Rabu, 31 Oktober 2012

Galian Emas hasil bumi Perak penemuan baru!!!


Jika Bertam, Pahang disahkan mempunyai telaga minyak, Perak tidak kurang menariknya apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan mengenai kejayaan kerajaan negeri mengenal pasti beberapa kawasan didapati mempunyai sumber emas yang berpotensi dibangunkan secara komersil.

Ketika mengumumkan perkara ini, Dr Zambry berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Mineral untuk membuat kajian lebih mendalam terhadap penemuan tersebut.

Menurutnya kajian itu penting bagi memastikan sama ada kawasan terbabit benar-benar bersifat komersil ataupun hanya mempunyai sedikit sahaja longgokkan emas.

“Kita memang telah kenal pasti di mana kawasan itu. Tapi saya tidak boleh dedahkan kepada umum di mana ia, takut nanti menimbulkan banyak masalah pula.

“Setakat ini biar Jabatan Mineral buat kajian dahulu dan kita tengok hasilnya nanti,'' katanya pada sidang akhabar selepas menyampaikan anugerah pada Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak 2012 di Ipoh, hari ini.

Sementara itu mengenai perkembangan berkaitan, Dr Zambry berkata kerajaan negeri mahu menstruktur semula sumber galian yang terdapat di Perak memastikan bahan mineral itu benar-benar mempunyai nilai komersial yang berharga dan berbaloi untuk menjana keuntungan.

Katanya penstrukturan itu termasuklah keperluan mengkategorikan sumber galian mengikut spesifikasi yang betul bagi mendapatkan pulangan sebenar mengikut harga pasaran.

Tambahnya, penstrukturan itu juga penting bagi mengelakkan pelbagai masalah dari segi bayaran premium daripada pengusaha-pengusaha terlibat.

“Dahulu kita guna satu istilah umum sahaja iaitu galian, tidak kira ia bijih timah, pasir, batu atau bahan lain seperti emas sedangkan sebenarnya bahan-bahan ini berbeza royalti dan premiumnya.

“Justeru, kita telah berbincang supaya ia diperhalusi dan dikategorikan mengikut kesesuaian tertentu. Sebaik kita menukarkan istilah utamanya daripada galian kepada mineral, kita berjaya memperoleh hasil berjumlah RM32 juta berbanding hanya RM1 juta tahun lalu,'' jelasnya.

Beliau berkata, jumlah hasil itu dijangka lebih tinggi apabila mineral berkenaan dikategorikan secara lebih spesifik.


BooDark Benteng rangking bawah 100 blog terbaik!!!


Blog Budak Benteng adalah antara blog yang tersenarai rangking tertinggi dalam senarai Blog Pro-BN seperti yang dipapar dalam blog MyMassa. Blogger dari kumpulan Perak Cyber Trooper ini amat membanggakan kami walaupun jatuh ke tempat 76.







Tahniah kepada blogger Budak Benteng!!!

Selasa, 30 Oktober 2012

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka
(sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).

Ada hantu cuba curi duit BR1M 2.0


Kementerian Kewangan mengesan kes penipuan membabitkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang cuba memohon bantuan wang tunai sebanyak RM500 itu di beberapa negeri lain.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai berkata, penerima sama dikesan cuba memohon bantuan itu di lima negeri.

"Perbuatannya dapat dikesan menerusi nombor kad pengenalan yang terdapat di dalam sistem. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya cuba untuk menipu. Jika layak, anda boleh memohon sekali saja," katanya.

Mengenai pengagihan BR1M 2.0 mulai Januari depan, Lim berkata kementerian menjangkakan pemohonan meningkat 10 peratus kali ini yang turut membabitkan kira-kira 2.7 juta ibu tunggal dan individu belum berkahwin.

Beliau berkata, pendaftaran akan bermula pada 1 November dan borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu www.hasil.gov.my

Ketika ditanya kemungkinan pemberian BR1M 2.0 ini diberi lebih awal menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun depan, Lim berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pelajaran dalam masa terdekat.

"Kita memang hendak bantu rakyat yang memerlukan bantuan ini untuk digunakan oleh pelajar sekolah rendah termasuk pemberian lebih awal RM100 untuk seorang murid," katanya.

Isnin, 29 Oktober 2012

Apa punyer bodoh-piang kau ni Salman!!!




Budak suruhan Niza Meroyan ni telah buat repot polis pulak. Tempohari dia keluarkan dalam blognya minta penjelasan tentang isu Rumah Perak. Tapi selepas didedahkan dia konar baring pulak kata dokumen sulit telah didedahkan...apa punyer ler bangang mamat berhingus ni!!!


Ikuti kisah lanjut, sila klik dibawah;

Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: Salman Budak Suruhan Nizar Panik Buat Report Polis

Malaysia fasilitator runding damai MILF dan Filipina


Bangsa perlu dijaga jika tidak mahu ditindas kerana sekali ditindas dan dibelakangkan masyarakatnya tidak akan dihormati serta dipeduli, malah ia mengambil masa yang panjang untuk dimartabatkan semula.

Demikian pesan Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Bangsamoro (BDA) Mohammad S. Yacob di Cotabato, Filipina berdasarkan pengalamannya yang berhempas pulas demi mendapatkan hak serta membangunkan Bangsamoro.

Menurutnya, walaupun Bangsamoro merupakan majoriti di Mindanao dan menguasai selatan Filipina tetapi mereka ditindas dan tidak dipedulikan sejak 40 tahun lalu.

"Apa yang telah kami rasakan sebelum menandatangani rangka kerja perjanjian damai bukan setakat perit tetapi sangat memeritkan.

Penglibatan Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) adalah ikhlas demi kepentingan Bangsamoro dan kestabilan rantau ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Semporna, Sabah menegaskan, adalah amat tidak wajar apabila terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu berkenaan.

Sebaliknya, tegas beliau, perkara itu sepatutnya dijadikan iktibar oleh rakyat negara ini terutama dalam memperkukuhkan perpaduan dan jangan sesekali berpecah hanya kerana kepentingan agenda pihak tertentu sahaja.

"Usaha Malaysia hingga membolehkan Bangsamoro mendapat wilayah autonomi merupakan titik permulaan kehidupan baru bagi mereka setelah lebih 40 tahun dan berapa ramai telah terkorban dalam perjuangan mereka,'' ujarnya kepada pemberita selepas solat sunat Aidiladha dan penyerahan lembu korban di Masjid Pekan Semporna di sini hari ini.

