Isnin, 27 Ogos 2012

Notis : JALAN DITUTUP di Ipoh


Hari Merdeka akan menjelang tiba beberapa hari lagi iaitu pada 31 hb. Ogos 2012 yang jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu beberapa jalan utama di bandar raya Ipoh akan ditutup buat sementara sempena raptai sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Perak yang bermula hari ini.
Jalan terbabit akan ditutup bermula dari jam 7.30 pagi sehingga selesainya sesi raptai tersebut.

Jalan-jalan, lokasi dan persimpangan yang akan ditutup ialah :
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Jalan SP Seenavasagam
Jalan Kompleks Islam
Jalan Lim Bo Seng
Jalan Sultan Yusuf
Jalan Bandar Timah
Jalan Lahat
Jalan Silibin
Lampu isyarat Lahat Kidd
Jalan Persiaran Kidd
Bulatan Kidd
Lampu isyarat Jalan Tun Razak
Gurdwara Sikh.

Raptai pertama pada 27 Ogos akan mengambil tempat sepanjang Jalan Sultan Yusuf, Jalan Lahat, Persiaran Kidd dan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab manakala raptai kedua, 28 Ogos di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh (Town Hall) berdekatan dengan Stesen Keretapi Ipoh.

Bagi raptai ketiga, iaitu pada 29 Ogos akan melibatkan kenderaan dari PDRM, Angkatan Tentera, Bomba dan pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

Kepada semua pengguna jalanraya disekitar bandaraya Ipoh harap maklum akan notis 'TUTUP JALAN' ini supaya anda tidak terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan dapat mengambil jalan alternatif atau jalan pintas lain.



MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Mat Rempit mengganas di Ipoh !!!


Gejala mat rempit makin menjadi-jadi di bandaraya Ipoh. Mereka akan beroperasi biasanya pada malam hari Jumaat dan Sabtu (malam minggu). Kumpulan mat motor dari seluruh pelusuk negeri Perak akan berkumpul pada awal malam, mereka akan bergerak keliling bandar dan jumlah mereka akan bertambah besar sehingga boleh mencecah lebih seribu buah motor.

Modus operandi mereka ini ialah mereka akan bergerak di sekitar bandar dan mencari lokasi yang sesuai untuk dijadikan litar lumba haram. Kebiasaannya simpang jalan besar dilampu isyarat dijadikan pusat lumba. Simpang tersebut akan dipenuhi dengan motor mat rempit sehingga kenderaan lain takut untuk lalu dijalan itu.

Kebanyakan mat rempit yang berada disitu hanya sebagai penonton, yang betul-betul berlumba haram cuma 3 ke 5 buah motor sahaja. Dengan gaya yang merbahaya tanpa menghiraukan keselamatan sendiri dan orang lain mereka memecut motor kapchai dengan bunyi eksos yang bingit.

Pihak berkuasa tidak dihiraukan mereka, apabila polis sampai mereka terus melarikan diri di segala ceruk lubang yang mereka boleh celus. Gejala haram ini berlaku lebih kurang setiap minggu kecuali jika malam minggu itu hujan turun.

Nampaknya pihak kerajaan, kementerian yang berkaitan dan NGO belia terutamanya perlu memikirkan dan mengambil langkah yang bijak dan bersesuaian untuk membendung gejala haram ini.

Khamis, 23 Ogos 2012

Geng Viva Nanda 36 vs POLIS 999


Tindakan sekumpulan samseng menyerang anggota polis dengan parang, besi dan buluh selepas dikepung, akhirnya memakan diri apabila seorang daripada 30 orang dari mereka parah ditembak, manakala empat lagi ditahan dalam kejadian di Tasik Permai, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana. Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer. Kumpulan samseng ini membabitkan warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Mereka yang juga anggota Geng Viva Nanda 36 diburu polis berikutan terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan kumpulan lain di kawasan Flat 700, Pandan Indah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi, berkata pihaknya melancarkan gerakan mengesan suspek terbabit susulan laporan mengenai pergaduhan bersenjatakan parang di flat berkenaan hingga mencederakan tiga individu. Sebanyak 16 anggota polis dikerah ke tempat kejadian dengan menaiki 4 kereta peronda.

“Polis yang menerima maklumat segera ke tempat pergaduhan sebelum terserempak dengan suspek yang ketika itu cuba melarikan lari.

“Kami berjaya mengesan kumpulan terbabit yang menaiki dua kereta menuju ke kawasan Tasik Permai sebelum diarahkan supaya berhenti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Nazri berkata, dua kereta terbabit berjaya dihalang dan dikepung namun sekumpulan lelaki keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang, besi dan buluh.

"Malah, mereka turut merosakkan kenderaan polis dengan memecahkan cermin depan. Turut berlaku pergelutan antara kumpulan suspek dengan anggota polis.

“Keadaan semakin genting memaksa anggota polis melepaskan tembakan sehingga terkena leher seorang suspek,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudian menahan empat lelaki, manakala pemeriksaan lanjut menemui enam parang, tiga batang besi, buluh serta pisau pemotong daging yang disembunyikan dalam kereta dinaiki suspek.

