpakaian celoreng dengan penutup muka sedang mengacukan senapang tepat ke muka saya,” katanya.

CHAN berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu melalui tingkap yang dipotong.

Chan berkata, suspek dipercayai pergi ke dapur untuk mengambil air sebelum bertindak menyiram air ke muka dan seluruh anggota badannya menyebabkan dia sedar daripada pengsan, namun ketika itu dia mendapati suspek sudah menghilangkan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hanya mendiamkan diri sehingga keesokan paginya kerana tidak mahu mengganggu suaminya tidur.

“Suami bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum pasukan penyiasat datang ke kediaman kami.

“Leher saya masih sakit dan terdapat kesan merah akibat jerutan itu.

Tetapi saya lega kerana tidak diapa-apakan suspek,” katanya.

Dia berkata, setakat ini dia dan suami masih belum dapat mengesan barangan yang hilang memandangkan suspek menggeledah bilik anak perempuannya yang kini bekerja di Melaka.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan suspek sama yang terbabit dengan kejadian samun pada 29 Mei lalu di Kampung Kemansur.

“Ia berikutan modus operandinya hampir sama termasuk membawa senjata jenis senapang. Kami memandang serius mengenai kejadian ini dan akan menjalankan siasatan terperinci,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, strategi polis untuk menyiasat kes itu juga tidak boleh didedahkan kepada umum, namun perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, penduduk diminta tidak bimbang melampau, namun mereka dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mempergiatkan kawalan keselamatan di kampung masing-masing dengan Jiran tidak melepaskan peluang melihat tingkap dipotong suspek. Anjing pengesan turut digunakan dalam operasi. bantuan polis.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang memakai baju celoreng tanpa menutup muka turut tergamak mengacukan selaras senapang patah ke arah mangsa dalam kejadian pukul 11 malam tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, semasa kejadian, mangsa menonton televisyen sendirian di ruang tamu manakala suaminya tidur di dalam bilik.

"Mangsa yang asyik menonton televisyen tidak sedar suspek masuk ke rumah mereka melalui tingkap sebuah bilik tidur sebelum menghampirinya dan meminta berdiam diri.

"Suspek kemudian mengacukan selaras senapang patah ke muka wanita itu dan cuba merogolnya tetapi mangsa merayu agar tidak dirogol.

"Suspek kemudian mengeluarkan tali dan menjerut lehernya sehingga sesak nafas dan pengsan di atas lantai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, melihat keadaan mangsa yang pengsan, suspek mengambil satu baldi air di dapur sebelum menjirus muka mangsa sehingga tersedar.

Tambahnya, suspek kemudian menggeledah rumah untuk mencari barangan berharga lalu melarikan diri.

"Mangsa mengejutkan suaminya selepas itu dan membuat laporan di Balai Polis Bentong. Kita percaya suspek ialah penyamun sama di Kampung Kemansur di sini pada 29 Mei lalu yang turut menyebabkan mangsanya terbunuh akibat ditembak," katanya.

Mohamad Mansor berkata, pihaknya menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan jejak yang ditinggalkan suspek terbabit.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan jumlah kerugian sebenar masih lagi dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Balai Polis Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...