Ahad, 30 September 2012

Bajet 2013 Mantap, Dr. Zambry

Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri hari ini sangat mantap kerana ia membuktikan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit di samping memberi harapan baru kepada golongan berpendapatan sederhana yang selama ini merasakan diri mereka terpinggir. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bajet yang dibentangkan itu menggabungkan dasar-dasar  fiskal yang kemas bagi memelihara perbelanjaan negara, khususnya dalam konteks mengurangkan defesit. "Seperti yang kita lihat, pengurangan defisit sebanyak 0.5 %, daripada 4.5 % kepada 4 % dan ini merupakan satu komitmen kerajaan yang sangat besar, satu anjakan dan manifestasi dari segi dasar ekonomi yang baik,’’ katanya pada media di kediaman beliau selepas mendengar pembentangan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini. Dr. Zambry berkata, teras kepada pembentangan bajet ini ialah dari segi dasar-dasar sosio ekonomi yang juga begitu mantap, khususnya dalam menyelesaikan perkara-perkara yang ada kaitan bagi golongan berpendapatan sederhana "Kalau selama ini kita dapati penekanan diberi kepada mereka yang berpendapatan rendah, khususnya golongan miskin tapi hari ini kerajaan turut memasukkan golongan berpendapatan sederhana,’’ kata beliau. Beliau menambah, selama ini, golongan pertengahan merasakan diri mereka terpinggir , tidak mendapat apa-apa kebaikan dan hari ini kerajaan telah mendengar pandangan-pandangan itu dan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka. "Kerajaan berusaha untuk menjawab kepada pelbagai persoalan yang timbul hasil daripada perkembangan ekonomi dan mungkin juga disebabkan oleh kenaikan harga barangan yang mana sebahagian besar memberi impak kepada golongan pertengahan,’’ ujarnya. Beliau memberi contoh, peruntukan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 buah rumah untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM5,000, ini merupakan satu jawapan yang sangat baik kepada golongan berpendapatan sederhana. Bagaimanapun, kata beliau, dasar-dasar untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti pesawah dan nelayan tetap diteruskan dengan melibatkan peruntukan ratusan juta ringgit. Menurut Menteri Besar, Bajet 2013 juga membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan sektor pendidikan terus menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi, selain daripada sektor pelancongan yang menerima pertambahan peruntukan sebanyak 42 %  berbanding peruntukan tahun ini. Sehubungan itu, beliau berharap hasil pertambahan peruntukan ini akan dapat dirasai oleh setiap negeri, termasuk Perak, yang juga menjadi penyumbang utama sektor pelancongan. "Kita harap kerajaan juga akan memberi pertimbangan yang sewajarnya membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana pelancongan dan penyediaan tempat-tempat bagi menarik pelancong datang ke Malaysia, khsusnya ke Perak,’’ kata beliau. Dr. Zambry percaya, dengan pembentangan Bajet 2013, rakyat akan dapat menilai yang mana bajet terbaik untuk mereka dan yang mana bajet gula-gula daripada pembangkang. Beliau berkata, bajet bayangan yang dibentangkan oleh pembangkang hanya cerita lama yang dikitar semula daripada Buku Jingga dan seperti biasa pembangkang akan menuduh kerajaan Barisan Nasional menceduk idea mereka.

Bujang dapat RM250 tahun depan dari kerajaan



Di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan umumkan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua atau BRIM 2.0 akan diteruskan tahun depan dengan golongan penerimanya bukan sahaja membabitkan 4.3 juta isi rumah tetapi manfaatnya diperluaskan kepada 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas.

Golongan bujang itu akan menerima bayaran RM250 dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran tersebut akan dibuat awal tahun depan.

"Hasrat kerajaan memberi bantuan ini kepada isi rumah berpendapatan rendah serta golongan bujang bukan satu langkah populis tetapi manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan secara berhemah," kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.



Sabtu, 29 September 2012

Berniaga online boleh dapat RM1000 dari SKMM


Pemberian geran RM1,000 melalui peruntukan RM50 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi banyak faedah kepada pengusaha perniagaan secara dalam talian yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan.

Pengasas perniagaan perkhidmatan rawatan kecantikan dari rumah ke rumah, JomCantik, Huzalfah Shamsudin berkata, pemberian geran terbabit membuka peluang lebih meluas kepada usahawan baru terutama wanita untuk meneroka bidang berkenaan.


Jika sebelum ini kebanyakan bantuan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan berbentuk produk, kemahiran serta kursus, pemberian geran terbabit boleh dijadikan modal pusingan perniagaan.

