Khamis, 28 Februari 2013

Muflis jika Pakatan Pembangkang tepati janji Manifesto


Malaysia mungkin muflis dalam tempoh setahun lagi sekiranya pakatan pembangkang melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seperti mana yang diumumkan semalam.

Penganalisis ekonomi, Prof. Datuk Amir Hussein Baharuddin berkata, negara bakal menghadapi situasi berkenaan kerana terpaksa berbelanja lebih daripada pendapatan yang diperoleh.

Mengambil contoh pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi katanya, Malaysia masih belum cukup kaya untuk berbuat demikian kerana memerlukan cukai pendapatan serta korporat melebihi 50 peratus untuk melaksanakannya.

"Persoalannya adakah rakyat dan badan korporat di negara ini mampu untuk membayar cukai melebihi 50 peratus seperti yang dilaksanakan Sweden? Sudah semestinya kita tidak mampu.

"Dari mana negara boleh menjana pendapatan sekiranya hampir kesemua cukai dikurangkan dan hampir semua perkhidmatan diberi percuma termasuk pendidikan dan tol," katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung kesan manifesto pakatan pembangkang terhadap ekonomi negara sekiranya ia dilaksanakan nanti.

Amir Hussein turut menyifatkan manifesto pembangkang umpama 'menang sorak kampung tergadai' kerana menawarkan sesuatu di luar kemampuan negara.

"Negara memang tidak mampu untuk memberikan segalanya secara percuma tanpa pendapatan tambahan. Rakyat sendiri sedar akan kesannya terhadap negara.

"Melalui bajet yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini sudah memenuhi semua kriteria yang diperlukan meliputi pelbagai aspek pembangunan dan kebajikan. 'Bajet' dibuat pakatan pembangkang hanya memberi kesan buruk kepada negara," katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Ekonomi Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah juga menyifatkan manifesto tersebut mengundang kepada kejatuhan ekonomi negara.

Menurut beliau, negara akan menanggung beban hutang yang tinggi dan seterusnya terpaksa berharap kepada pembiayaan pihak luar seperti Bank Dunia.

"Janji dahulu masih belum tertunai, mereka dah buat janji baharu yang lebih gah untuk tarik perhatian rakyat. Tapi tidak pula dinyatakan daripada mana datangnya sumber pendapatan negara," ujarnya.




* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.






Niza Meroyan lagi di Manjung isu ketuanan Melayu


Memang sah kau ni komunis wahai Niza Meroyan.

Laporan akhbar tempatan:
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.

Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diselar menggunakan kuliah maghrib sebagai pentas ceramah politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu amat tidak wajar kerana mencampuradukkan agama dan politik, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah Allah.

"Sultan sebelum ini telah menitahkan supaya jangan berpolitik dalam masjid kerana ia boleh menyebabkan perpecahan umat Islam. Ini jelas menunjukkan Mohammad Nizar telah derhaka kepada Sultan.

"Kami juga ingin mempersoalkan sama ada beliau mempunyai sijil kelayakan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memberi ceramah di masjid-masjid atau di surau," katanya kepada pemberita di Manjung malam tadi.

Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Fasa 3B Seri Manjung pada malam tadi menceritakan sejarah Islam termasuk Firaun, namun majlis santapan rohani itu dicemari unsur-unsur politik apabila beliau menyentuh dan mempersoalkan konsep ketuanan Melayu.

Beliau yang pada mulanya secara berkias-kiasan mengaitkan kerajaan Firaun dengan 'ketuanan Firaun', akhirnya menyamakannya dalam konteks Malaysia pada penghujung kuliahnya.

Mohammad Nizar antara lain menyeru supaya semangat ketuanan Melayu dihapuskan kerana mendakwa prinsip tersebut tidak dibenarkan oleh Allah.




Selasa, 26 Februari 2013

Manifesto PR Hanyalah Retorik


1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!


2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!


3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?


4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!


5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!


6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?


7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........


Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!



Oleh:hulubalangKANAN







Isnin, 25 Februari 2013

PAS Seleweng : Siri 1


SUZANA Gadis MUDA berjaya memiliki 6500 ekar BALAK!!!

Di manakah kau kini wahai Suzana.....

Suzana yang ketika itu adalah seorang gadis cantik, berusia 26 tahun tiba-tiba menjadi ‘glamour’ apabila terbongkar kerajaan Pas Terengganu meluluskan kepada beliau kawasan balak melalui Yayasan Terengganu seluas 6, 500 ekar!

