Ahad, 30 Jun 2013

Khasiat KALSIUM yang perlu ada pada setiap anda semua !!!



Kalsium adalah sebuah elemen kimia dengan simbol Ca dan nombor atom 20. Mempunyai massa atom 40.078 amu. Kalsium merupakan salah satu logam alkali tanah, dan merupakan elemen terabaikan kelima terbanyak di bumi. Kalsium juga merupakan ion terabaikan kelima terbanyak di air laut dilihat dari segi molaritas dan massanya, setelah natrium, klorida, magnesium, dan sulfat.

Kalsium adalah mineral yang amat penting bagi manusia, antara lain bagi metabolisme tubuh, penghubung antara saraf, kerja jantung dan pergerakan otot.
Berikut beberapa manfaat kalsium bagi manusia :
  • Mengaktifkan saraf
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melenturkan otot
  • Menormalkan tekanan darah
  • Menyeimbangkan tingkat keasidan darah
  • Menjaga keseimbangan cairan tubuh
  • Mencegah osteoporosis (keropos tulang)
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menurunkan risiko kanker usus
  • Mengatasi kram/kejang otot, sakit pinggang, buasir dan reumatik
  • Mengatasi keluhan masa haid dan menopause
  • Meminimalkan penyusutan tulang selama hamil dan ketika menyusukan bayi
  • Membantu mineralisasi gigi dan mencegah pendarahan akar gigi
  • Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
  • Memulihkan keghairahan seks yang menurun/melemah
  • Mengatasi penyakit kencing manis (mengaktifkan pankreas)

Setelah umur mencapai 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% per tahun. Dan setelah umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.
Gejala awal kekurangan kalsium adalah seperti lesu, banyak berpeluh, gelisah, sesak nafas, menurunnya daya ketahanan tubuh-badan, kurang selera makan, sembelit ,insomnia, kram/kejang otot dan sebagainya.

Kalsium diperlukan oleh badan agar kekal kuat dan sihat, namun tidak ramai daripada kalangan orang dewasa memperoleh kalsium yang mencukupi daripada diet harian mereka. Kajian menunjukkan sebab utama kadar kandungan kalsium yang rendah dalam badan ialah pengambilan berlebihan minuman kopi dan alkohol, atau kurangnya pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium. 
Suplemen kalsium menjadi satu pilihan jika diet anda kurang kalsium. Calcium Plus mengandungi vitamin D dan lain-lain mineral untuk kesihatan tulang dengan menyediakan pemakanan untuk tulang .


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit.



Dalam bungkusan sebanyak 90 biji tablet. Bekalan secukupnya untuk anda selama 30 hari.


Sila hubungi pengedar anda yang sah dail nombor 013 4737702  (Anne) untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau untuk membuat tempahan pembelian dan juga boleh mengaturkan penghantaran produk tersebut ke depan pintu rumah anda.


Minah Rempit Mengaku Dah Buat Seks Banyak Kali


Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram di Kulim awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada pemberita.



Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.  

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.

“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur. 

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.





JSJK IPK Perak berjaya tangkap seorang Ah Long di Bercham, Ipoh


Kelicikan seorang lelaki yang bergerak aktif sebagai peminjam wang tanpa lesen (ah long) di sekitar bandar raya ini terutama di kawasan Bercham, Ipoh berakhir setelah dia diberkas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan memaklumkan, suspek berusia 34 tahun dipercayai turut menggunakan pedang samurai untuk menakut-nakutkan serta mengugut mangsa yang terdiri daripada peminjam yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan.

Menurut beliau, polis berjaya menahan suspek selepas menerima banyak laporan dan aduan daripada orang awam yang menjadi mangsa lelaki terbabit.

"Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah premis di Bercham, polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Antara barangan yang dirampas adalah tiga pedang samurai, 47 kain rentang ah long yang mengandungi nombor telefon, dua bungkusan pengikat kabel, tiga telefon bimbit, 36 dokumen, dua buku catatan mengandungi senarai nama peminjam wang, mesin kira-kira dan buku baucar gaji (salary voucher)," katanya pada sidang media di Pusat Media IPK Perak, semalam.

Hadir sama, Ketua JSJK Negeri, Superintendan Maszely Minhad.



Tambah beliau, berikutan penangkapan itu, suspek ditahan reman selama 24 jam dan polis akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek bagi membantu siasatan.