“Saya menyokong penuh sekiranya geran terbabit diserahkan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan secara dalam talian buat kali pertama.


“Jumlahnya mungkin lebih daripada mencukupi terutama jika ia membabitkan jenis perniagaan mudah seperti khidmat kecantikan dari rumah ke rumah,” katanya.


Bagaimanapun, pemberian geran berkenaan perlukan pemantauan sewajarnya terutama bagi mengenal pasti penerima yang benar-benar layak.

Ini kerana jumlah terbabit agak besar. Oleh itu, wajar untuk membentuk satu badan khas bagi memantau perjalanan geran berkenaan.


“Mungkin pada peringkat awal semangat berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan tetapi disebabkan tiada pengawasan, mungkin urusan perniagaan hanya tinggal kertas cadangan.

“Pemberian geran ini juga sebenarnya banyak membantu usahawan baru mengenal pasti bentuk perniagaan ingin diceburi dan membolehkan mereka bertapak lebih jauh dalam bidang terbabit,” katanya.


Menurut pemilik butik dalam talian, Lalapop, Khazylah Fhadylah Hussin, sokongan kerajaan sememangnya penting terutama kepada peniaga kecil seperti dirinya. “Peruntukan geran sebanyak RM1,000 itu dapat membantu untuk mengembangkan lagi perniagaan secara dalam talian bagi membuka butik atau mendapatkan lebih banyak koleksi pakaian. “Selain itu, bantuan ini juga boleh digunakan untuk memperbaiki laman web butik supaya ia lebih bersifat komersial, sekali gus memperluaskan jaringan perniagaan,” katanya ketika ditemui.


Asal-usul Pelacuran Di Tanah Melayu


Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: Asal usul Pelacuran Di Malaysia

* sila klik di atas

Selasa, 25 September 2012

Niza sindrom MEROYAN, Ngeh pula sindrom PARANOIA


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilanda sindrom `paranoiapolitik’ kerana sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
Katanya, keadaan ini berlaku kerana Ngeh memiliki budaya pemikiran kebencian yang ditanam di dalam dirinya.
"Kalau ada pemikiran keamanan dia tidak akan buat macam tu, dia akan melihat dulu tetapi oleh kerana dia mengalami paranoia politik (political paranoid) maka dia sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
"Orang yang paranoid, kalau kena gigit semut pun dia akan kata itu semut BN dan UMNO,’’ katanya kepada media selepas merasmikan Program International Day of Peace anjuran Universal Peace Federation Malaysia di Hotel Riverfront, Ipoh petang ini.
Ditanya mengenai Ngeh yang memohon maaf berhubung kenyataan provokasinya yang memperlekehkan umat Islam, Dr Zambry berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada rakyat untuk menilai keikhlasanAhli Parlimen Beruas itu.
"Dalam soal ini, seringkali saya sebut soal sensitiviti agama dan bangsa ini tidak wajar dipermainkan atau dijadikan isu politik,’’ tambahnya.
Beliau menyebut umpamanya Ngeh mengkritiknya semalam selepas memohon maaf berhubung kenyataannya itu tetapi masih lagi mengatakan bahawa seolah-olah orang yang dibelakang tweet itu adalah Dr. Zambry.
"Saya kata, bagaimana orang yang di belakang tweet dia itu adalah saya, saya tidak pernah kacau dia dan tidak pernah keluarkan kata-kata kesat kepadanya apabila dia membuat tweet itu,’’ jelasnya.
Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan Malaysia-Korea Frienship Service Projek dan meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Universal Peace Federation Malaysia Cawangan Perak untuk melaksanakan aktivitinya. Hadir sama Presiden Universal Peace Federation Malaysia, Tan Sri Dr. Devaki Krishnan.


Isnin, 24 September 2012

Sekupangduas cili taruh kasi sama ni Nga


Di Ipoh, Perak...Blogger Sekupangduas.blogspot.com, Ahmad Sofian Yahya bertindak memfailkan writ saman terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming melalui peguamnya, Norali Nordin di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, kelmarin, dengan menuntut ganti rugi am kerana mendakwa pemimpin DAP itu membuat kenyataan berunsur fitnah melalui blog www.ngakorming.com.

Ahmad Sofian berkata, dalam blog itu terdapat beberapa kenyataan berbaur fitnah antaranya termasuk , ‘Blogger Umno tarik balik segala kenyataan fitnah...’ dan ‘Atas persetujuan blogger Umno Sekupang Dua, yang mempunyai nama Ahmad Sofian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming...’ adalah tidak benar.