Suzana gadis manis ini yang mykad bernombor 770412-11-5500 berasal dari Binjai Kertas, Hulu Terengganu dengan tiba-tiba mempunyai syarikat yang didaftarkan atas namanya Berkat Timber Trading, No Pendaftaran TR 0046100 H ditubuhkan pada 10 Julai 2003 dengan jenis perniagaan Pembalakan dan Menjual Kayu.

Gadis ini adalah pekerja kilang papan Aneka Timber Wakaf Tapai yang dimiliki cina DAP kroni Pas bernama Simon Yeo Kim Team atau dikenali oleh masyarakat tempat sebagai ‘Cina Anak Babi”.

Suzana dan syarikat ini adalah proksi ‘Cina Anak Babi’ ini, apatah lagi Suzana adalah anak saudara kepada orang kuat Pas di kawasan itu bernama Deraman bin Ayub atau Deraman Rambut Uban.

Kawasan Balak yang diberikan kepada gadis ini seluas 6 500 ekar atau 2 600 hektar...teramatlah luas, terletak di Merang, Setiu Terengganu.

Nilai kawasan ini pada waktu itu tidak kurang dari RM5juta atau RM6 juta atau lebih.
Setiausaha Agung Pas yang merupakan Exco Kanan dan Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu yang bertanggungjawab meluluskan kawasan ini kepada Suzana (Berkat Timber Trading).

Manakala waktu itu, Haji Hadi, Presiden Pas selaku Menteri Besar Terengganu adalah Pengerusi Yayasan Terengganu.
Wakaf Tapai adalah terletak dalam kawasan Dun yang diwakili Mustaffa Ali waktu itu, Pengkalan Berangan.

PENYELEWENGAN YANG DIKESAN DILAKUKAN IALAH: -
- Syarikat milik gadis ini baru ditubuhkan (tubuh secara ad hoc) tetapi terus diberikan kawasan balak sebegitu luas menunjukkan berlaku salah guna kuasa yang ketara.

- Gadis bernama Suzana ini hanyalah diperalatkan oleh orang DAP tauke sawmill (Aneka Timber ) tempat dia bekerja (Cina Anak Babi)...

- Kawasan Balak ini diluluskan tanpa melalui proses TENDER TERBUKA tetapi kerajaan Pas dan Yayasan Terengganu yang dipengerusikan oleh Haji Hadi Presiden Pas dan Pengerusi Pelaburannya Dato’ Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas).

- Simon Yeo Kim Team atau Cina Anak Babi inilah yang sentiasa menaja atau member kewangan para pemimpin pas melawat keluar negara dan lain lain keperluan pemimpin pemimpin Pas untuk hidup bermewah.

Demikianlah Pas yang mendakwa berjuang Islam, tetapi sebenarnya mengejar harta, kekayaaan..
sekalipun sanggup menggadai maruah kepada bukan Islam yang mempergunakan gadis pekerjanya untuk mengumpan pemimpin Pas!!



Tuan Guru Halim OTHman Al - Putrajayasie







Gelombang Biru melanda lagi di Perak


Semalam di Ulu Kinta, Perak Gelombang Biru melanda apabila Himpunan Barisan 1 Malaysia (HB1M) peringkat negeri Perak diadakan. Lebih 5,800 para hadirin yang hadir dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Tapi pada malam ini lebih dari 8000 pemuda yang hadir iaitu lebih dari jangkaan sasaran yang dijangka 5000 orang. Pemuda-pemuda yang terdiri daripada parti-parti komponen berkumpul seawal 7:30 malam lagi. Ada yang datang dengan menaiki bas dan ramai juga yang bermotosikal dari pelbagai daerah dan bahagian dalam Perak.

Nampaknya Pakatan Pembangkang akan goyang dan kecut-telor melihat gelombang dan sokongan seramai ini. Dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu saudara Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry membangkitkan semangat semua pemuda untuk terus berjuang demi kemenangan Barisan Nasional.














Ahad, 24 Februari 2013

Skuad Pemuda Bermotor @ Gerak Gempur Pemuda Ipoh Barat


Aktivis Kepayang Jr.: Skuad Pemuda Bermotor/ Gerak Gempur Pemuda UMNO Ba...: Skuad Pemuda Bermotor/ Gerak Gempur Pemuda UMNO Bahagian IPOH BARAT Dilancarkan    Pemuda UMNO Ipoh Barat...