Jumaat, 30 Mei 2014

Kemangkatan Sultan Azlan Negeri Perak Berkabong 100 Hari



Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri besar Perak itu mengumumkan perkara itu dari Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Almarhum berusia 86 tahun. Beliau meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.
Pengebumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.
Sultan Perak ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984. Sebelum ini, baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia, dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.
Pada 1989, Sultan Azlan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9, berkhidmat selama lima tahun, sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.
Khabar angin tersebar mengenai kemangkatan Sultan sejak Ahad, tetapi, perkara itu tidak benar.
Sultan Azlan Shah menjadi pemerintah Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Idris Shah pada 1984.
Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.
Sultan Azlan menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global sukan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak negara dan diadakan di Ipoh.
Raja Azlan Shah dilahirkan pada 19 April, 1928 di Batu Gajah, Perak.
Baginda adalah putera kepada Sultan Yusuf Izzuddin Shah (1948–1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.
Ketika kecil, Raja Azlan Shah dibesarkan oleh bondanya di luar lingkungan diraja.
Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan pulang dari Beijing ke Malaysia malam ini untuk menghadiri upacara pengebumian Sultan Perak itu di Kuala Kangsar esok.
Najib kemudiannya akan terbang kembali ke China selepas upacara pengebumian esok, kata sumber dari Putrajaya kepada The Malaysian Insider.
Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
"Sepanjang tempoh berkabung tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM itu.
Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.
"Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.
"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan para anbiya, syuhada dan solihin," katanya dengan sebak.
Pendidikan awal baginda adalah di Sekolah Kerajaan Inggeris, Batu Gajah, kini dikenali sebagai SMK Sultan Yussuf.

Baginda mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum berlepas ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham.
Baginda memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada 1953 dan dimasukkan ke Majlis Peguam Inggeris oleh Honourable Society oft Lincoln’s Inn pada 23 November 1954.
Sekembalinya ke tanah air, baginda berkhidmat sebagai pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang bagi Persekutuan Tanah Melayu sebagai majistret. Baginda kemudiannya dilantik sebagai presiden Mahkamah Sesyen.
Baginda juga merupakan Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Pada usia 37 tahun, baginda diiktiraf sebagai hakim termuda dalam Komanwel yang dilantik bagi Mahkamah Tinggi pada 1965.
Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan pada 1979 pula sebagai Ketua Hakim Malaya.
Baginda ditabalkan sebagai Raja Muda pada 1 Julai, 1983.
Pada awal 2009, baginda menerima kritikan hebat kerana penglibatannya dalam penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak semasa Pakatan Rakyat  (PR) masih berkuasa yang membawa kepada krisis Perlembagaan negeri.
Keputusan baginda tidak dipersetujui Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Sultan mengikut perlembagaan tidak dibenarkan memecat menteri besar.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian mengatakan Sultan adalah betul dalam melantik Zambry daripada Barisan Nasional sebagai menteri besar, walaupun mereka tidak memenangi undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). – 28 Mei, 2014.


Rabu, 28 Mei 2014

Dyana Sofya calon paling popular Teluk Intan

    selfie


Sesi 'selfie' bersama calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Teluk Intan yang berbaris untuk bergambar dengannya. Dyana juga menggunakan peluang itu mempromosikan inisiatif perpustakaan mobil yang dinamakan 'Buku Jalanan Seri Manjung', berhampiran bangunan menara condong Teluk Intan.







Good Luck Dyana !!!



Gadis Keterah kena ratah 38 lelaki


Kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Seorang pelajar tingkatan tiga dan rakannya 

mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 38 lelaki tidak dikenali di sebuah rumah 

kosong di Ketereh, Kelantan. Lebih mengejutkan, ada rakan mangsa yang dikatakan 

menyaksikan kejadian itu. Kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 7.30 malam, 20 mei lalu. 

Kedua-dua mangsa sebelum itu telah keluar bersama dua lagi rakan mereka. Mereka 

kemudian telah pergi ke sebuah rumah tidak berpenghuni dan di situ kedua-dua mangsa 

dikatakan telah dirogol oleh sekumpulan lelaki.


Rakan lelaki mangsa yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada mangsa,

seramai 38 lelaki melakukan perbuatan terkutuk itu.

Laporan polis hanya dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, awal 

pagi semalam. Mangsa kemudian dibawa ke hospital kuala krai untuk pemeriksaan. Kes 

disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh, Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa. Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam.

Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.

Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.
Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti mangsa.

Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Sabtu, 17 Mei 2014

Dyana mangsa spekulasi politik PRK Teluk Intan




Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.


mangsa fitnah 'cybertrooper' babi-buta @ blogger gila rangking

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.
"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.
"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Didapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.


gambar yang dikatakan seiras Dyana


Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.

Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.
Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.

"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.
Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.



*sumber dari laman sesawang berita nasional



Bagi Kinta Menjerit biarpun Dyana ni dari parti politik manapun tapi dia tetap orang Melayu. KM rasa darah dan semangat Melayunya tetap kuat sebab maknya adalah orang kuat dari parti yang mempertahankan Melayu, harapnya begitulah. Mungkin sebab dalam parti 'melayu' tu banyak sangat yang tak betoi nyer tu yang nak cuba tengok laluan yang lain ini mungkin secara tak langsung akan menyeimbangkan suasana politik yang kita nampak agak ketara ketidakadilannya di sebelah pihak sahaja.

Ini harapkan slogan jer nampak baik dan bagus

'Tiada yang terpinggir
Tiada yang tertinggal'

Memang betoi lah tiada yang tertinggal tapi untuk kroni-kroni dan suku-sakat sendiri sahaja lah. Yang lain ni dok tengok jer lah apa habuk pun tarak... menyanyilah lagu "Warisan"...anak kecil main api

sampai ke sudah lah kita ni susah di tanah air sendiri.










Jumaat, 16 Mei 2014

Tasha dituduh buat pembedahan besarkan kopek



Sebelum ini pelakon Tasha Shilla pernah dituduh membuat hidung dan melakukan pembedahan membesarkan payudaranya di Bangkok, Thailand. Namun pemilik nama Natashasheila Abd Razak ini menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

gambar dikatakan kopek besor


Baru-baru ini, Tasha telah memuat naik sebuah gambar di laman Facebook miliknya yang menunjukkan dia sedang memegang sebuah produk makanan tambahan. Melihat pada saiz payudaranya yang kelihatan agak berbeza berbanding sebelum ini, Tasha sekali dikaitkan membuat pembedahan plastik di bahagian tersebut.

gambar waktu dulu


“Pasal gambar itu, Tasha tak mahu komen,” pinta pelakon drama ‘Cinta Bertamu Di Abu Dhabi’ ini ketika ditemui di majlis pelancaran hLive terbitan Astro pada Isnin.

Apabila ditanya adakah perkara ini akan dijadikan pengajaran olehnya supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial, ini jawapannya.
“Tasha tak mahu komen. Apa yang Tasha buat sebelum ini pun berhati-hati juga. Niat Tasha hanya mahu berkongsi benda ini bersama peminat dan tak tahu apa yang akan jadi di sebaliknya. Bagi Tasha, tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana banyak lagi masalah negara yang lebih perlu diutamakan dari sekeping gambar Tasha itu,” tuturnya sambil memberitahu tidak ambil peduli tentang tanggapan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

“Tasha tak tahu macam mana pandangan orang pasal gambar tersebut kerana Tasha tak nak ambil tahu apa yang mereka tulis. Tasha baca semua komen-komen tapi selepas itu Tasha akan terus buat kerja seperti biasa,” ujar Tasha mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan lain, Tasha yang hadir bersama kekasihnya, Han Chen Wong ketika majlis tersebut turut berkongsi yang dia kini sedang menjalani penggambaran drama untuk slot Akasia di TV3 berjudul, ‘Maafkan Aku Tak Sempurna’.


* sumber dari laman sesawang berita tempatan.




Bakal Calon DAP PRK 2014 Teluk Intan


Dah Melayu UMNO tak nak jaga orang Melayu baik kita pangkah Melayu DAP jer...
sama jer harapkan slogan jer yang gah
'Tiada yang tertinggal
Tiada yang terpinggir'

...harapkan pagar, pagar makan padi!!!

kita kasi peluang pada anak muda ni untuk berkhidmat tengokkk boleh pakai tak?



Siapa itu Dyana Sofya?


Nama penuhnya Dyana Sofya Mohd. Daud.
Berusia 27 tahun.

Keluarganya, terutama ibunya ialah bekas orang kuat Wanita UMNO di Perak. Kerana kecewa dalam UMNO dia menjadi penyokong DAP. Anaknya, Dyana Sofya kini ialah Setiausaha Politik Melayu kepada Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Angin-angin bertiup mengatakan Dyana Sofya akan dicalonkan bertanding atas tiket DAP di PRK Parlimen Teluk Intan.