“Kenyataan itu dinyatakan dalam www.ngakorming.com pada 12 September lalu dan ia seolah-olah mempunyai niat untuk memfitnah serta menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang blogger dengan memberi mesej yang tidak baik kepada orang ramai terhadap saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Sofian mengadakan sidang media ditemani peguamnya Norali Nordin, di Norali & Co, di sini, semalam.

Sebelum ini, satu persetujuan telah dicapai pada 22 Jun lalu agar Kor Ming dan Ahmad Sofian bersetuju menarik balik artikel masing-masing selepas mendengar nasihat hakim.

Namun, beliau berkata, kenyataan pemimpin DAP itu seolah-olah mahkamah telah memutuskan bahawa artikel di dalam blognya suatu fitnah sedangkan mahkamah tidak memutuskan sama ada artikel tersebut berunsur fitnah ataupun mempunyai kebenaran.

Menurutnya, sebuah portal berita terkemuka turut memberi gambaran yang salah kerana mengatakan dia sudah menarik balik saman balasnya tanpa menyebut bahawa tindakan tersebut hanya dibuat setelah Kor Ming menarik samannya terlebih dahulu.

“Sehubungan itu, saya bertindak untuk menuntut perintah injuksi beserta ganti rugi am kerana akibat penyiaran kenyataan tersebut, saya telah mengalami skandal awam, kesangsian, penghinaan serta kehilangan reputasi sebagai seorang penulis blog sehingga mengakibatkan kerosakan dan kerugian terhadap saya,” katanya



Sebelum ini, Sekupangduas telah menuntut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming untuk meminta maaf atas kenyataan wakil rakyat itu melalui peguamnya kepada media cetak berbahasa Mandarin, tempohari.

Ahmad Sofian,47, mendakwa, kenyataan yang dihantar melalui e-mel pada Rabu lalu kepada sebuah akhbar berbahasa Cina dan sebuah portal adalah fitnah dan berniat jahat bertujuan untuk memalukan beliau.

“Menurut laporan akhbar berkenaan, mereka menuduh saya ‘mengaku salah’ dan menarik balik kenyataan saya yang dikatakan suatu fitnah kepada Ahli Parlimen Taiping itu sebelum ini.

“Jelas saya tidak pernah mengaku salah serta menarik balik kenyataan berkenaan, saya masih percaya Kor Ming terlibat dalam salah guna kuasa dalam pemberian kontrak berkenaan.

“Perlu diperjelaskan, setelah Kor Ming menarik balik tuntutan saman RM10 juta terhadap saya, maka saya sebagai defendan bersetuju atas nasihat Yang Arif Hakim supaya menarik balik tuntutan balas saya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media di sebuah restoran di sini, semalam.

Ahmad Sofian berkata, apa yang dilaporkan dalam portal berkenaan memberi gambaran tidak tepat apabila hanya menyebut pihaknya menarik balik saman tanpa mendedahkan bahawa tindakan itu dibuat setelah Kor Ming menarik samannya terlebih dahulu.

Pihaknya turut mempersoalkan mengapa Kor Ming bersetuju menarik balik tuntutan saman sebesar itu.

“Saya ingin jelaskan saya tidak pernah membuat pengakuan salah malah tidak ada perintah mahkamah untuk saya berbuat demikian, mahkamah juga tidak memutuskan bahawa artikel tersebut adalah fitnah.

Sehubungan itu, pihaknya mahu Kor Ming dan peguamnya serta media yang terlibat dalam penyiaran artikel berkenaan memohon maaf dalam tempoh 24 jam atau tindakan undang-undang akan dibuat.

“Saya akan dapatkan nasihat peguam untuk membuat laporan polis jika kenyataan Kor Ming dan peguamnya mempunyai unsur menghina mahkamah,” katanya.

Dalam satu kenyataan Kor Ming yang menyebut dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh memerintahkan kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.

Selain menarik balik kenyataan terhadap Ahli Parlimen Taiping itu, Ahmad Sofian juga memberi Aku Janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tidak mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Kor Ming pada masa akan datang.

Kes berkenaan timbul apabila paparan blog SekupangDua bertarikh 16-12-11, menyebut Kor Ming ‘Penyamun Besar’ Negeri Perak dan menyalahguna kuasa apabila mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau.

Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat, Kor Ming membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Sofian pada 3 Januari lalu.


Polis Perak berjaya tumpas sindiket curi kereta



Di Ipoh, polis menumpaskan satu sindiket curi kereta di negeri ini berikutan penahanan tiga lelaki yang merupakan penjenayah tegar, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd. Shukri Dahalan hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu masing-masing berumur 31, 34 dan 37 tahun, mempunyai 10, lima dan empat rekod jenayah lampau antaranya bersangkutan kes dadah.