“Hasil siasatan mendapati semua mereka mempunyai rekod jenayah lampau seperti samun, aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes cubaan bunuh.

“Mereka kini ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh dan suspek yang ditembak kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Menurutnya, dengan penahanan anggota kumpulan terbabit polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes serangan dan ugutan terhadap beberapa individu selain kes samun di sekitar Ampang.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan suspek bersekongkol dengan beberapa syarikat pemberi pinjaman wang haram bagi mengutip hutang daripada peminjam dengan cara kasar dan mencederakan mereka.

“Polis kini memburu saki-baki anggota kumpulan samseng terbabit dan merayu kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat supaya tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.



Berapa kerat jer yang datang rumah terbuka MB Perak....hurmmm




Sambutan yang tidak diduga ramainya apabila berpusu-pusu rakyat jelata dari seluruh negeri Perak menyerbu ke kediaman Menteri Besar Perak Ds Zambry. Majlis sambutan hari raya aidilfitri itu diadakan pada 1 Syawal, raya pertama bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Dianggarkan hampir mencecah 20,000 hadirin yang datang untuk beraya bersama Menteri Besar kesayangan mereka disamping dapat menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Menurut Ds Zambry ketika ditemuramah jumlah hadirin tahun ini adalah lebih dari tahun lepas yang mana cuma lebih kurang 15,000 aje yang hadir. Disebabkan kedatangan tetamu yang hadir yang begitu ramai keadaan agak sesak dan ruang parkir kenderaan penuh hingga ada yang meletak kenderaan mereka di tepi jalan besar. Manakala bagi kanak-kanak pula mereka tidak terkecuali untuk menerima 'duit raya' dari Ds Zambry dan isteri.

Sambutan para hadirin yang datang bukan sahaja dari kaum Melayu malah dari pelbagai kaum lain juga yang hadir. Nampaknya Ds Zambry kena buat rumah terbuka aidilfitri untuk yang lagi besar lagi bagi hari raya tahun depan.



Selasa, 21 Ogos 2012

Zambry selar pembangkang yang putar-belit


Sikap pembangkang yang sering memutar belit fakta terhadap langkah kerajaan dalam menyediakan apa jua kebaikan kepada rakyat boleh disifatkan sebagai paranoid.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keadaan itu terbukti apabila pembangkang dilihat terlalu sensitif dengan aktiviti yang dilakukan kerajaan terutama yang melibatkan kemudahan kepada rakyat khususnya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kita sudah tahu perangai mereka dan apa jua langkah yang diambil kerajaan akan dituduh sebagai gimik bagi memancing undi pada pilihan raya akan datang malah lagu tema hari kemerdekaan pun mereka nak politikkan juga,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pada majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Perak, di sini.

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang akan diadakan pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, Zambry berkata, ia hanya akan mencemarkan suasana Aidilfitri yang sedang disambut rakyat.

Jelas beliau, pihak terbabit sepatutnya tidak mencampuradukkan antara usaha meraih sokongan politik dengan Hari Kemerdekaan yang akan disambut oleh seluruh rakyat.

“Mereka lebih cenderung cetuskan huru-hara malah jika difikirkan semula, kumpulan tersebut hanya menganjurkan himpunan berkenaan semata-mata kerana tidak bersetuju dengan tema kemerdekaan yang digunakan oleh kerajaan Barisan nasional (BN).

“Semuanya sudah dipolitikkan sekarang ini dan yang kita peliknya sebelum ini juga ada tema-tema yang berkaitan dasar kerajaan digunakan untuk perayaan tertentu namun tidak pula mereka pertikaikan,” katanya.

Zambry berkata, tema lagu itu sebenarnya mencerminkan dasar sebenar kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memenuhi segala janjinya kepada rakyat.

“Sepatutnya pembangkang kalau nak pertikaikan perlulah melepasi tahap-tahap politik yang keterlaluan dan sempit kerana jika tidak segala-gala yang dilakukan atau bakal dilaksanakan akan dianggap berdasarkan politik.

“Pembangkang seharusnya sedar akan perkara ini dan tidak melakukannya, saya anggap tindakan yang dilakukan mereka ini merupakan satu tindakan yang terdesak,” katanya


Ahad, 19 Ogos 2012

Ratu Cantik Dunia 2012 untuk gadis China


Ratu cantik di seluruh dunia membuat persiapan terakhir untuk bertanding merebut gelaran Ratu Cantik Dunia di bandar perlombongan berdekatan padang pasir Gobi, di Ordos, China semalam.

Sejumlah 116 peserta, bilangan tertinggi buat masa ini, dijadualkan bersedia untuk kategori gaun malam dan pakaian mandi yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton di seluruh dunia.

Tahun ini, pertandingan ini diadakan di kawasan kontang dan bandar berpenduduk sedikit di pedalaman Mongolia, di Ordos yang terletak kira-kira 700 kilometer dari pantai yang berdekatan.