Dyana Sofya Mohd Daud (gambar)berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas ...

Dyana Sofya hadir ke majlis itu bersama-sama ibunya, Yammy Samat.
Saya tidak sempat bertemu de­ngan Dyana Sofya mahupun ibunya pada malam itu untuk mengesahkan dengan tuan tubuh sendiri. Awal tahun 2012, siswazah undang-undang dari UiTM itu mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Dalam wawancara pemberita bertajuk “Dyana, dari keluarga UMNO kepada bintang DAP", portal itu menulis: Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Apa pun kita tunggu benarkah goyangan pokok-pokok oleh khabar angin itu.

Jika benar, adakah BN akan tetap meletak calon dari MCA atau calon Melayu?


Rabu, 7 Mei 2014

Rapat Setia kawasan orang Melayu yang dipinggirkan



Nampaknya pihak berkuasa bandaraya Ipoh tidak begitu mengambil berat di kawasan perumahan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Ini berikutan aduan yang telah dibuat oleh wakil penduduk kawasan berkenaan tetapi tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak berkuasa berkenaan. Difahamkan  bahawa jabatan yang terlibat ialah Jabatan Kesihatan dari Majlis Bandaraya Ipoh. Aduan telah dibuat sebulan yang lalu tapi tiada apa-apa tindakan dari pegawai berkenaan.

Longkang yang tidak dicuci serta diselenggara ini boleh menyebabkan air tersumbat mengundangkan banjir jika hujan lebat. Disamping itu ia juga sebagai pusat pembiakan nyamuk dan lain-lain binatang yang merbahaya seperti ular, tikus dan sebagainya.

Beberapa penduduk yang mengadu mengeluh mengapa nasib mereka jadi begini? Apakah salah mereka sehingga diperlakukan begini oleh pihak berkuasa. Majoriti kawasan Rapat Setia ini adalah orang Melayu. Adakah sebab kawasan ini dipegang oleh parti yang bukan dari kerajaan maka mereka ini diboikot sebegitu rupa. 


Foto-foto dibawah adalah sebahagian daripada  gambaran kawasan terbabit :


Salah sebuah longkang di Jalan Dato Damanhuri



Keadaan longkang di Jalan Raja Mahadi



Longkang di Jalan Pandan


Apalah salah penduduk disini...longkangnya tidak dibersihkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh


Dimanakah janji kerajaan yang memerintah?

'Tiada Yang Tertinggal
 Tiada Yang Terpinggir"

Nampaknya harapkan pagar...pagar makan padi.




p/s;  ni orang zamberi tak buat kojer ler ni...hampeh betoi





Ahad, 4 Mei 2014

Pelacur 'highclass' dari benua Rusia bermaharajalela


Jika dulu agak sukar mendapatkan wanita dari negara bekas Soviet Union sebagai pelacur, namun sejak setahun lalu kemasukan ramai wanita dari rantau berkenaan untuk tujuan melancong memungkinkan mereka dieksploitasi sindiket pelacuran bagi memenuhi permintaan lelaki tempatan.

Kebanyakan wanita berkenaan adalah dari Uzbekistan, Tajikistan, Russia, Kyrgyzstan dan Ukraine.


Kami difahamkan, pembabitan warga negara berkenaan dalam aktiviti pelacuran mula meningkat selepas pelanggan dikesan menukar ‘selera’ mereka. 

Namun, sukar mendapatkan khidmat wanita terbabit kerana dikawal ahli sindiket pelacuran dan dikhaskan kepada pelanggan yang ‘berpoket tebal’.


Difahamkan, caj antara RM500 hingga RM1,000 dikenakan sindiket terbabit kepada pelanggan untuk sekali perkhidmatan di sekitar pusat ibu negara kita.



*sumber dari laman sesawang akhbar nasional.


Sabtu, 3 Mei 2014

Demostrasi Sewa Rumah PPR Naik di Selangor


Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 Kota Damansara membuat bantahan secara aman berhubung kenaikan kadar sewa rumah yang hampir dua kali ganda daripada kadar asal.



Menurut Pengerusi Persatuan Penduduknya, Johari Nander, kenaikan kadar itu berlaku sejak Mei tahun lalu daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Menyifatkan kenaikan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata, surat bantahan sudah dibuat sebanyak tiga kali namun hanya mendapat maklum balas sekali.