"Ujian air kencing terhadap ketiga-tiga mereka didapati positif dadah jenis Meth (Ais) dan kesemua suspek ditahan reman sehingga 28 September ini," katanya.

Mohd. Shukri berkata, berikutan serbuan ke atas mereka di sebuah hotel di Simpang Pulai, pukul 10.30 malam hari Jumaat lepas, polis menemui tiga buah kereta jenis Honda Civic, Toyota Wish dan Kia Spectra.

"Polis turut merampas dua anak kunci kereta Honda Civic dan Toyota Wish, lapan buah telefon bimbit, dua buah komputer riba jenama Acer dan HP Pavilion dan tiga cukai jalan palsu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Mohd. Shukri berkata tangkapan itu hasil maklumat orang awam yang mendapati nombor pendaftaran Kia Spectra itu didaftar pada sebuah lori.


Pulangkan PERAK MAN ke tempat asalnya


Di Lenggong, Perak...Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan khususnya Jabatan Warisan Negara digesa mempertimbangkan hasrat kerajaan Perak mahu membawa pulang rangka sebenar manusia pertama di Asia Tenggara, Perak Man ke daerah ini.

Ketika ini, rangka Perak Man atau Orang Perak yang hidup kira-kira 11,000 tahun lalu ditempatkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur sejak Julai 2006 lalu.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya artifak yang menjadi sebutan dunia itu dikembalikan semua ke tempat asalnya dan ditempatkan di Galeri Arkeologi di sini.

Katanya, permintaan tersebut wajar diberi perhatian serius memandangkan jumlah pengunjung ke galeri terbabit meningkat mendadak sehingga empat kali ganda sejak Lembah Lenggong diisytiharkan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).



Jumaat, 21 September 2012

PERKASA PERAK protes DAP BIADAP

Demonstrasi aman pada petang tadi (21/9/2012) selepas solat Jumaat,


Sila terus ikuti di

blog Budak Benteng, dibawah tajuk "Perkasa Perak Protes Kebiadapan Dap Perak"


...sila klik di atas, terima kasih.




Protes terhadap Ngeh BIADAP... HARAM JADAH!!!


Sila klik di bawah,

'Masalah beza pendapat itu memang perangai manusia' oleh blogger 'Daeng Selili'

Ngeh...udah NgarNgeh kencing hancing, lagi repot polis ditenyeh!!!


Ngeh...lu mana mau lari, udah kencing dalam seluor ke? ...sudah manyak hancing wooo.

Gua dengar lu sudah tarak tahan lagi kena hantam, berpuluh-puluh repot polis dah keluar hasil tindakbalas dari otak kreatif lu dalam berkata-kata dalam tweeter mu.

Lu sudah NGARNGEH ka???....hahaha mulot longkang lu yang cabul itu memang patut diajar, dengar sini baik-baik ya Ngeh 'This is your last warning' lepas ni jaga lu punya ponggong sendiri ya jangan suka-suka cucok lain orang punya hal ya...

Ikuti laporan dari blog Aktivis Kepayang Jr (klik) untuk lebih info tentang lagi repot polis dibuat dari pelbagai NGO dari serata Perak. Repot polis ke atas kenyataan tweet Ngeh ini dah tak dapat dibendung lagi, mana lu mau lari haaa Ngeh.



pssssttt : gua dok tunggu jugak ni tak muncul-muncul lagi tag-team partner, si Niza Meroyan. Dia taknak back-up ke sedara sepupu dia ni, weiii manaaaa???



DAP anti ISLAM
MUSLIM harus TOLAK DAP


Khamis, 20 September 2012

BODOH BETOI...balun seks dengan keldai



Di Florida, TALLAHASSEE seorang pekerja ladang ditahan semalam selepas dia disyaki melakukan hubungan seks dengan keldai kerdil bernama Doodle.


Carlos Romero dikatakan leka berasmara dengan haiwan itu di sebuah bangsal yang menjadi tempat tinggalnya di Ocala.


Menurut sumber, pemilik ladang berkenaan ternampak Romero, 31, menanggalkan seluarnya dan berada di belakang keldai berusia 21 bulan itu.

Romero ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti seksual dengan haiwan.


Dia juga berdepan tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan. Bagaimanapun, kata sumber, Romero menafikan menyetubuhi Doodle, sebaliknya mendakwa menunggu keldai itu “menjadi matang.” “Romero cuma mengaku rasa seronok bulu haiwan itu menyentuh kulitnya dan dia menganggap Doodle merangsang nafsunya,” katanya. Romero juga mendakwa, DNA dia berada dalam badan Doodle “secara tidak sengaja.” Sementara itu, media juga melaporkan, Romero berdiri di belakang Doodle dan melakukan onani apabila haiwan itu terangsang. Menurut sumber, Romero menggunakan jarinya untuk membersihkan kemaluan Doodle dan keldai itu akan terangsang akibat perbuatannya.