''Kita harus berdoa semoga matlamat kerangka perjanjian damai yang ditandatangani itu tercapai kerana kerangka perjanjian damai itu membawa banyak manfaat, bukan sahaja kepada Filipina tetapi juga Malaysia khususnya Sabah yang berjiran dengan selatan Filipina," kata beliau yang juga ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.

Kerangka perjanjian damai itu ditandatangani MILF dan kerajaan Filipina pada 15 Oktober lepas, disaksikan Presiden Filipina, Banigno Aquino III dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam rundingan damai tersebut mendapat perhargaan banyak pihak termasuk daripada Amerika Syarikat.



Bilionair Syed Mokhtar diserang Bung Kinabatangan


Di Kuala Lumpur, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak tuduhan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dakwaan Bung Moktar tidak dibuat bersandarkan fakta, sebaliknya hanya bersifat retorik politik dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO ke atas satu-satunya tokoh korporat Melayu paling berjaya itu.

Tegas Ibrahim sebagai Presiden Perkasa, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan rakyat, khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap kerajaan kerana implikasi daripada kenyataan tersebut boleh diputar belit oleh pembangkang.

"Pada saya dakwaan Bung Moktar itu hanya retorik politik kerana tidak dibuat bersandarkan fakta. Bung Moktar ini sahabat saya tetapi sebagai presiden kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan demi membela masyarakat bumiputera, Perkasa menolak dakwaan beliau ke atas Syed Mokhtar.

"Apatah lagi dakwaan ini dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sepatutnya berbangga dengan kejayaan Syed Mokhtar. Lebih malang dibuat di Dewan Rakyat tanpa ada peluang untuk Syed Mokhtar membela diri dan saya anggap kenyataan Bung Moktar terlalu melampau," katanya pada sidang akhbar semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut menempelak Bung Moktar dan meminta Ahli Parlimen Kinabatangan itu untuk segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara.

Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, laut mahupun udara.

Dalam pada itu, Ibrahim mempersoal mengapa Bung Moktar hanya mempertikai Syed Mokhtar sahaja tetapi langsung tidak menyentuh tentang sembilan lagi tokoh korporat paling kaya di Malaysia yang juga mendominasi pelbagai jenis perniagaan di negara ini.

"Kenapa hanya mengkritik dan mempersoal Syed Mokhtar sedangkan beliau layak kerana merit. Beliau sudah membuktikan keupayaan dan contoh paling jelas ialah kejayaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan selayaknya Syed Mokhtar dipilih untuk menerajui bidang perniagaan strategik tertentu.

"Kalau Bung Moktar mahu bercakap soal dominasi, beliau perlu juga mempersoal dan mengkritik sembilan lagi tokoh bukan Melayu yang paling kaya di negara ini, kenapa tidak persoalkan? Syed Mokhtar bukan sahaja berjaya tetapi menunjukkan komitmen sosial yang tinggi apabila membina 63 masjid di seluruh dunia," tegasnya.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Bangsamoro damai bentuk autonomi Islam di Filipina


Wikipedia mendefinasikan Bangsamoro sebagai etnoreligius yang terdiri daripada 13 suku yang mendiami Filipina bahagian selatan. Front Pembebasan Islam Moro atau dalam bahasa Inggeris disebut Moro Islamic Liberation Front (MILF), merupakan kelompok militan Islam yang berpusat di selatan Filipina. Daerah tempat kelompok ini aktif dinamai Bangsamoro oleh MILF dan meliputi bahagian selatan Mindanao, kepulauan Sulu, Palawan, Basilan dan beberapa pulau yang bersebelahan.


Baru-baru ini perjanjian bersejarah ditandatangani kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang menguasai wilayah Mindanao menjadi titik tolak untuk menghentikan keganasan berpanjangan di negara itu.

Jika segalanya berjalan lancar, perjanjian itu akan menamatkan pemberontakan paling lama dan paling ganas di Asia.

Begitu bermakna perjanjian itu sehinggakan tentera MILF, yang digelar pengganas oleh dunia antarabangsa, turut mengalirkan air mata sebaik mendengar khabar gembira itu.

Selepas lebih 40 tahun bergelumang keganasan, penduduk dan tentera di Mindanao mengharapkan keamanan selepas kerajaan mengiktiraf hak mereka untuk memiliki identiti tersendiri di dalam sebuah negara yang sama.

“Hari ini, saya hulurkan salam persahabatan kepada orang Filipina... hari ini kami datang menamatkan kekeruhan antara Bangsamoro dan negara Filipina,” kata Ketua MILF, Murad Ebrahim dalam ucapannya pada majlis tandatangan di Istana Presiden di Manila, pada 15 Oktober lalu.

Murad dan delegasi MILF muncul daripada markas terpencil mereka di selatan Filipina untuk menyaksikan detik bersejarah itu.

Rundingan selama 15 tahun dibantu oleh kerajaan Malaysia akhirnya membawa Filipina ke anak tangga pertama dalam usaha menamatkan keganasan di wilayah yang berjiran dengan Sabah itu.

Perjanjian hanya sekeping kertas?

Ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal mengakui perjanjian keamanan di Mindanao hanya akan menjadi sekeping kertas jika tidak dilaksanakan dari akar umbi.

“Persetujuan ini adalah perjanjian damai terbaik ditandatangani kedua pihak. Tetapi ia perlu diberi masa,” kata Iqbal selepas menandatangani perjanjian itu dengan ketua perunding kerajaan Filipina, Marvic Leonen.

Sementara itu, Leonen berkata, melalui perjanjian itu, Undang-Undang Asas Bangsamoro akan digubal bagi membentuk kuasa autonomi di selatan negara dengan 94 juta penduduk itu.

“Kami akan memulakan perbincangan awal, November depan dan berharap perjanjian akhir dapat dicapai sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Perjanjian itu diumumkan Presiden Filipina, Benigno Aquino awal bulan ini, disambut dunia antarabangsa sebagai peluang terbaik untuk menamatkan pemberontakan yang telah membunuh 150,000 orang sejak 1970-an.

Dokumen 13 muka surat itu menggariskan persetujuan umum beberapa isu penting termasuk kuasa, hasil pendapatan dan pembahagian kawasan bagi mewujudkan satu wilayah baru dipanggil Bangsamoro, di mana MILF memegang kuasa terbesar.