Ratu Cantik Dunia Ivian Sarcos dari Venezuela, akan menyerahkan mahkotanya di stadium futuristik Ordos, yang terletak di sebelah dataran bandar itu yang didedikasikan untuk wira Mongol, Genghis Khan.

Sejak dekad lalu, penduduk di bandar itu bertambah makmur selepas perlombongan arang batu dan menjadikannya satu daripada bandar terkaya di China.

Acara peringkat dunia yang dihoskan Myle Klass, Ratu Cantik Britain 2011 yang berlangsung di Stadium Dongshang. Acara gimik iaitu penyerahan Mahkota Ratu Cantik dari Ratu Cantik tahun lepas, 2011 iaitu Ivian Sarcos dari negara Venezuela.

Keputusan akhir pertandingan Ratu Cantik Dunia 2012 ini akhirnya dimenangi oleh peserta dari China iaitu Yu Wenxia yang berumur 23 tahun. Tempat kedua pula jatuh kepada Sophie Moulds, 19 tahun dari Wales dan tempat ketiga kepada peserta Australia iaitu Jessica Kahawaty, 23 tahun. Pertandingan yang disertai oleh lebih daripada 100 orang peserta dari pelbagai negara serata dunia menyaksikan peserta dari negara tuan rumah memenangi tempat pertama.




P/S : Kinta Menjerit melapor dari lokasi pertandingan, gurun Gobi, China...hehehe takde lah ada kat Ipoh ni.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


Bagaimanakah umat Islam Berhariraya Di Palestin?

Geng Nyanyuk Dalam Pakatan Rakyat: Bagaimanakah Hariraya Di Palestin?(klik disini)

Sabtu, 18 Ogos 2012

JEMPUTAN BUAT RAKYAT SELURUH PERAK

JEMPUTAN BUAT RAKYAT SELURUH PERAK | ANGKATAN PEMIKIR (sila klik)


Lim Kit Siang tak ngaku kencing cam anjing kat tiang


Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah, didakwa dibawa oleh Facebook filem Tanda Putera, yang berkisar tentang rusuhan 13 Mei dan perkembangan berkaitan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini berkata, ekoran dakwaan tidak berasas Penerbit Eksekutif Tanda Putera, Aida Fitra Buyong, beliau telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan perundangan berhubung fitnah yang dilemparkan.

Dalam kenyataan diperoleh dari blognya hari ini, Kit Siang berkata, beliau tiada pilihan kecuali mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah yang dibuat menerusi Facebook.

“Tuduhan yang dibuat Aida Fitra bahawa saya telah bertindak secara defensif di atas gambar saya yang dimuat naik di laman rasmi Facebook filem Tanda Putera, bahawa saya telah kencing di tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor, ketika itu rumah kediaman Menteri Besar Selangor, serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969, merupakan satu dakwaan tidak berasas langsung, liar dan menjijikkan," kata Kit Siang lagi.

"Saya tidak tahu selain Facebook rasmi Tanda Putera, yang menggunakan kapsyen: 'Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, (Datuk) Harun Idris', kapsyen sedemikian berdasarkan pembohongan ganas dan tidak bertanggungjawab, turut ada diposkan di mana-mana (lokasi) ruang siber," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Kit Siang juga berkata, adakah penerbit filem itu mengharapkan "saya hanya akan mendiamkan diri manakala mereka terus menerus membuat fitnah berhubung rusuhan 13 Mei 1969, berhubung insiden saya kencing di rumah kediaman Menteri Besar .


Sudah kencing lagi tak ngaku ka Lim Kit Tiang...haiya manyak bushok lor!!!

Rabu, 15 Ogos 2012

Hari Raya Pertama di kediaman Menteri Besar Perak


Hari itu ada Menteri Besar beritahu dia nak adakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari raya yang pertama. Seluruh rakyat Perak dijemput bersama keluarga tidak kira apa-apa bangsa/kaum dialu-alukan datang untuk beraya bersama Menteri Besar kita ini.

Tarikh : 19 Ogos 2012, 1 Shawal
Waktu rumah terbuka : 2:00petang ~ 5:30petang
Lokasi : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh.
Tetamu Diraja : DYMM Raja Nazrin Shah


Isnin, 13 Ogos 2012

Polis Daerah Ipoh dan IPK Perak... TERBAIK!!!

Polis Ipoh menahan sembilan orang termasuk empat wanita membabitkan dua kumpulan jenayah yang aktif di bandar raya ini, menerusi dua serbuan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 56 tahun itu merangkumi lima anggota 'Geng Sari dan empat 'Geng Kulmit'.

Tiga daripada anggota Geng Sari itu ditahan di sebuah rumah di bandar raya ini, manakala dua lagi ditangkap di Kampung Ara Payong, Batu Gajah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis barang yang dicuri mereka termasuk barangan kemas, beg tangan, telefon bimbit serta beberapa botol minuman keras dengan anggaran nilai RM5,000.

Kumpulan ini dikenali Geng Sari kerana menggunakan suspek wanita berpakaian sari menghampiri wanita yang bersendirian di kawasan seperti tempat menunggu bas atau di rumah dengan berpura-pura mahu membantu.