Katanya, Romero melakukan perbuatan itu lima atau enam kali sejak Doodle dibeli majikannya dua bulan lalu. Sumber berkata, Romero mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan kuda ketika dia berusia 18 tahun. “Dia tidak melakukan perbuatan sama ke atas Doodle kerana menganggap keldai berkenaan belum bersedia dan haiwan itu dalam proses menjadi matang,” katanya. Dia ditahan di penjara daerah Marion sejak pada 17 September lalu.



Rabu, 19 September 2012

AMUK di Kg Rapat!!!...lagi repot polis atas Ngeh



Lagi lapuran polis telah dibuat di Balai Polis Kg. Rapat, Ipoh ke atas kenyataan provokasi Ngeh Koo Ham dalam tweeternya pada hari ini, 19hb. September 2012 (Rabu).

Antara NGO, individu dan wakil parti politik yang hadir mengemukakan repot ialah dari ;
1 Kelab Speda Klasik Kinta
2 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Perak)
3 Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (Perak)
4 Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Gopeng
5 Ketua-ketua Kampung dibawah Parlimen Gopeng
6 Blogger Pemuda UMNO Gopeng

Jumlah bilangan repot yang dibuat ialah sebanyak 29 repot telah dibuat hari ini di Balai Polis Kg. Rapat pada jam lebih kurang antara 5:00 hingga 6:30 petang.

Ramai wartawan yang hadir membuat liputan dan temuramah antaranya dari Utusan Melayu, NTV9, Perak Today dan juga blogger-blogger termasuk dari PCT.

Antara wakil jurucakap dari NGO berucap dan mengutuk tindakan Ngeh yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur negatif terhadap isu sensitif penghinaan orang Islam dalam filem Innocense of Muslims. Dengan penuh semangat kumpulan ramai ini melaungkan takbir demi untuk membakar semangat supaya kita bersatu-padu tidak mengira haluan politik sama ada dari UMNO atau PAS atau PKR menghalang penghinaan ke atas orang Islam. Ngeh juga diberi amaran untuk tidak masuk campur hal agama Islam dan belajar menghormati sensiviti orang Islam.


DAP anti ISLAM
MUSLIM PERLU BERSATU MENOLAK DAP







Zambry selar kenyataan provokasi Ngeh

Di kala masyarakat seluruh dunia mengecam filem ‘Innocence of Muslims’, ADUN Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham mengundang kontroversi apabila wakil rakyat DAP ini mengeluarkan kenyataan menyoal sama ada perlu umat Islam membantah penyebaran video klip tersebut.

Kenyataan Ngeh di twitter berbunyi ‘Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this’ (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politiknya. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini)

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam reaksi serta-mertanya menggangap kenyataan Ngeh dalam twitternya itu sebagai satu provokasi.

Sambil menyifatkan kenyataan Ngeh itu amat mendukacitakan, beliau turut menggangap Ngeh tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang amat tersinggung, marah dan rasa terhina dengan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

“Ngeh seorang Kristian. Tetapi setahu saya, kalangan penganut Kristian juga marah dengan perbuatan menerbitkan filem itu.

“Sepatutnya dia (Ngeh) berkongsi bersama apa yang ditanggung umat Islam. Sebaliknya mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dia mungkin akan kata dia hanya bertanya tetapi soalan dia amat provokatif sekali,” katanya kepada pemberita selepas sesi bertemu pelanggan di Ipoh, hari ini.

Menteri Besar berkata Ngeh tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan orang Islam dalam hal ini kerana apa yang dilakukan adalah tindak balas semulajadi setiap penganut apabila nabi mereka dipersenda dan dihina.

“Apa akan jadi jika ada pihak lain buat filem mengenai Nabi Musa atau Jesus itu anak siapa...begitu juga mengenai Abraham atau David. Setahu saya penganut Judism juga tidak suka sekiranya nabi mereka dipersenda dan dihina demikian rupa,” katanya.

Beliau mahu Ngeh sedar bahawa apa yang dilakukan umat Islam adalah hak dan cara untuk membantah serta menyatakan perasaan tidak puashati mereka terhadap penerbit filem tersebut.

“Ngeh seharusnya berhati-hati jika hendak buat kenyataan. Jangan sampai menyinggung perasaan umat Islam,” katanya.