Melalui perjanjian itu, MILF akan menggugurkan percubaan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan sebaliknya akan diberikan kuasa autonomi untuk mentadbir beberapa wilayah di Mindanao.

Suruhanjaya Peralihan dianggotai 15 wakil daripada kedua pihak akan merangka undang-undang asas untuk diserahkan oleh Parlimen kepada wilayah itu menjelang 2015.

Kemudian, penduduk wilayah autonomi itu perlu mengesahkan undang-undang baru itu dalam satu pungutan suara yang akan diadakan sebelum Aquino menamatkan penggal enam tahun pemerintahannya pada 2016.
Aquino mengumumkan beliau mahu membantu MILF menjadi parti politik yang dapat membantu peralihan wilayah itu kepada tempat yang aman dan progresif.

Perbezaan identiti punca konflik

Hanya dalam satu ayat, Murad merumuskan sejarah perjuangan orang Moro untuk mentadbir kawasan mereka sendiri.

“Kami telah melihat bagaimana sistem kesultanan Moro terhapus, bagaimana kedaulatan negara Moro dirampas, menyebabkan penurunan martabat kami yang kini hidup dalam tawanan sehingga identiti Bangsamoro terhakis serta negara milik nenek moyang kami dijadikan pecahan kecil yang dipanggil wilayah,” katanya.

Menurutnya, layanan tidak adil ini menyebabkan konflik Moro bermula dan melahirkan MNLF dan kemudian MILF.

Kumpulan pejuang Islam di Filipina telah bertempur sejak 1970-an untuk mendapatkan kemerdekaan Mindanao yang dianggap negara asal nenek moyang mereka sebelum orang Kristian dari Sepanyol menjajah negara itu bermula 1500-an.

Penduduk Islam di wilayah itu, dianggar seramai empat hingga sembilan juta orang, kini menjadi kaum minoriti di Mindanao selepas bertahun-tahun perpindahan orang Katolik ke wilayah itu.

Namun orang Islam akan menjadi kaum majoriti di wilayah autonomi baru yang sedang dirancang bersama itu.

Mereka juga mempunyai identiti jauh berbeza dengan kaum lain di selatan Filipina, antara punca utama konflik itu.

Pemberontakan dan peperangan berpanjangan menyebabkan kemiskinan dan keganasan bersenjata di kebanyakan kawasan di wilayah yang kaya dengan sumber asli itu.

Jalan di hadapan masih berliku

Tidak ada jalan mudah untuk menuju keamanan, dan perkara ini disedari MILF serta kerajaan Filipina.

Antara isu paling sensitif dalam perjanjian ini adalah pembubaran kuasa tentera MILF yang kini menguasai Mindanao.

Di bawah perjanjian itu, tentera Filipina akan memindahkan fungsi penguatkuasaan undang-undang kepada pasukan polis baru, dan fungsi tentera MILF seramai 12,000 anggota akan dibubarkan selepas perjanjian akhir dicapai.

Perunding MILF, Iqbal berkata, tidak semua pejuang dan tentera MILF memahami rangka kerja perjanjian antara kumpulan itu dengan Manila.

“Kami mengaku terdapat sedikit masalah komunikasi. Sebab itulah selepas ini, kami akan turun padang dan menerangkan kepada mereka,” katanya enggan mengulas penerimaan tentera MILF mengenai hakikat pasukan mereka akan dibubarkan.

Beberapa kumpulan kecil seperti Abu Sayyaf pula memulakan keganasan baru bagi menghalang perjanjian itu ditandatangani.

Abu Sayyaf didakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan paling buruk di Filipina tetapi kumpulan kecil itu tidak terlibat dalam proses damai tersebut.

Sementara itu, beberapa pemimpin MNLF juga menyuarakan kemarahan selepas melihat perjanjian itu bakal melucutkan kuasa mereka dan memberi amaran pertempuran baru akan dilancarkan.

Selain itu, cabaran terbesar adalah pada peringkat kelulusan Parlimen.

Parlimen Filipina, yang didominasi pemimpin beragama Katolik, perlu meluluskan undang-undang untuk mewujudkan wilayah Islam Mindanao.

Namun ramai pakar berpendapat Aquino, antara presiden paling popular dalam sejarah Filipina, mampu meyakinkan penduduk majoriti Katolik di negara itu supaya menyokong rancangan damai itu.

Dan jika dilihat daripada suasana dan semangat ditunjukkan kedua pihak semasa perjanjian itu, pastinya apa pun cabaran yang timbul dapat diatasi.




Sumber : Wikipedia dan laman sesawang akhbar tempatan

Jumaat, 26 Oktober 2012

Duit BR1M 2.0 diagihkan Januari 2013


Kerajaan menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu.

Beliau berkata borang permohonan untuk kedua-dua bantuan tunai RM500 dan RM250 boleh diperolehi bulan depan.

Dengan pengalaman pengagihan BR1M pertama, kerajaan percaya ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai itu dalam masa dua bulan, katanya.

"Kerana pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon, kami hanya akan mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan data.

"Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah," kata Lim.


Skim Pembiayaan Mikro oleh Bank Muamalat


Di Kuala Lumpur, Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) hari ini melancarkan skim pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan, tentera berpencen, isteri-isteri tentera dan peneroka-peneroka Felcra.

Skim ini bertujuan menyediakan modal sebagai permulaan perniagaan, menambah modal perniagaan atau untuk membesarkan lagi perniagaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Musa Abdul Malek berkata, dana pembiayaan ini akan diperoleh melalui dana usahawan mikro yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

"Dengan skim mikro ini, kami yakin akan dapat membantu pesara kerajaan dan mereka yang terlibat dari segi kewangan untuk memulakan perniagaan atau memperbesarkan lagi perniagaan masing-masing," katanya.

Tambah Musa, Bank Muamalat akan menyediakan skim pembiayaan mikro dengan kadar faedah yang lebih berpatutan iaitu sebanyak 3.6 peratus tetap setahun berbanding 5.25 peratus tetap setahun sebelum ini.


Khamis, 25 Oktober 2012

Zambry, pegang rekod MB paling muda


Negeri Perak mempunyai Menteri Besar yang paling muda antara negeri-negeri dalam Malaysia pada masa ini. Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir yang kini berumur 50 tahun lahir pada 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, Perak.

Manakala Menteri Besar yang paling tua pula dipegang oleh Pok Nik (Nik Abdul Aziz Nik Mat)yang kini berumur 81 tahun.Ikuti kisah lebih lanjut di blog Besor Sebelah.