Katanya ramai wanita menjadi mangsa kumpulan itu yang tidak menyedari mereka telah menyerahkan barangan berharga serta wang sehinggalah dua wanita memakai sari berkenaan meninggalkan tempat kejadian.

Azisman berkata geng itu aktif sejak enam bulan lepas dan kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun serta pecah rumah sekitar bandar raya ini.

Sementara itu, dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Lindungan di sini, empat anggota 'Geng Kulmit' termasuk dua wanita diberkas.

Dalam serbuan 9.45 pagi itu polis turut menemui barangan berharga seperti kamera, jam tangan yang dipercayai dicuri mereka termasuk beberapa keping mata wang asing seperti Indonesia, Afrika, Bangladesh.

Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah dan semua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Azisman berkata polis kini mengesan dua lagi suspek yang dipercayai anggota kumpulan samun tersebut.



Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pula menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja berikutan penahanan seorang lelaki dan merampas lebih 11kg ganja bernilai RM29,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata serbuan dua hari lepas itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak dan suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada 11.30 malam.

Katanya polis menemui dua paket plastik lutsinar berisi daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 58 gram dari poket seluar suspek.

"Hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik rumah itu, polis menemui 11 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 11,140 gram," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek yang berasal dari Parit dekat sini, mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencingnya didapati positif dadah.

Hasil soal siasat, polis percaya pengedaran dadah itu didalangi satu sindiket dan suspek direman sehingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata sejak 17 Julai hingga 9 Ogos lalu, sebanyak 12 kes penjualan mercun dilaporkan melibatkan tangkapan di beberapa daerah di Perak.

"Jumlah tangkapan di Manjung seramai sembilan orang, Taping seorang, Tapah seorang, Tanjung Malim tiga orang, Perak Tengah seorang dan Gerik dua orang," katanya.

Antara jenis mercun yang dirampas ialah 'dragon eggs', 'consumer fireworks', 'bumble', 'fatt chayhung cracker', 'roman candle', 'crackeling ground', 'match cracker' dan 'magical shots with report'.




PERAK AMANJAYA
BEBAS JENAYAH

Dato' Samsuddin Mengagihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat Tapah


Kira-kira lebih 5,000 penduduk berbilang bangsa sekitar pekan Tapah berpeluang menikmati keenakan bubur lambuk yang telah diagih-agihkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah, Dato’ Samsuddin Abu Hassan diperkarangan Pejabat Daerah Batang Padang bermula tengah hari hingga petang semalam.

Turut serta membantu rakan komponen dari parti MCA yang diketuai Adun Chenderiang, Dato’ Dr Mah Hang Soon yang juga Exco Kerajaan Tempatan negeri Perak, Pegawai Daerah Batang Padang, Haji Ghazali Bakar serta seluruh kakitangan Pejabat Daerah Batang Padang.

Dato' Samsuddin yang juga Adun Air Kuning berkata, program pengagihan bubuk lambuk kepada penduduk sekitar pekan Tapah yang julung kali diadakan diperkarangan Pejabat Daerah Batang Padang ini ternyata berjaya memantapkan tali silaturahim dan semangat perpaduan diantara pemimpin parti, ketua dan kakitangan jabatan kerajaan dengan rakyat.

"Program hari ini nyata sekali menerima sambutan baik dari kalangan penduduk berbilang kaum termasuk masyarakat orang Asli sehingga ada dikalangan mereka yang bukan orang Islam apabila ditanya berkata bubur lambuk ini baik untuk kesihatan dan wajar sekali digelar bubur lambuk 1Malaysia,’’ katanya.

Menurut Dato' Samsuddin, sebanyak 48 periuk disediakan oleh pihak penaja dengan kerjasama pejabat DUN Air Kuning dan DUN Chenderiang bagi memasak bubur lambuk yang bermula jam 9 pagi sebelum diagihkan kepada penduduk pada jam 12 tengah hari sehingga jam 4 petang.

Beliau turut berterima kasih kepada kakitangan PLUS dan pelajar-pelajar jurusan pengajian perniagaan Politeknik Sultan Azlan Shah yang turut serta membantu bagi menjayakan program ini.

Dato' Samsuddin berharap berharap program sebegini dapat diteruskan pada tahun depan dengan sasaran penerima bubur lambuk yang lebih besar lagi bilangannya.

Dato’ Mah Hang Soon pula menganggap program pengagihan bubur lambuk sebagai satu platform untuk memantapkan semangat perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di kawasan Parlimen Tapah.

"Saya amat gembira melihat suasana hari ini dimana kaum Cina, India dan masyarakat orang Asli datang beramai-ramai diperkarangan pejabat Daerah Batang Padang untuk mendapatkan bubur lambuk yang diagih-agihkan oleh wakil-wakil rakyat BN dan Ketua Bahagian serta kakitangan pejabat daerah.