Beliau turut memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta.

"Saya nasihatkan orang ramai tidak membuat pinjaman daripada ah long yang menyediakan pinjaman segera dan mudah kerana faedah yang dikenakan kepada peminjam lebih tinggi berbanding institusi kewangan berlesen.

“Selain itu, sindiket terbabit sanggup guna ugutan dan kekerasan ke atas peminjam untuk mendapatkan kembali wang pinjaman dan ini boleh mengancam keselamatan peminjam termasuk ahli keluarga,” jelasnya.


Shisha diharamkan bermula dilaksanakan dari negeri Melaka dan Perlis


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. 

CAP sejak beberapa tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata boleh memudaratkan kesihatan penggunanya.

CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa mengharamkan terus penggunaan shisha yang semakin berleluasa di seluruh negara terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda. 

“Namun begitu usaha dan gesaan yang dibuat oleh CAP itu tidak mendapat maklum balas daripada yang berkenaan,” ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Selaras dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu, ujarnya CAP menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan shisha sepertimana juga fatwa yang mengharamkan rokok. 

Justeru, kata beliau CAP sekali lagi menyarankan pihak berkuasa berkenaan mengharamkan terus penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu.

Dr. Juanda berkata, amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja. 

Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.

Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.

“Langkah ini perlu diambil dengan segera oleh semua negeri yang masih belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok,” ujar SM Idris lagi.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.

Penghisap shisha, ujar beliau biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.

Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

“Mengenai bahaya menghisap shisha ini, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan,” katanya.

Jelasnya, penggunaan arang dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.

Katanya, air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang.

Tambah beliau, tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan demi untuk menjaga kesejahteraan generasi kita yang akan datang.  

image388338

Sementara itu, kerajaan negeri Perak menimbang kemungkinan untuk mengikuti jejak Perlis dan Melaka mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, selain mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan, pihaknya akan meminta pandangan Jawatankuasa Fatwa negeri yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Keputusan mengharamkan aktiviti menghisap dan menjual shisha akan diteliti terlebih dahulu dengan mengambil kira pendirian kita mengikut dua aspek iaitu agama dan kesihatan. 

"Selain mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan, saya juga akan minta mufti (Harussani) mengeluarkan pandangan," katanya yang turut memegang portfolio hal ehwal agama Islam negeri.

 


Isnin, 24 Jun 2013

GAZ...Kisah Si Zombie


Apa yang tak kena dengan Zombie. Apa lagi Zombie Mahu...



Pada 2009 isu panas yg melanda politik perak ialah isu dua orang kuat zombie yang bergelar 2H dimana kedua mereka ini dilihat begitu kebal sehinggakan 18 ketua bahagian umno meluru ke putrajaya meminta Tok Najib tidak lagi memilih Zombie untuk menjadi MB kerana terlalu memanjakan 2H ini sehingga zombie mengabaikan ketua ketua bahagian didalam negeri. Isu itu diselesaikan dengan memberi sejumlah wang yang agak besar kepada salah seorang 2H itu sebagai bekalan untuk meneruskan hidupnya di Kuala Lumpur dan untuk tidak lagi berada di perak supaya dapat melarikan dari fokus dan sportlight rakyat.

Kini kelibat 2H tidak lagi menyinari kerancakan politik negeri perak. Salah seorang 2H ini yang terkenal dengan gelaran Abang Susun telah mula mengorak langkah dengan mengangkat dirinya menjadi presiden disebuah persatuan yang ditubuhnya sendiri. Ini amat bertepatan dengan kemampuannya kerana dianggarkan hasil bekalan yang dibekalkan oleh zombie membuatkannya mampu untuk memiliki beberapa buah kereta bersusun susun.

Setelah ketiadaan Abang Susun ini, Zombie mengubah strateginya dengan mencipta 5A pula sebagai Dajjal suci yang lebih bergaya dan licik untuk menyinari politik negeri yang semakin malap. Salah seorang dari 5A diarahkan menjadi pencatur untuk menyusun kroni kroni bawahan mereka di tempat tempat didalam GLC dan jabatan kerajaan bagi membolehkan mempunyai kuasa untuk memberi projek kepada ahli ahli 5A yang lain. 

Kecoh juga suatu ketika dahulu apabila beberapa ahli perniagaan melayu yang mengadu bahawa kertas kerja yang mereka hantar untuk memohon projek melalui 5A ini telah disalin dan diubah kepada syarikat lain. Tektik SALIN KULIT ini memang biasa terdengar di mulut orang orang berniaga di Perak.