Rabu, 24 Oktober 2012

Perak terima 1.17 juta sumbangan korban aidiladha


Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar kira-kira jam 8 malam tadi dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima sumbangan itu bagi pihak kerajaan negeri.

Perbadanan Pertanian Negeri Perak (SADC) menjadi penyumbang terbesar dengan nilai RM315,000 diikuti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (RM180,000); Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (RM160,000); Lembaga Air Perak (RM160,000); Yayasan Perak (RM50,000); Perbadanan Menteri Besar (RM50,000); Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (RM50,000); KPerak INC (RM18,000) dan Institut Darul Ridzuan (RM15,000).

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry berkata, sumbangan yang diterima daripada pelbagai agensi di bawah kerajaan negeri itu membuktikan prestasi baik yang telah dicapai oleh agensi berkenaan.

“Sumbangan ini akan diagih-agihkan untuk membeli ternakan bagi menyempurnakan ibadah korban baik di peringkat negeri mahu pun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagi pihak kerajaan negeri pula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang saban tahun tidak putus-putus berbuat amal dan sebenarnya, ia dapat menambahkan lagi rezeki kita,” katanya lagi.

Tambahnya, walaupun ada pihak mendakwa negeri Perak akan bankrap, perkara itu sebaliknya tidak berlaku malah prestasi agensi di bawah kerajaan negeri berkenaan semakin meningkat dalam tempoh tiga tahun lalu.

Sebelum majlis bermula, Zambry bersama hampir 200 tetamu yang hadir menunaikan solat Maghrib berjemaah dan majlis diakhiri dengan jamuan makan ala Arab sekitar jam 9 malam tadi.


Mufti Perak bidas mulut lancang Soi Lek, biadap betoi!!!


Di Ipoh, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara.

Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.

Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu,” katanya.

Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.


Selasa, 23 Oktober 2012

Jalan kaki beribu batu ke Mekah untuk menunaikan haji


Seorang lelaki Islam Bosnia dari Sarajevo yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.


Mencari Darling, gadis Betong (Thailand)


Betong adalah satu pekan kecil di selatan Thailand yang telah menjadi popular oleh rakyat Malaysia yang mahu melancong dan ada juga yang melencong, hahaha. Pekan paling selatan di Thailand dan hanya lima minit perjalanan dari sempadan Malaysia di Pengkalan Hulu, Perak.

Hari-hari pelancong dari Malaysia adalah yang teramai merentasi sempadan negara ini terutama yang lelaki, kebanyakan mereka cuma satu iaitu mencari darling, gelaran untuk pelacur di Betong.
“Lelaki Malaysia yang datang ke Betong sama ada seorang atau ramai memang mencari pelacur. Kami sudah tahu dari saat mereka melambaikan tangan untuk menahan teksi,” kata seorang pemandu teksi dalam loghat Kelantan.

Betong menjadi tumpuan rakyat Malaysia bukan sahaja kerana lokasinya berdekatan sempadan negara tetapi juga ia lebih aman berbanding Hatyai dan Golok yang kerap menjadi sasaran serangan puak pemisah Islam. Jika dari bandaraya Ipoh, Perak cuma mengambil masa perjalanan 2 jam 30 minit sahaja jika memandu sendiri.

Namun begitu ada juga yang pergi Betong untuk menikah kerana disana terdapat pejabat majlis agama islam yang bersediakan menikahkan pasangan-pasangan dari Malaysia. Dengan sedikit bayaran mereka dapat menikah dengan sah walaupun sijilnya tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Untuk mendaftar sijil yang sah pasangan tersebut perlu melapor diri di pejabat agama/mahkamah syariah Malaysia.

Nikmat keamanan itulah punca rezeki kepada ramai warga Betong termasuk pemandu teksi yang hampir tidak menang tangan melayan penumpang khususnya pada cuti umum dan hujung minggu. Harga bilik untuk penginapan seperti hotel juga murah dan pelbagai pilihan. Dikatakan juga harga bilik hotel taraf 5 bintang disana cuma lebih kurang RM150 sahaja.

Tugas pemandu teksi ini cukup mudah, hanya perlu membawa penumpang meronda di beberapa buah lorong yang menjadi pusat pelacuran di tengah-tengah pekan tersebut.

Melihat aksi ghairah penari tiang(tiger show) pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali.

Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia ‘cuci mata’ sebelum ‘mengangkut’ gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM350 bergantung kepada kecantikan gadis tersebut.

Di pekan ini terdapat banyak pusat-pusat tiger show ini yang hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu.

Melayu Terkaya di Malaysia (sehingga 2010)


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International InvestmentGroup Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.


LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

Umur – 60 tahun (2012)
Pendidikan – SPM
Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta – Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.

Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Isnin, 22 Oktober 2012

Ciri-ciri seorang gadis itu adalah 'Playgirl'


Nak tahu apa sama ada awek anda adalah seorang 'PLAYGIRL'...ada 8 ciri-ciri yang perlu anda perhatikan, sila ikuti di bawah ;

1. Menyembunyi kisah 'One Night Stand'
Bukan hanya menyimpan satu kisah, tetapi banyak lagi. ” One night stand ” tidak bermakna setia pada satu lelaki sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit ketika bergaul dengan lelaki menjawap bagaimana keakraban seorang playgirl dengan seorang lelaki yang dikaguminya / diingininya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang… untuk semalam je kot. :P Murahnya harga dirimu…

2. Seringkali tukar ” In relationship ” status di Facebook
Bermula dari ” single “, ” In a relationship “, kemudian ke ” It’s complicated “. Ini cukup memadai dia hanyalah seorang perempuan mencari pasangan untuk bersuka-suka sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata lelaki… she’s a jerk.

3. Bercinta dengan 2 lelaki atau lebih dalam sesuatu masa
Okay! Nih kes main kayu 3… Sebagai contoh, dia tengah date dengan seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain pulak dengan lelaki lain yakni rakan sepasukan yang sama?? Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan bola sepak itu dah diajak date.. Perempuan yang #*amp;%_$.

4. Mudah Memberi Nombor Telefon
Dah berpunya masih mudah memberi nombor telefon kepada lelaki yang tak dikenali atau ingin berkenalan. Berhati-hatilah, dia masih memberikan respon untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.

5. Mudah bermain dengan perasaan
Bayangkanlah apabila hubungan itu intim, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi kata kepada ” Kita dah takde apa-apa hubungan “. Memang sah! dia playgirl.