"Ini jelas membuktikan program sebegini dapat mengeratkan semangat perpaduan dikalangan rakyat dengan pemimpin BN serta ketua-ketua jabatan kerajaan,’’ katanya.



Fitnah kepada Menteri Besar Perak terkini

Geng Nyanyuk Dalam Pakatan Rakyat: Fitnah kepada Menteri Besar Perak terkini

Mak Lampir yang bocor rahsia kepada PR

Dalang dalam Kementeriaan Kewangan yang membocorkan rahsia kepada Rafizi dalam isu tuduhan terhadap kerajaan, maka ikuti petikan seperti berikut:

"Yang sebenarnya, perkara ini tidak pernah terjadi, dan Perdana Menteri tidak pernah merancang atau ingin atau turut serta mencampuri urusan projek tersebut."

Apa yang didedahkan oleh Rafizi semalam telah membuka jalan yang menghantui seluruh rakyat dimana kita semua tercari-cari siapa dalang didalam Kementerian Kewangan yang membocorkan segala rahsia kerajaan.
Jebat Must Die pun mendedahkan dengan panjang lebar berikut:

"Anwar Ibrahim’s LRT project
Crows flocking together? – (Balfour, Halcrow, PKR)"

Baiklah siapakah yang mendedahkan dan bertali barut dengan PKR, Ingress dan Balfour Betty dengan membocorkan maklumat kerajaan kepada Rafizi yang telah membuat tuduhan salah terhadap kerajaan?

Ini dia Mak Lampir yang bocorkan rahsia kerajaan. Nama dia adalah Dato Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementeriaan Kewangan yang duduk dalam Tender Board. Latar belakang Fauziah (klik sini).

Dia yang berdegil mahu kasi projek tu kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Takyah auta Dato Rameli Musa kini bersama Ustaz Ismail Mina. Isteri dia Juriah terlibat dalam PKR. Dia dalam MUAFAKAT bersama kawan baik Anwar yang condong Islam Plural tapi orang ingat pro kerajaan, Prof Osman Bakar.

Memang dah confirm Dato Fauziah juga banyak bocor rahsia kepada pembangkang!!!


Pain dah kerat anu, gangsa untuk Pandelela



Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg mencipta sejarah nasional semalam dengan memenangi pingat gangsa Olimpik untuk acara terjun 10m platform wanita, pingat selain badminton pertama negara, serta menjadi wanita Malaysia pertama memenangi pingat di Olimpik.
Atlet kelahiran Sarawak Pandelela mendapat gangsa dengan jumlah mata 359.2, hanya 7.3 mata di belakang penerima pingat perak, Brittany Broben dari Australia. Chen Roulin dari Republik Rakyat Cina menguasai acara itu dengan jumlah mata sangat tinggi: 422.3. Dari awalan acara lagi, Chen menunjukkan prestasi mengkagumkan dengan meninggalkan lawannya yang terdekat di pertengahan acara dengan beza mata melebihi 40 .


Pandelela Rinong Pamg dipeluk selepas memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform akhir di Kejohanan Olimpik 2012 London di Pusat Akuatik semalam. — Gambar Reuters
Walaupun tidak dapat menandingi mata dikumpul Chen, penerjun-penerjun lain bersaing begitu hangat sehingga pemenang perak dan gangsa hanya ditentukan pada pusingan akhir. Pada awalnya, peluang Pandelela mencapai pingat nampak tipis setelah membuat kesilapan dalam terjunan pertama dan ketiganya, tetapi mencapai mata konsisten dalam terjunan yang lain.
Berusia 19 tahun, Pandelela menyertai pasukan terjun nasional pada umur 14 dan telah membuat pencapaian agak mengesankan termasuklah menjadi warga Malaysia pertama merangkul pingat emas dalam acara terjun di Sukan Komanwel di New Delhi (10m platform). Beliau juga memenangi pingat perak dalam acara 3-meter dan 10-meter papan anjal di Kejohanan Olimpik Belia di Singapura. Pandelela juga merupakan pemenang anugerah Olahragawati Nasional tahun ini serta menjadi atlet wanita pertama ditugaskan membawa bendera negara dalam kontinjen Olimpik tahun ini.

Dengan kemenangannya, jumlah pungutan pingat Olimpik Malaysia tahun ini berjumlah dua, ditambahkan kepada pingat perak yang dimenangi pemain badminton Datuk Lee Chong Wei. Tahun ini, Malaysia menghantar seramai 30 atlet untuk 9 acara: memanah, olahraga, badminton, berbasikal, terjun, pedang, kapal layar, menembak dan renang.

Berikutan kemenangan ini, seorang facebooker mulut bacul telah menghilangkan diri gara-gara takut 'kote'nya dipotong. Dipercayai mamat yang berasal dari kelate ini menggunakan nama JOHARI PAIN, telah masuk ke Siam untuk membuang 'kote' nya. Ini adalah untuk menunaikan cabaran dejavu yang disuarakan sendiri oleh PAIN ini yang tidak percaya bahawa atlet negara ini akan mampu menang pingat dalam sukan Olimpik.

Mana kau lari hoi, PAIN???