“Kadar sewa naik mendadak selepas pilihan raya lalu. Semua penduduk kena termasuk warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Rata-rata penduduk di sini berpendapatan di bawah RM1,500 dan mempunyai anak antara tiga hingga lima orang,” katanya ketika ditemui pada demonstrasi aman di kawasan PPR tersebut, hari ini.

Johari berkata, sebanyak 1,154 unit rumah terlibat dengan kenaikan kadar sewa itu yang melibatkan lebih 3,000 penduduk.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya akan menawarkan bantuan guaman kepada penduduk di situ dalam menangani beberapa kes termasuk ada yang dihalau dan bekalan air dipotong.

Beliau sempat menemui penduduk PPR Seksyen 8 bagi mendengar keluhan mereka terhadap permasalahan yang dihadapi sebelum melawat sekitar kawasan PPR tersebut.

“Umno Selangor akan sediakan khidmat guaman untuk mempertahankan hak penduduk dari segi undang-undang.

“Saya minta mereka yang menerima notis kosongkan rumah, jangan keluar rumah. Hanya mahkamah boleh keluarkan perintah sita rumah dan sebagainya.

"Kalau nak halau, ikut undang-undang,” katanya.

Selain itu, Noh turut mendakwa, keselamatan dan kebersihan di kawasan PPR tersebut juga tidak dikawal sebaiknya sehingga membahayakan nyawa penduduk setempat.

Melayu masih tak mampu beli rumah walaupun selepas harga diskaun Bumiputera

Dalam pembelian hartanah, faktor harga menjadi penentu selain lokasi dan kualiti serta jenis rumah yang ditawarkan.

Sudah pasti kemampuan atau kuasa beli menentukan peruntukan maksimum bagi memiliki rumah sendiri tidak kiralah sama ada ia rumah pertama atau seterusnya mahu pun rumah yang dilelong.

Atas inisiatif mahu ramai individu membeli hartanah sendiri, kerajaan telah menetapkan syarat peruntukan kuota Bumiputera bagi setiap pembangunan kediaman oleh pemaju yang dilihat sedikit sebanyak membolehkan pembeli memperoleh diskaun ke atas belian mereka.

Namun, ia tidak sepenuhnya membantu apabila berlaku lambakan rumah Bumiputera yang tidak dibeli saban tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif IM Global Property Consultants Sdn Bhd merangkap Presiden Institut Pengurus Harta Profesional Malaysia (MIPPM), Ishak Ismail berkata, apa yang dilihat ketika ini bukan saja unit ditawarkan tidak dibeli atas faktor kemampuan, tetapi kualiti unit kediaman ditawarkan antara isu yang mengekang belian.

Katanya, kebanyakan pemaju memberikan unit yang bukan menjadi keutamaan sama ada lokasi rumah yang kurang strategik berbanding unit lain dalam sesuatu pembangunan.

“Selaku pembeli, sudah pastilah mereka perlu membuat pilihan atas setiap peruntukan bagi kediaman.

Jika unit yang diletakkan dalam kuota Bumiputera, ia perlu menepati kehendak pembeli dan bukan sekadar memilih secara rawak dan memberikan manfaat yang kurang kepada pengguna.


Jika dilihat purata pendapatan RM5,000, seseorang itu hanya mampu membeli hartanah dalam lingkungan RM200,000 hingga RM300,000 berbanding harga pasaran RM400,000 hingga RM500,000 yang boleh dibeli kelompok dengan pendapatan RM8,000 sebulan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, oleh sebab itu pemaju juga perlu bersikap adil dalam meletakkan unit menerusi kuota Bumiputera kerana jika ia tidak menepati cita rasa pembeli, sudah pasti tidak akan menemui jalan penyelesaian sungguh pun unit terbabit sudah diberi pelepasan ke atas pembeli bukan Bumiputera selepas tempoh tertentu.

Ishak berkata, isu atau aduan mengenainya sering diperkatakan pembeli dan ia menjadi faktor mengapa ada unit yang tidak laku.

“Selaku badan yang selalu berhadapan dengan pembeli, ini adalah antara apa yang diajukan mereka.

Bukan mudah untuk pembeli memperuntukkan jumlah wang tertentu bagi memiliki rumah selain bebanan hutang hanya untuk unit yang kurang memuaskan.

“Ada juga pembeli yang berkemampuan sekali pun mempersoalkan isu sama,” katanya.




'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...