6. Kemesraan
Untuk mendekati lelaki memerlukan usaha yang lebih kepada pendekatan, dan memerlukan kemesraan. Apabila si playgirl tidak berpuas hati, si playgirl akan pergi dan mencari lelaki lain.

7. Menjauhkan diri ketika membalas SMS
Si playgirl ni pandai, jika ada masuk sms di handphone, dia akan senyap-senyap jawab mesej itu atau pergi jauh-jauh(mengelak diri) dari kita supaya kita tidak dapat melihat mesejnya.

8. Prinsip Hidup
Biasanya si playgirl akan berprinsip bahawa 'biarlah pasangannya yang lebih banyak sayangnya terhadap dia daripada dia sayang terhadap pasangannya itu'. Apabila si playgirl dah bosan atau gaduh dia akan senang-senang meninggalkan pasangannya tanpa rasa serba-salah pun.





Ahad, 21 Oktober 2012

Aksi LUCAH Alvin & Vivian, upahan DAPing kot...




Malaysia akan menyerahkan kepada Singapura untuk menguruskan isu ‘blog erotik dan lucah’ buat masa ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, beliau berkata kementeriannya akan memantau secara serius isu berkenaan.

Rais berkata demikian sebagai mengulas tindakan pasangan pelajar Malaysia, Alvin Tan dan Vivian Lee yang mewujudkan blog yang dikenali ‘Sumptuous Erotica’ yang memaparkan kisah seks mereka.

Tan telah memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah dia bersama kekasihnya di blognya dan ia menjadi bahan sensasi media di Singapura dan Malaysia.

Bagaimanapun blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Tan yang juga pemegang biasiswa Asean dan pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore dijangka berdepan dengan tindakan disiplin pada bulan ini.

“Kita mempunyai peruntukkan undang-undang di bawah Seksyen 233 dan 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tetapi kita lebih suka tidak menggunakannya terlebih dahulu melainkan kita mendapat keputusan daripada pihak berkuasa Singapura untuk mengambil tindakan yang perlu terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pemasyhuran U-Pustaka di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan berdiam diri dalam isu tersebut dan mereka akan mengambil tindakan sewajarnya apabila tiba masanya.

“Inilah masanya kita perlu menunjukkan rakyat Malaysia tidak menyokong kelakuan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui tindakan Tan dan Lee segera menyekat pemaparan video dan gambar lucah daripada tontonan umum kepada peribadi sebagai satu langkah yang bagus.

“Mereka agak cepat bertindak dan menyekat akses kepada paparan asal video dan gambar tersebut.

“Kita harap dalam hubungan ini, mereka dapat berfikir dan tidak lagi melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang,” katanya sambil menambah bahawa mereka juga telah menghalang saluran sekunder akses kepada blog berkenaan, dan ia juga selari dengan kebebasan memilih.




*rakaman dari Youtube tentang penjelasan dari pasangan porno ini tentang blog lucah mereka yang mencetus kontroversi, namun blog itu telah ditutup.

*Adakah ini adalah satu agenda DAPing untuk mencetus ke arah mewujudkan negara sekular dan penerimaan fahaman seks bebas kepada negara kita?



DAP anti Islam
Muslim must anti DAP

Nak memantat...sanggup jual agama, betoi haram jadah lelaki ni!!!


Lelaki yang berkahwin serentak dengan lebih daripada empat isteri boleh dikategori sebagai mempersendakan agama kerana Islam mengharamkan perbuatan itu.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata, berkahwin lebih daripada empat isteri hanya berlaku pada zaman jahiliah dan selepas kedatangan Islam, seorang lelaki hanya dibolehkan mempunyai empat isteri dalam satu-satu masa.

Menurutnya, kes seorang lelaki yang kini dipercayai mempunyai tujuh isteri adalah kali pertama didengar dan ia boleh berlaku jika perkahwinan secara poligami ini tidak didaftarkan kepada pejabat agama.

“Memang perkara ini boleh berlaku dan jika ia berlaku, bermakna lelaki berkenaan sengaja mempersendakan agama dan tindakan boleh diambil terhadapnya.

“Enakmen Jenayah Syariah mempunyai peruntukan terhadap mereka yang mempersendakan agama, jadi individu terbabit boleh dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Khairul Anuar berkata, poligami sememangnya sesuatu yang halal dan diharuskan Islam dan melalui sistem perkahwinan ini seseorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup.

“Dalam Islam, poligami hanya dibenarkan ke atas si suami untuk beristeri lebih daripada satu dengan had empat orang seperti firman Allah (surah an-Nisa: 3) yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman,” katanya.

Kejadian berlaku di Kuala Lumpur dimana seorang lelaki berusia baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.

Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan



AES sudah dikaji sejak dari tahun 2003



Di Kuala Lumpur, Kementerian Pengangkutan menegaskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata sebaliknya ia sudah dicadangkan sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini sudah meneliti sistem itu pada 2003 di negara lain dan ia terbukti berupaya mengurangkan kemalangan jalan raya serta kematian.

“Saya berharap kerajaan negeri pakatan pembangkang dapat menerima penggunaan sistem ini kerana ia bukan saja dapat menyelamatkan nyawa orang ramai, tetapi mendidik mereka mematuhi keselamatan jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Wanita MCA Ke-37 di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan pentadbiran pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang mahu menangguhkan pelaksanaan AES.
Sebelum ini, tender AES disertai sembilan syarikat dengan tujuh daripadanya melakukan demonstrasi mengenai sistem mereka dan dua syarikat dipilih untuk memasang sistem terbabit pada 2009.

Perbendaharaan, Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula menganggotai jawatankuasa pemilih bagi memantau proses tender terbabit.

Isu penggunaan AES juga panas dalam sidang Parlimen apabila beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaannya.


Sabtu, 20 Oktober 2012

Zambry merempit dengan skuter pusing Ipoh


Seramai 340 peserta menyertai Program Gegar Ipoh Bersama Dr Zambry Abd Kadir yang membabitkan konvoi skuter jenama SYM mengelilingi bandar raya Ipoh sejauh kira-kira 40 km, bermula dari kediaman rasmi Menteri Besar, pagi tadi.

Program yang memasuki tahun kedua penganjuran itu antara lain bertujuan mempromosikan bandar raya Ipoh sebagai satu tarikan riadah dan berkonvoi di kalangan pemilik skuter SYM dari seluruh negara.