Nuar kata apa bila kerajaan lupus hutang pelajar kelas pertama


Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said (gambar kecil) berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.

“Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka,” katanya .

Bukti kerajaan BN adil dalam pentadbiran negara. Kalau semua sekali hutang pelajar nak di lupuskan bankrup ler negara. Berapa billion nak tanggung hutang???...ni bukan biasiswa boleh kira hangus.

Puak Al-Jub sengaja bangkitkan isu hapus hutang ni supaya dapat meraih pengundi muda yang terdiri daripada pelajar lepasan universiti dan kolej. Itu semua taktik orang boleh baca punya la, kasi cari lain taktik la yang kita tarak perasan punyer....hahaha.



Ahad, 12 Ogos 2012

Tanda Putera filem yang di-anti oleh DAP

DEWASA ini timbul polemik berkenaan sebuah filem karya Datin Paduka Shuhaimi Baba oleh Pesona Pictures yang mengisahkan susur perjalanan dua orang negarawan terbilang, Tun Haji Abdul Razak Hussein dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman antara Mei 1969 dan Januari 1976.

Polemik timbul apabila Finas sebagai rakan kongsi Pesona Pictures telah menarik diri daripada projek itu untuk tayangan umum di panggung wayang gambar (pawagam) sebagaimana yang dijadualkan bermula 13 September ini.

Bawah skima Wajib Tayang, sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Finas, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan pengusaha pawagam menentukan susunan giliran untuk penayangan sekurang-kurangnya dua filem tempatan setiap minggu.

Apabila Finas sebagai rakan kongsi projek Tanda Putera menarik diri, maka giliran filem ini untuk slot tayangan 13 September diberikan kepada filem tempatan yang lain.

Antara sebab yang difahamkan telah dijadikan alasan ialah sensitiviti mengenai peristiwa rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969, yang menjadi mukadimah filem ini.

Filem ini mengisahkan bagaimana Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tun Razak meminta Tun Dr. Ismail kembali ke dalam Kabinet apabila berlaku ketegangan pelbagai demonstrasi akibat keputusan pilihan raya umum ketiga dan Selangor (pada itu merangkumi Kuala Lumpur) tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tiada pihak mendapat majoriti.

Anasir-anasir radikal dan subversif, termasuk gerakan komunis, telah digambarkan sebagai mereka yang bertanggungjawab untuk menghasut agar demam pilihan raya Mei 1969 itu menjadi tegang dan kemudian bertukar menjadi kekacauan. Ini termasuk siri-siri demonstrasi pihak-pihak tertentu yang membuat provokasi biadap dan menimbulkan ketegangan dan kemarahan orang ramai.

Apabila peristiwa 13 Mei berlaku, Tanda Putera memberi banyak fokus mengenai krisis yang dihadapi, keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil agar keselamatan dijamin, ketenteraman tercapai, keadaan tenang dan sedikit demi sedikit, keyakinan rakyat dikembalikan.

Ini termasuk dasar-dasar yang lahir daripada perundingan peringkat nasional merangkumi semua pihak (kecuali DAP) seperti Dasar Ekonomi Baru dan projek Buku Hijau.

Filem ini juga mengisahkan bagaimana pengganas komunis mengubah taktik mereka dalam strategi untuk mengambil alih kuasa dengan merancang pembunuhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 November 1975.

Dasar mengadakan hubungan diplomatik dengan China dijelaskan.

Tanda Putera juga mengisahkan bebanan peribadi Tun Razak dan Tun Dr. Ismail, yang menghidapi penyakit terminal (penyakit serius yang boleh menyebabkan kematian) tetapi terpaksa merahsiakannya, demi tugas membangunkan negara. Ini termasuk pemergian mengejut Tun Dr. Ismail kerana serangan jantung pada 2 Ogos 1973 (sewaktu Tun Razak menghadiri persidangan ketua negara Komanwel di Ottawa, Kanada) dan Tun Razak sendiri meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 akibat leukemia.

Antara reaksi negatif dikaitkan dengan penayangan filem ini ialah daripada Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri.

Namun daripada maklum balas media dan mereka yang telah menonton prebiu filem ini, sambutan amatlah menggalakkan. Mereka berpendapat bahawa filem ini banyak membuka mata mereka mengenai sejarah negarawan, apa yang sebenarnya berlaku, kesan keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil masih lagi kelihatan hari ini, walaupun ia sudah menjangkau 40 tahun.

Filem Tanda Putera ini telah mendapat kelulusan PG13 daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 7 Jun. Lihat prebiu ( klik sini ).

Minggu lepas, Kabinet memutuskan bahawa kelulusan menayang filem ini diputuskan kepada LPF. Ini bermakna, pihak berwajib terutama Finas wajar menentukan filem Tanda Putera ini dikembalikan dalam senarai susunan penayangan filem tempatan skima Wajib Tayang.

Amat malang sekiranya penayangan ini ditangguhkan kerana sebab-sebab yang kurang jelas. Ini kerana khazanah sejarah negara dan negarawan yang dikaryakan dalam bentuk filem wajar dipertontonkan kepada orang ramai terutama golongan muda, agar mereka faham kenikmatan yang dikecapi hari ini datangnya daripada pengorbanan generasi terdahulu.