Manakala seorang lagi 2H yang terperuk di ipoh terus diangkat ke tempat yang lebih tinggi malah lebih tinggi daripada ketua ketua bahagian yang sudah sekian lama setia kepada umno. Mungkin zombie merasakan ketua ketua bahagian di perak ini tidak layak ataupun tidak secerdik mana untuk diberi tanggungjawab besar dalam menguruskan pilihanraya.


...ikuti cerita selanjutnya di blog Budak Benteng.




GAZ


Ahad, 23 Jun 2013

Proton Waja For Sale... Lokasi > Ipoh, Perak

Proton Waja

Tahun 2002

Enjin Tip top

1600cc

Warna silver

Lokasi Ipoh Perak

Harga RM 19,800

Berminat sila hubungi  011-11066252
 
* dari blog Budak Benteng

Sabtu, 22 Jun 2013

Foto-foto Blackout 505

Foto-foto yang dipetik dari aplikasi Whatapps sumber dari rakan-rakan.

Foto-foto Mafia era-30an dilelong

Beberapa keping gambar anggota kumpulan samseng pada era 1930-an yang ditemukan di dalam diari seorang detektif akan dilelong pada minggu depan di New York.

Detektif tersebut, Eugene Canevari berkhidmat selama 24 tahun dengan Jabatan Polis New York dan sepanjang kariernya, dia pernah menyiasat beberapa kes melibatkan ketua-ketua jenayah terancang pada era itu, termasuk Lucky Luciano, Louis 'Lepke', Buchalter, Dutch Schultz dan Vincent 'Mad Dog' Coll.

Canevari kemudiannya bersara pada 1952 dan ketika itu, dia menyimpan beberapa dokumen dan gambar yang diambil sepanjang kariernya.

Antara foto yang bakal dilelong termasuklah gambar asal Luciano dan anggota kumpulan gengster, Johnny Torrio.



Koleksi itu turut menampilkan beberapa gambar mayat yang merupakan suspek bunuh diri di dalam keranda, gambar di kawasan landasan kereta api ekoran ancaman bom dan dokumen saksi.

Canevari yang memulakan kerjaya sebagai polis pada 1928 di usia 25 tahun dikenali sebagai seorang detektif yang rajin dan bersemangat dalam setiap kes yang diuruskannya.

Dia juga pernah berkhidmat dalam Skuad Bom dan Unit Bunuh Diri Polis New York.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Jumaat, 21 Jun 2013

Charade Aura CX FOR SALE...location > Ipoh, Perak.

Iklan: Kereta Untuk Dijual

Daihatsu Charade Aura CX

Tahun 1990

Enjin Tip top

993cc

Harga RM4,800

Berminat sila hubungi  011-11066252

*dari blog Budak Benteng

Khamis, 20 Jun 2013

Kahwin Wanita Syria Hanya Dengan Kos USD40 Sahaja...






Polis Bukit Aman menerima maklumat berhubung kegiatan menjual wanita Syria dijadikan isteri kepada rakyat Malaysia disebarkan menerusi Facebook. 

Katanya, pihaknya percaya kegiatan terbabit didalangi sindiket penipuan, tetapi akan menjalankan siasatan jika terdapat maklumat berkaitan pemerdagangan manusia menerusi laman sosial berkenaan. 

Wartawan berjaya menghubungi seorang lelaki dikenali ustaz Azizul yang dipercayai orang perantara bagi mendapatkan wanita Syria berkenaan. 

Lelaki itu kemudian menuntut deposit RM150 sebagai pendahuluan namun selepas beberapa soalan diajukan, beliau terus mematikan talian. 



Kegiatan menjual wanita Syria dengan harga serendah RM800 itu mula tersebar menerusi Facebook sejak kelmarin, dipercayai daripada pelajar Malaysia di Mesir.


Ahad, 16 Jun 2013

Melissa Gooi disiasat polis atas dakwaan hina Agong


Seorang wanita yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini, untuk memberi keterangan. 

Wanita itu tiba di IPD berkenaan pada 1.15 tengah hari ditemani peguamnya. 

Pada 1 Jun lalu, akaun Facebook yang menggunakan nama "Melissa Gooi" didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim. 

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun FB itu.