Selain itu, ia juga menjadi platform bagi pemilik skuter untuk berkumpul, sekaligus mengeratkan silaturrahim sesama mereka.

Tahun ini, program terbabit diserikan lagi dengan penyertaan pengedar motor skuter SYM, MForce Bike Holdings Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Tambah manis lagi apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengambil bahagian dalam konvoi berkenaan yang mana pasukan diketuai 17 kapten dan antara negeri yang mengambil bahagian termasuklah Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.

Daripada keseluruhan peserta itu, lapan daripadanya adalah penunggang wanita dan mereka akan berkonvoi mengelilingi bandar raya Ipoh dalam masa lebih kurang 1 jam 50 minit.

Bercakap kepada pemberita sebelum majlis pelepasan konvoi, Dr Zambry berkata, peserta program akan dibawa melihat tempat menarik di bandar raya Ipoh dan seluruh Perak.

“Program ini juga secara tidak langsung berjaya membawa ramai penunggang dari luar negeri Perak berkunjung ke negeri ini, sekaligus menjayakan Tahun Melawat Perak 2012.

“Sebahagian besar iaitu 90 peratus peserta adalah dari luar Perak,” katanya lagi.

Program Gegar Ipoh tahun ini terbahagi kepada dua sesi iaitu bersama Menteri Besar dan Datuk Bandar Ipoh.

Untuk konvoi mengelilingi bandar raya Ipoh, antara laluan yang terbabit ialah Jalan Tambun ke Tanjung Rambutan, Jalan Jalan Chemor ke Chemor, masuk Jalan Jelapang menuju ke Chepor, Jalan Lahat ke Little India dan Jalan Sultan Yussuf.

Pada sebelah petangnya, peserta akan berkonvoi ke Taman Rekreasi Gunung Lang untuk program barbeku bersama MBI dan pelbagai aktiviti menarik lain yang disediakan pihak penganjur.



Samseng DAP Taman Kaya, Ipoh Part 1 & Part 2

* seperti yang dilapurkan oleh portal Media Perak

DAP Ngeh cuba alih perhatian isu mengelegak Bah Tony



Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham cuba menyembunyikan masalah dalaman parti itu yang semakin serius apabila sengaja mempersoalkan isu bayaran premium tanah yang diluluskan oleh kerajan negeri kepada sebuah syarikat di Daerah Manjung.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan itu sepatutnya melihat keadaan diri sendiri sebelum mengeluarkan tuduhan itu yang bertujuan menutup kelemahan yang dihadapi parti pembangkang itu.

“Mereka (pembangkang) akan guna apa sahaja isu di peringkat ini untuk kepentingan politik apatah lagi di peringkat akhir menjelang pilihan raya.

“Tetapi, saya ingin menasihatkan agar mereka tengok dulu masalah dalaman parti, rumahtangga sendiri diperbetulkan kerana kita tahu dalam DAP sudah berlaku pergaduhan besar dan masalah antara parti mereka.

“Sekarang ini, masing-masing berebut-rebut nak wakil rakyat konon-kononnya untuk menguasai Putrajaya dan negeri Perak ini,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Koo Ham yang mendakwa kerajaan negeri meluluskan tanah di Daerah Manjung kepada sebuah syarikat dengan memberi pengurangan bayaran premium tanah yang nominal.

Dakwanya lagi, permohonan tanah itu telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Manjung.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Koo Ham tidak sepatutnya mengalihkan perhatian umum terhadap masalah dalaman DAP dengan membangkitkan isu lain.

“Ini bagi saya adalah ‘tactical move’ bagi mengelak masalah dalaman serius yang dihadapi seperti isu Bah Tony yang bertindak keluar DAP baru-baru ini diketahui rakyat.

“Dengan cara ini, mereka berharap rakyat akan lupa dan tidak lagi memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi parti pembangkang itu,” tegasnya lagi.

Beliau menambah, kerajaan negeri telah mengikut peraturan yang ditetapkan dalam soal kelulusan bayaran premium itu dan pihaknya menerima beratus-ratus permohonan yang dikemukakan oleh Majlis Daerah, syarikat atau orang persendirian untuk mengurangkan bayaran premium tanah.

Sehubungan itu, dasar kerajaan negeri yang memberi perhatian kepada permohonan semua pihak tidak sewajarnya dipertikaikan kerana jika pengurangan premium dapat memberi nilai yang tinggi kepada kerajaan, budi bicara akan digunapakai untuk pertimbangan kelulusan.

“Sekiranya ia membabitkan institusi yang ada bekerjasama dengan agensi kerajaan dan seterusnya mendapat hasil yang baik daripada itu, maka kita akan beri kelulusan kepada syarikat berkenaan,” katanya sambil mempersoalkan adakah tindakan itu salah jika ia membawa keuntungan yang tinggi kepada pihak kerajaan.

Jelas Zambry, beliau tidak mempunyai masalah dengan pemimpin DAP itu tetapi sejak kebelakangan ini, Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang bersifat peribadi termasuk memandang rendah dirinya sebagai Menteri Besar.

Pada Khamis lalu, Koo Ham mengesahkan menerima surat keluar parti daripada bekas Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Amani William-Hunt Abdullah yang lebih dikenali sebagai Bah Tony.

Menurut Koo Ham, Bah Tony sudah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan parti itu sejak beberapa bulan lalu sebelum menghantar surat keluar parti secara rasmi 11 hari lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih cuba berunding supaya Bah Tony menarik balik keputusannya itu.

Selepas beliau serah surat itu pun, saya ada berbincang dengannya. Bah Tony juga ada berjumpa dan beritahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa beliau tiada apa-apa pergaduhan dengan saya atau parti. Beliau keluar atas sebab-sebab peribadi,” katanya.

Bah Tony, 58, yang menempa sejarah sebagai lelaki Orang Asli pertama dilantik sebagai peguam di negara ini dilaporkan telah bertindak keluar daripada DAP baru-baru ini.

Walaupun punca utama Bah Tony meninggalkan parti masih menjadi tanda tanya, terdapat laporan memetik sumber dalaman parti yang mendakwa ia kerana beliau tidak sebulu dengan Koo Ham.


Rebut tahta punca Bah Tony tinggalkan DAP


Niza Meroyan memperlekehkan sumbangan orang asli dalam politik di negeri itu apabila berkata perletakan jawatan Bah Tony daripada DAP tidak memberi apa-apa kesan terhadap Pakatan Rakyat.