DAP anti Islam
We all muslim should anti DAP



GERAKAN BELIA 4B & BLOGGERS PCT BUAT LAPORAN POLIS

Gerakan Belia 4B Perak hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan melalui akaun 'twitter'nya yang mempersoalkan usaha umat Islam membantah filem “Innocence of Muslims”.

Exco Pergerakan Belia 4B Perak, Muhamad Iqbal Jamal Jamaluddin menegaskan, Ngeh tidak mempedulikan sensitiviti terhadap agama Islam dalam kenyataannya dan mereka menentang sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi DAP Negeri itu.
“Hari ini kami, Gerakan Belia 4B Perak datang membuat laporan polis berhubung isu ini dan diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam dan tidak ada kena mengena dengan politik,” kata Iqbal ketika ditemui di Balai Polis Sg. Senam, Ipoh.

Terdahulu, kenyataan Ngeh di twitter berbunyi, Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this’ (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politiknya. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini)

Dalam pada itu, Iqbal menyifatkan pertanyaan yang dikeluarkan oleh Ngeh itu menggambarkan seolah-olah memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia mempertahankan maruah Rasulullah s.a.w.
“Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan dengan menyifatkan protes serta penentangan terhadap sebarang usaha menjatuhkan maruah Rasulullah adalah satu penghinaan kepada setiap umat Islam,” katanya lagi.

Syabas Gerakan Belia 4B Negeri Perak kerana mempertahankan maruah Islam dari diperkotak-katikkan oleh musuh yang penuh muslihat ini.

Pada petang semalam juga, blogger dari Perak Cyber Trooper iaitu 'Budak Benteng' dan 'Kinta Menjerit' telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Ipoh (saksikan rakaman video dibawah) tentang isu yang sama.

Difahamkan akan ada lagi laporan polis yang akan menyusul sama ada dari NGO atau wakil parti politik berkenaan dengan isu ini. Ikuti perkembangan sesi temuramah wartawan yang akan diadakan besok-lusa. Jangan kasi muka sama DAP di negeri Perak ini.



DAP anti Islam
We all muslim should anti DAP.














Selasa, 18 September 2012

Haram Jadah punyer Ngeh !!!


Memang biadap dan haram jadah ni salah sorang dari pemimpin tertinggi DAP Perak. Biadap sebab mempersoalkan tindakan orang muslim memprotes terhadap filem yang penuh kontroversi yang mempermainkan isu agama Islam iaitu 'Innocence of Muslim ' . Dalam tweet si kurang ajar ini menyebut bahawa (diterjemah) 'Muslim membuang banyak masa dan tenaga kepada perkara ini'.

Perkataan yang digunakan jelas menghina orang Islam sepatutnya dia tak layak untuk memberi komen hal berkaitan orang Islam. Kalau dari segi politik sepatutnya wakil dari parti PAS yang lebih afdal berucap tentang isu hal berkaitan orang muslim.

Orang yang pertama patut komen ialah MB Nizar, Menteri Besor Boneka demer Pakatan Rakyat....oppsss bukan lagi MB ya, mantan la. Nak dengor juger apa kata mantan MB ni, apakah pendapatnya tentang isu hina orang Islam ini. Harap Niza Meroyan dapat memberi komen yang positif, jangan dok melompat pulak nak bela si DAP kurang ajar ni. Mempertahankan maruah Nabi Muhammad saw dan kedudukan agama dituntut oleh Islam serta merupakan sebahagian dari jihad dan ibadah.

Dalam Perlembagaan Negara Malaysia juga menyatakan ugama rasmi adalah agama Islam. Maka kenyataannya itu juga bertentangan dengan perlembagaan serta secara tak langsung menghina agama rasmi negara ini.


Kinta Menjerit dengan penuh rasa dukacita dan sangat kecewa menempelak kata-kata dalam tweet Ngeh ini, susulan satu lapuran bertulis telah dikemukakan kepada pihak polis. Ini adalah supaya tindakan kurang ajar ini tidak berulang dan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Payu dara Kate, asli atau palsu?


Keluarga diraja Britain semalam memfailkan tuduhan jenayah terhadap sebuah majalah gosip Perancis yang menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine.

Majalah itu, Closer, Jumaat lalu menyiarkan gambar kabur menunjukkan Catherine berjemur dengan hanya berseluar bikini dalam edisi khas dengan tajuk muka depan “Ratu berbogel.” Pejabat pendakwa raya di Nantererre, pinggir Paris mengaku menerima aduan itu.


Pasangan diraja berkenaan berharap untuk memperoleh pampasan berhubung gambar terbabit yang dirakam ketika William dan Catherine bercuti di Perancis.