Saya berharap janganlah filem ini ditangguhkan atas sebab paranoia persepsi politik semata-mata. Apa sudah jadi kita ini?



Oleh Zaini Hassan, Utusan


Sabtu, 11 Ogos 2012

Cadangan jadikan Super Kinta sebagai UTC


Usaha untuk mengembalikan keceriaan dan kegemilangan Bandaraya Ipoh akan tercapai tidak lama lagi apabila Kementerian Kewangan bercadang untuk menjadikan bangunan Super Kinta Ipoh sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Roshidi Hashim berkata, pihak Kementerian Kewangan sedang membuat penilaian segera bagi merealisasikan matlamat bagi mewujudkan Pusat Transformasi Bandar di Bangunan Super Kinta dalam usaha kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

"Sebagai Datuk Bandar dan juga warga Ipoh saya merasa cukup gembira kerana UTC ini akan memberikan spin-off dan impak yang cukup baik kepada pembangunan Bandaraya Ipoh,’’ katanya pada sidang media di Pasar Besar Ipoh pagi tadi.

Dato’ Roshidi bersama pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum itu mengiringi Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pementauan Kementerian Kewangan, Encik Bukhari Hassan meninjau ketingkat tiga dan empat bekas bangunan Super Kinta Ipoh itu.

"Saya amat gembira atas kehadiran Encik Bukhari Hassan dan rombongannya yang datang meninjau serta menilai bangunan Super Kinta Ipoh yang tersohor suatu ketika dahulu dengan mengambil usaha untuk menjadikannya sebagai Pusat Transformasi Bandar.

"Ini jelas membuktikan kerajaan hari ini selalu melihat dan memberikan yang terbaik untuk rakyat dan warga Ipoh amat bertuah kerana pihak Kementerian Kewangan mahu Ipoh terus membangun,’’ katanya.

Menurut Datuk Bandar lagi, berdasarkan pengalamannya sewaktu melawat UTC Melaka baru-baru ini, beliau difahamkan ia mempunyai konsep yang sama dengan UTC yang bakal diwujudkan diIpoh.

"Pengalaman saya di Melaka mendapati UTC disana cukup memberikan k esenangan dan keselesaan kepada masyarakat Melaka dan ia juga merupakan `one stop center’ kerana semuanya ada disitu,’’ katanya.

Sementara itu Bukhari memberitahu pemberita, UTC yang akan diwujudkan ini merupakan yang ketiga atau keempat UTC yang diwujudkan selepas Melaka dan Kuala Lumpur.

Menurut beliau, konsepnya sama seperti UTC Melaka dan di Kuala Lumpur cuma bezanya bangunan Super Kinta Ipoh ini dimana pihak kementerian akan menilai balik mengenainya.

"Tempat di sini sesuai begitu juga dengan keluasannya, kemungkinan kita akan buat penilaian rapi mengenainya dan selepas Aidilfitri ini kita akan mendapat makum balas berhubung kesesuaian bangunan ini,’’ katanya.

Menurut Bukhari, kos bagi mewujudkan UTC akan m elibatkan satu perbelajaan yang besar selaras dengan matlamat kerajan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Beliau berkatga, konsepnya adalah sama dimana semua jabatan dan ageni kerajaan dan NGO akan disatukan didalam satu bangunan selain kemudahan ruang niaga dan pusat membeli-belah .

Sambil memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan operasi perniagaan Pasar Besar, Bukhari berkata, malah banyak ruang kemudahan seperti kedai fama, kedai buku, klinik gigi 1 Malaysia dan sebagainya akan diwujudkan didalam bangunan berkenaan.

"Semua perkhidmatan kerjaaan dan swasta semuanya akan ada di sinin contohnya sebarang bayaran bil seperti bayaran saman polis, cukai dan sebagainya boleh diselesaikan di sini,’’ katanya.

Menurut Bukhari lagi, dengan adanya UTC ini ia bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada rakyat Perak malah juga penduduk diluar Perak yang datang ke Bandaraya Ipoh.


Jumaat, 10 Ogos 2012

Tanda Putera movie...the opposition leader asking for free ticket, poorahhh




New patriotic movie that will be launching in cinema on 13rd September 2012. The controversial issue created by opposition party, they claim that it contain rasist influence.
Beside that they want free show for them before it be launch in cinema, hahaha mau tengok free ka!!!

What laaaa weiii, you all want to complaint, please direct to the film producer. Why have to bring it into politic agenda, it just a history film for our young generation knowledge and based on true story.

Carta Pingat-Pingat Olimpik London 2012

Sehingga kini negara kita Malaysia hanya memperolehi 2 pingat iaitu pingat perak menerusi acara badminton oleh Datuk Lee Chong Wei dan pingat gangsa menerusi acara terjun papan anjal 10 meter oleh Pandelela Rinong.
Sesuatu yang tidak disangka-sangka tetapi peserta acara terjun papan anjal ini membuktikan dia mampu bersaing di persada dunia serta mengharumkan nama negara.