Malah, menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sepanjang mengenali peguam berusia 58 tahun itu beliau tidak nampak keterlibatannya secara langsung dalam program anjuran DAP dan Pakatan Rakyat peringkat negeri khususnya melainkan program yang melibatkan kemasyarakatan Orang Asal.

"Kalau tengok peranan dia dengan Pakatan Rakyat, saya rasa minima buat masa ini lah, kalau sepanjang saya kenal dia melalui DAP adalah melalui program-program kemasyarakatan orang asli (Asal) dia hadir, saya jumpa dia masa itu lah.

"Tapi kalau nampak dia terlibat sangat dalam program DAP ke Pakatan Rakyat tak nampak juga, (Pakatan) tak terjejas, di kalangan Orang Asli (Asal) saya tak tahu lah, kena tanya Orang Asli lah," katanya ditemui pemberita di lobi parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula menyifatkan pengumuman serta perletakan jawatan Bah Tony itu merupakan satu tamparan hebat kepada DAP Perak.

"Apa orang kata cuba nak memperdayakan dia, konon nak bagi dia jadi menteri besar lah.

"Mesti ini satu tamparan kepada Orang Asli (Asal), sebenarnya Orang Asli (Asal) daripada dulu menyokong kita (Barisan Nasional), DAP cuba nak pancing dengan menggunakan Bah Tony, habis kalau Bah Tony pun dah keluar, apa lagi, ikan tak makan pancing, umpan sudah lari," ujarnya secara sinis.

Memetik laporan muka depan akhbar tabloid semalam, Pakatan Perak dilihat mengalami halangan dalam usaha untuk mendapatkan semula Perak menjelang PRU-13.

Ini kerana aktivis Orang Asal, Bah Tony mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham hampir dua minggu lalu. Dia yang baru sahaja menyertai DAP 16 bulan yang lalu menampakkan kepincangan pimpinan parti cauvanis itu.

Malah, sebab beliau meninggalkan parti itu sehingga kini masih menjadi spekulasi. Ada khabar angin mengatakan Bah Tony mungkin menggunakan tiket PKR untuk bertanding. Ketua yang bertindak secara pemerintahan kuku-besi dan juga mungkin isu perebutan tahta DUN Chenderiang menyebabkan Bah kecewa.

Bah, yang nama sebenarnya ialah Amani William-Hunt Abdullah dilihat sebagai calon terbaik Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang untuk mencabar MCA Datuk Dr Mah Hang Soon di mana pengundi Orang Asli (Asal) terbesar di Perak. Nama Bah melonjak naik apabila beliau mewakili sebagai peguam kepada 4 Orang Asli daripada suku Semai berjaya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menembak seekor Harimau Belang (Panthera Tigris), dua tahun lepas. Bah lebih dikenali sebagai seorang aktivis masyarakat berbanding sebagai ahli politik. Bah juga merupakan penggerak BERSIH 3.0 yang diadakan di Ipoh April lalu yang juga telah meletopkan namanya lagi.


Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata pula bahawa beliau tidak terkejut dengan perletakan jawatan Bah Tony.

“DAP harus dinamakan Parti Tindakan Diktator...Parti itu telah menyeranaihitamkan saya apabila saya membantah penglibatannya dalam perhimpunan BERSIH,” katanya.

Bekas Ketua DAP Taman Sungai Pelek, Tan Tuan Tat, yang keluar parti bulan lepas memberi amaran bahawa budaya pecah dan perintah yang diamalkan dalam kepimpinan DAP akan merosakkan parti itu.

Turut bersamanya adalah dua bekas ahli, Tan Chew Wah dan Yap Kon Min, yang dipecat parti kerana dituduh mensabotaj parti.





DAP anti Islam
Muslim wajib tolak DAP



Setiausaha Politik MB Perak difitnah pulak oleh puak PAS


Ikuti kisahnya di dalam blog Budak Benteng, sila klik dibawah ;


Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: Pas Memfitnah Setpol MB Perak Pula

Perhatian Jobseekers!!! ada Job Fair 10-11 November ini


Perak Amanjaya Job & Career Fair 2012 yang akan berlangsung selama dua hari di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada 10 dan 11 November ini dijangka lebih meriah berbanding tahun lepas.

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun berkata, program kerjaya ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak telah mendapat komitmen sepenuhnya daripada semua wakil-wakil rakyat BN negeri ini.

Katanya, semua wakil rakyat telah menyatakan komitmen mereka untuk menggunakan perkhidmatan bas bagi menghantar seramai mungkin belia-belia dari kawasan masing-masing ke program tersebut nanti.

"Ini jelas membuktikan BN komited dalam membantu golongan belia di Perak untuk mencari dan mendapatkan pekerjaan menerusi Perak Amanjaya Job & Career Fair 2012 ini,’’ katanya kepada media di pejabat Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

Katanya, tahun lepas lebih 25,000 pengunjung telah datang ke program temasya kerjaya ini dan daripada jumlah itu lebih 15,000 terdiri daripada golongan belia kebanyakkannya berasal dari luar bandar telah mendaftar untuk mencari pekerjaan.

Beliau menjangkakan bilangan pengunjung ke program ini akan terus meningkat termasuk sasaran 5,000 pengunjung terdiri daripada golongan belia yang datang menaiki bas tajaan wakil-wakil rakyat BN.

"Pemuda BN Perak akan terus menyokong usaha transformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Program Negeri Amanjaya Satu Malaysia (NAJ1B) peringkat negeri Perak yang dicetuskan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Khairul Azwan juga membayangkan karnival kerjaya kali ini yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir bakal menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berikutan perkembangan ekonomi yang memberangsangkan di negeri ini.

Sementara itu Exco Kesenian, Kebudayaan,Belia dan Sukan Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin berkata, program ini memberi peluang kepada golongan belia datang bersemuka dengan majikan dari pelbagai agensi pekerjaan untuk mencari pekerjaan impian mereka.

Katanya, tahun ini lebih 80 buah ruang pameran akan dibuka dan dianggarkan sebanyak 8000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada golongan belia.

Menurut beliau, program ini melibatkan sejumlah besar penyertaan syarikat sektor kerajaan dan swasta dan beberapa syarikat besar yang akan mengambil bahagian ialah UMW Corporation, Takaful Malaysia berhad, Felda GEMS Malaysias Sdn Bhd dan Unisem.




POLIGAMI, mengikut Enakmen di Perak


Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:


" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."


Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.

- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.