Pasangan itu mahu gantirugi atas kesalahan melanggar undang-undang privasi Perancis daripada majalah berkenaan dan jurugambar terbabit yang identitinya belum didedahkan.


Mereka juga berusaha mendapatkan injunksi bagi menghalang Closer menjual semula gambar berkenaan.


Closer dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Permohonan injunksi itu yang akan memaksa majalah berkenaan menarik balik edisi Jumaat lalu serta melarangnya menyambung penjualan, akan ditimbangkan dalam satu perbicaraan tergempar awal pagi ini (waktu Malaysia).


William berang dengan penyiaran gambar itu yang mendorong perbandingan dengan nasib ibunya, Diana, yang mati dalam kemalangan kereta pada 1997 ketika dikejar paparazi di Paris.

Tiada akhbar atau majalah di Britain yang mengumumkan rancangan untuk menyiarkannya.


Bagaimanapun, tindakan undang-undang itu gagal menghalang majalah di Ireland dan Itali daripada berbuat demikian.


Sebuah majalah di Dublin bertindak menyiarkannya Sabtu lalu sementara, Chi, yang juga dimiliki Kumpulan Mondadori milik Berlusconi, berbuat demikian semalam.


Dalam edisi khasnya semalam, Chi menyiarkan gambar itu bersama-sama dengan beberapa artikel, termasuk yang berjudul, ‘Payu dara Kate, asli atau palsu?’.


Ahad, 16 September 2012

Foto nenen Kate saman majalah Closer

Tidak lama dulu kita dihidangkan dengan cerita panas nenen Manohara, kali ini, Duchess of Cambrige's, Kate Middleton gempar apabila foto ketika mereka suami isteri tengah mandi separuh bogel telah diambil ketika di Perancis.

Foto yang agak tidak jelas dan pudar itu dilihat agak seksi dan menampakkan bentuk tubuh serta buah dada isteri Putera William itu.

Mereka bagaimanapun telah menfailkan saman di mahkamah Perancis ke atas penerbit Closer iaitu majalah gossip popular di Perancis kerana telah menyiarkan gambar separuh bogel itu dan atas dakwaan menceroboh hak privasi pada 14 hb September 2012 yang lalu.

Foto yang diambil di kolam renang ketika pasangan itu bercuti juga ada menampakkan Putera William yang sedang menyapu krim di tubuh isterinya Kate.

Sementara itu editor majalah Closer pula berkata bahawa foto itu biasa dan cuma hanya mengambarkan pasangan bercinta yang sedang bermesra bahkan mengatakan bahawa pasangan itu tidak melindung aksi mandi mereka serta menyebut 'mereka boleh dinampak dari jalanraya'.


Bumiputera ketinggalan dalam perniagaan telefon bimbit



Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hampir 20 juta telefon bimbit dijual di pasaran negara ini sejak dua tahun lalu.

Jika telefon berkenaan dijual pada harga minimum RM100 seunit, bermakna ia telah membuka pasaran bernilai RM2 bilion.

Angka itu pasti meningkat jika nilai pada segmen jualan produk sokongan termasuk aksesori, kad prabayar serta perkhidmatan selepas jualan dan harga sebenar telefon yang kebanyakannya melebihi RM700, diambil kira.

Melihat angka lumayan itu seharusnya industri ini telah memberi manfaat besar kepada golongan peniaga di negara ini termasuk bumiputera.

Bagaimanapun, tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia di pusat-pusat jualan utama telefon bimbit di sembilan negeri mendedahkan penemuan yang sebaliknya.

Tinjauan, penyamaran, penyelidikan dan pemerhatian wartawan-wartawan terbabit membongkar realiti bahawa tidak ramai peniaga bumiputera yang berjaya membolosi peluang perniagaan dalam industri itu, sebaliknya ia adalah industri monopoli satu kaum.

Di gedung gajet terbesar ibu negara, Plaza Low Yat misalnya, daripada lebih lebih 121 kedai dan kios menjual telefon bimbit dan peralatan berkaitan termasuk aksesori, hanya dua peniaga Melayu yang dikesan.

Situasi sama berlaku di Kompleks Pertama - kompleks yang dibina 35 tahun lalu pada asalnya bertujuan menyediakan ruang berniaga kepada peniaga Melayu.

Daripada lebih 100 kedai dan kios telefon bimbit, hanya dua diusahakan peniaga Melayu.

Di Digital Mall Petaling Jaya pula peniaga telefon bimbit Melayu langsung tidak kelihatan.

Mungkin ada pihak akan mendakwa bahawa ini berlaku kerana komposisi kaum penduduk di ibu negara yang agak sama atau lebih kepada bukan bumiputera menyebabkan keadaan itu berlaku.