Berikut adalah carta keseluruhan kedudukan negara-negara yang menyertai sukan Olimpik 2012 di London:

Filem Tanda Putera kasi gusar Pakatan Rakyat



Penerbit Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba meminta pihak mengkritik filem Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi berkata, individu yang ingin memberi sebarang komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem berkenaan terlebih dahulu dan bukannya berpandukan kepada persepsi sendiri dan juga promo yang ditonton.

“Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.

“Setahu saya, belum ada lagi individu yang memberi komen mengenai sesebuah filem menerusi promo yang ditonton,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Khamis.

Shuhaimi diminta mengulas komen Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada Selasa lalu yang meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.

Mustafa mendakwa tema filem tersebut akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan Shumi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.

“Saya belum sempat membaca berita mengenai kenyataan pihak pembangkang tetapi saya telah dimaklumkan mengenainya.

“Apa-apa pun, saya akan mengulas lebih lanjut pada sidang media nanti,” ujarnya.

Filem Tanda Putera yang dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu antara lain berkisah mengenai peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.




Tengok Anak Bulan 18 Ogos 2012 (Sabtu)



Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.

Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).



Mengandung selepas 2 bulan jadi hamba seks



Derita seorang wanita warga Indonesia yang dikurung seorang lelaki dan dijadikan hamba seks selama lebih dua bulan hingga menyebabkannya mengandung berakhir apabila diselamatkan isteri lelaki berkenaan di Kuala Lumpur.

Difahamkan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira tiga bulan lalu yang mendakwa kononnya ejen pendatang asing dan boleh membantu menghantarnya pulang semula ke negara asal.


Malangnya, sumber berkata, wanita itu bukan saja ditipu lelaki berkenaan malah terpaksa melalui detik hitam apabila dikurung dan dijadikan pemuas nafsu sebelum diselamatkan polis dengan bantuan isteri lelaki terbabit, awal pagi kelmarin.

Mangsa yang bekerja di sebuah negeri di pantai timur diperdaya lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan mendakwa boleh membantu menguruskan dokumen perjalanan pulang ke negara asalnya.


“Tanpa berfikir panjang, mangsa mengikut lelaki berkenaan bersama seorang lagi lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit ke ibu kota. Mereka kemudian membawa mangsa ke sebuah kondominium di Kepong, di sini.


“Lelaki terbabit menyuruh mangsa menetap di rumah itu bersama rakannya sementara menunggu dokumentasinya selesai. Namun, selepas seminggu tinggal di rumah berkenaan, mangsa masih tidak mendapat pasport dan tiket penerbangan seperti dijanjikan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihalang keluar dari kondominium berkenaan selain turut dijadikan hamba seks apabila dipaksa melayani nafsu serakah lelaki berkenaan dan beberapa lelaki lain.


“Mangsa mendakwa lelaki itu dan rakannya dipercayai ahli sindiket pelacuran kerana sering membawa pulang beberapa wanita ke rumah berkenaan bersama beberapa lelaki lain yang dipercayai pelanggan kepada wanita terbabit,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira jam 2 pagi kelmarin, mangsa yang dipercayai mengandung mengalami pendarahan teruk menyebabkan rakan lelaki terbabit panik dan bertindak menghubungi lelaki itu.


“Lelaki itu dipercayai menghantar kiriman SMS memberitahu keadaan mangsa. Bagaimanapun, kandungan SMS itu dibaca isteri lelaki itu menyebabkan wanita berkenaan terkejut.


“Wanita berusia lingkungan 30-an itu mengesyaki sesuatu sudah berlaku menyebabkan dia terus bergegas ke kondominium rakan suaminya itu sebelum menemui mangsa,” katanya.


Sumber berkata, tindakan wanita itu membawa padah apabila dia turut dikurung suaminya sendiri yang datang ke rumah berkenaan sebaik dimaklumkan rakannya mengenai kehadirannya.


Difahamkan, wanita terbabit kemudian bertindak menghubungi polis meminta bantuan sebelum sepasukan polis tiba di rumah itu dan menyelamatkan mereka.


Beliau berkata, kedua-dua suspek turut ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut mengenai kejadian itu.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atip).


Khamis, 9 Ogos 2012

Tolak DAP, kata tokoh-tokoh Islam dan NGO


Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti Pas, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.

"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.

"Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.

"Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya," katanya.

Ismail berkata, penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.

"Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam," katanya.

Sementara di Kota Bahru, Kelantan pula selepas Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam menegaskan adalah haram umat Islam menyokong DAP, seorang lagi tokoh agama hari ini mengingatkan umat Islam tidak boleh sama sekali menyokong mana-mana golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Sebaliknya kata beliau, adalah menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam menjaga kebajikan orang bukan Islam yang menyatakan taat setia mereka.

"Kalau bukan Islam menyatakan dia menentang, tidak setuju, tidak taat setia, maka tidak wajib bantu mereka.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...