* sebagai rujukan ;
ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan


Seksyen 23. POLIGAMI

(1) Tiada seorang lelaki pun semasa berterusannya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Perak Darul Ridzuan dan perkahwinan di luar Negeri Perak Darul Ridzuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennnya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari'e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

(6) Suatu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas setiap isteri yang sedia ada.

(7) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 7 Tahun 2004].

(8) Mana-mana orang yang membuat akad nikah berlawanan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, hendaklah dituntut sebagai hutang.

(9) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam segala perkara dengan yang terpakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah Enakmen ini.

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu-

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperoleh oleh mereka dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.





*buat renungan

Panduan hadis Nabi s.a.w (riwayat Bukhari) yang bermaksud,
"Seorang perempuan itu dinikahi atas 4 kriteria atau sebab iaitu,
1) Hartanya
2) Keturunannya
3) Kecantikannya
4) Agamanya
Maka pilihlah yang taat agamanya nescaya kamu akan beruntung"




BERITA BAIK!!! Kepada suami yang nak berPOLIGAMI


Suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata permohonan mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.

Empat elemen utama akan dinilai oleh mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri," - Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).


Perlu beri keterangan

“Individu yang ingin memohon poligami perlu memberi keterangan kepada mahkamah. Sama ada perlu kebenaran isteri pertama atau tidak akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas laporan mengenai lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.
Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien, berkata enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Naim Mokhtar, pula berkata suami memang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama, tetapi bakal isteri dan wali akan dipanggil memberikan keterangan.


Kemampuan suami dinilai

“Kehadiran isteri pertama adalah prasyarat dalam setiap permohonan bagi membolehkan mahkamah menilai kemampuan suami dan akan dipertimbangkan.

“Undang-undang dalam Seksyen 23, masih mengambil kira semua situasi khususnya keadilan kepada isteri dan memastikan tidak ada pihak teraniaya,” katanya.



*Khusus kepada suami-suami di negeri Perak yang berniat/berminat untuk berpoligami, sila terus membaca maklumat dan prosedur di bawah;

Seksyen 23 Enakmen Undang Keluarga Islam Perak Tahun 2004 memperuntukkan, sekiranya seseorang lelaki hendak bernikah dengan seorang perempuan sedangkan lelaki itu sebelum ini mempunyai isteri atau isteri-isteri, beliau atau lelaki itu hendaklah memohon kepada Mahkamah Syariah kebenaran untuk berpoligami.


Setelah menerima permohonan dari pemohon untuk berpoligami, Mahkamah Tinggi Syariah akan menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran penfailan kes. Di dalam kes poligami, Mahkamah Tinggi Syariah akan memanggil isteri pertama dahulu untuk mengetahui persetujuan beliau dan ini diikuti dengan memanggil bakal isteri pemohon dan bakal wali kepada bakal isteri untuk bertanyakan persetujuan mereka.


Di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak kaedah yang digunapakai ialah Mahkamah akan memanggil isteri pertama (isteri pemohon yang sedia ada) bersama Pemohon untuk Sebutan kali pertama yang dibuat di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah. Sekiranya isteri pemohon (yang sedia ada) itu bersetuju dan tidak ada apa-apa bantahan terhadap permohonan pemohon untuk berpoligami, Pendaftar Mahkamah Tinggi akan menangguhkan kes itu dihadapan Hakim dan mengarahkan Pemohon (suami) membawa bakal isteri dan bakal wali kepada bakal isteri untuk diambil keterangan pada tarikh tangguhan akan datang. Selepas Hakim mengambil keterangan dan mendengar persetujuan bakal isteri dan wali kepada bakal isteri, Mahkamah akan membuat keputusan samada permohonan poligami pemohon diluluskan atau tidak. Biasanya, di dalam kes-kes permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Perak, jika permohonan berpoligami pemohon dipersetujui oleh isteri yang sedia pemohon, bakal isteri pemohon dan bakal wali kepada bakal isteri pemohon, Mahkamah akan meluluskan permohonan Poligami dan pada hari keputusan dibuat, Mahkamah akan mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Pemohon untuk berpoligami.


Di dalam kes di mana isteri tidak bersetuju suaminya berpoligami, Pendaftar Mahkamah Tinggi semasa sebutan kes akan mengarahkan Isteri yang sedia ada pemohon untuk menfailkan Penyata Pembelaan bagi membantah permohonan pemohon dan selepas Penyata Pembelaan di failkan Pemohon boleh menjawab penyata pembelaan isteri yang sedia ada pemohon dengan menfailkan Jawapan Kepada Penyata Pembelaan. Selepas Pendaftar memastikan Pliding (dokumen-dokumen) di dalam kes lengkap, Pendaftar akan menetapkan tarikh di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk kes dibicarakan. Sekiranya Mahkamah mendapati alasan-alasan isteri yang sedia ada itu relevan, Mahkamah akan membuat keputusan tidak membenarkan Pemohon untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, sekiranya Mahkamah mendapati alasan-alasan isteri yang sedia ada pemohon tidak relevan dan Mahkamah mendapati pemohon mampu untuk berpoligami, maka Mahkamah akan meneruskan kes dengan memanggil bakal isteri pemohon dan wali kepada bakal isteri pemohon untuk diambil keterangan dan persetujuan dan seterusnya meluluskan permohonan pemohon untuk berpoligami


Di Negeri Perak, permohonan berpoligami bolehlah difailkan di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah di alamat Mahkamah Syariah Perak, Tingkat 5, Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100, Ipoh, Perak atau boleh bertanya kepada Pembantu Pendaftar MTS Perak dengan menghubungi di nombor telefon 05-5018400.


Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mendaftarkan kes Poligami ;

Saman dan Penyata Tuntutan (Hendaklah ditaip sendiri oleh Pemohon) - 4 salinan
Kad Pengenalan Pemohon - 4 Salinan
Surat Nikah dengan isteri yang sedia ada pemohon - 4 salinan
Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan - 4 salinan
Sijil Kelahiran anak-anak yang dalam tanggungan - 4 salinan
Borang dari Pejabat Agama ( Kebenaran Berkahwin) - 4 salinan
Kad Pengenalan bakal isteri (sekiranya ada) - 4 salinan
Apa-apa dokumen berkaitan yang menyokong permohonan ini - 4 salinan
Fee RM 100.00 ( Di bayar semasa pendaftaran kes)



Untuk contoh Borang 'Saman dan Penyataan Tuntutan' Mahkamah Tinggi Syariah Perak sila klik.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...