Namun, tinjauan di negeri-negeri yang majoriti penduduknya Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah juga tidak menunjukkan perbezaan. Perniagaan telefon bimbit tetap dikuasai hanya satu kaum.

Tinjauan di KB Mall, Kota Bharu misalnya mendapati, hampir 20 buah kedai di kompleks itu, 100 peratus dimiliki oleh kaum Cina - daripada kedai bersaiz kecil hingga besar.

Kehadiran orang Melayu di kedai-kedai berkenaan hanya sebagai jurujual dengan gaji bulanan dianggarkan sekitar RM500 ke RM600 sebulan.

Di Kuala Terengganu, tinjauan di sekitar daerah itu mendapati hanya 20 peratus daripada kira-kira 70 buah premis dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, kad prabayar dan baik pulih telefon dimiliki peniaga Melayu.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga Melayu itu hanya menjual aksesori telefon bimbit serta kad prabayar, bukannya alat komunikasi itu.

Di Alor Setar, Kedah pula daripada kira-kira 50 kedai dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, tambah nilai prabayar serta perkhidmatan baik pulih di kompleks City Plaza dan Sentosa Mall, hanya 12 buah diusahakan oleh peniaga bumiputera.

Di Ipoh, Perak, tinjauan di Greentown Mall yang dikenali sebagai 'syurga gajet' mendapati, kaum Cina menguasai kesemua 20 kios yang dibuka di sudut Mobile City di pusat beli-belah itu.

Situasi sama turut berlaku di ruang legar beberapa pusat beli-belah lain termasuk Jusco Kinta City, Tesco Ipoh dan Kompleks Yik Foong.

Kalau ada pun kelibat orang Melayu di kios-kios berkenaan, rata-rata mereka hanya bekerja sebagai jurujual telefon bimbit dan aksesori.

Di Johor, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang tinjauan turut mendapati situasi sama apabila perniagaan telefon bimbit hanya dikuasai satu kaum sahaja.


Adakah ini salah kerajaan kerana memberi peluang terbuka perniagaan ini untuk sesiapa sahaja jalankannya tidak kira kaum atau sifat orang Melayu itu sendiri perlu diubah supaya bangsa mereka boleh maju dan berjaya. Sudah sampai masanya Melayu memandang ke hadapan mengubah jati diri dan tidak mengharapkan subsidi atau bantuan dari kerajaan semata-mata. Dalam masa yang sama kerajaan perlu juga memantau dan mengemas-kini mekanisme aktiviti ekonomi supaya tidak berlaku monopoli disamping membela nasib Melayu di bumi mereka sendiri.



* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Khamis, 13 September 2012

KO DAH LEBIHHHH...NGA

Ikuti perkembangan kenyataan akhbar dan media yang akan diadakan petang ini lebih kurang jam 3:30 petang di Restoran Nasi Ayam Hainan (Anderson Road), Ipoh.


Sekupangdua bersama peguamnya akan membuat kenyataan media dan ditemuramah oleh para wartawan. Ini adalah untuk menangkis dan memperbetulkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Nga.


Blogger Sekupangduas Main Gila!!...kata Angkatan Pemikir (boleh klik) dalam blognya.


Nantikan perkembangan beritagempar nanti selepas sidang temuramah media dengan Sekupangdua bersama peguamnya.



LU SUDAH LEBIHHHH LAR NGA...


Kenyataan Media dari peguam Nga Kor Ming

Di bawah ini adalah kenyataan media yang bertarikh 12/9/2012 oleh peguam Nga Kor Ming iaitu Leong Cheok Keng yang dipaparkan dalam blog Nga Kor Ming (www.ngarkorming.com)sendiri :



Blogger UMNO tarik balik segala kenyataan fitnah & beri aku janji kepada Mahkamah tidak mengulangi dakwaan salahgunakuasa lagi



(Ipoh 12-9-12)

Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.



Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.



Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah

Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.



Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “ penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.



Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarik balik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.



Dalam kes ini, Plaintif diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakala Defendan pula diwakili oleh Mohd Hasnal dan Nurul Nadia.




Ulasan Kinta Menjerit ;
* Berikut gambar di bawah ialah contoh dokumen yang berkaitan dengan isu saman antara Nga dan blogger Sekupangdua.
Pembaca boleh meneliti dokumen dan menilai apakah benar Sekupangdua menfitnah Nga Kor Ming dan adakah benar syarikat itu dimiliki oleh isteri Nga. Berikutan kenyataan media yang tertera diatas terdapat percanggahan pendapat dan maksud disamping salah ejaan pada nama, mungkin salah taip kot.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...