Ahad, 30 November 2014

Kristina Pimenova Kanak-kanak Tercantik di Dunia


Usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang menempa nama dalam dunia peragaan dan perkara tersebut dibuktikan oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sering diberi kepercayaan memperagakan pelbagai produk berjenama.


Kristina Pimenova yang memulakan kerjaya peragaan seawal usia tiga tahun pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Ro­berto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton.

Dia yang disebut sebagai kanak-kanak tercantik di dunia oleh pengguna laman sosial juga pernah menjadi penghias muka depan majalah berprestij Itali, Vogue Bambini ketika berusia tujuh tahun.

Kejelitaan Pimenova yang memiliki rambut panjang berwarna perang dan sepasang mata berwarna biru, membolehkan dia mengumpul dua juta peminat di laman sosial Facebook.

Orang yang bertanggungjawab membawa Pimenova ke dunia peragaan adalah ibunya, Glikeriya Shirokova yang menguruskan akaun laman sosial dan karier anaknya.

“Kerjaya peragaan Pimenova bermula selepas ramai rakan-rakan ibunya terpesona dengan kejelitaannya dan meminta dia mencuba nasib dalam bidang peragaan.

“Sejak itu dia sangat cintakan dunia peragaan,” menurut status biografi di Facebook Pimenova.







Jib cakap Blogger UMNO BANGANG...dibayor tapi makan tuan balik


Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.  

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.


*petikan dari laman sesawang berita nasional.


Mana-mana blogger yang dah makan duit Umno atau kerajaan memerintah tu buatlah kojer jangan lah makan atau hantam tokeh balik...komer niiii

Kebanyakan blogger akan merahsiakan identiti atau tuan punya blog. Ini tak pasai-pasai yang mana blogger tak bertuan pun kena tempias.

Yang jib pun satu dah tau lu punya machai tak boleh pakai kasi terminate lah...WTF
Ni mesti kak mah yang marah...jib pulak yang bersuara dalam PAU

Halo blogger sudah dibayar sudah kenyang kasi jaga lah lu punya tuan.

Jangan ikut macam gua sana pun boleh hantam sini pun boleh hantam   ADA AKU KESAH!!!....gua lah HANTU TAK BERTUAN kah kah kah

Kak Mah tengah marah tu...



Ahad, 16 November 2014

Penipuan siber 'love scam' libatkan ribuan ringgit ditipu lapor SKMM


Golongan lelaki miang sering terpedaya dengan sindiket penipuan siber yang dikenali sebagai love scam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak mendedahkan, kes melibatkan love scam paling banyak diterima pihaknya sejak kebelakangan ini dengan 30 kes setakat ini.

Ketuanya, Mohd Faizal Azizan berkata, bagi wilayah utara melibatkan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, sebanyak 80 kes dilaporkan kepada pihaknya manakala setiap minggu secara purata dua kes diterima bagi negeri Perak.

“Sindiket ini menggunakan aplikasi video bersembang atas talian iaitu Skype.

"Seorang wanita cantik dipercayai dari Filipina akan meminta mangsa menanggalkan pakaian dan tanpa disedari ia sebenarnya dirakam.

“Rakaman itu kemudiannya digunakan untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan wang jika tidak mahu ia tersebar,” katanya pada program Luncheon Talk anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak, di Ipoh.

Mohd Faizal berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan yang melibatkan penipuan ribuan ringgit.

Selain itu katanya, Nigerian Scam juga antara kes yang banyak dilaporkan tetapi ia menyasarkan golongan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu pula, menggunakan laman sosial untuk memperdaya mangsa dengan kata-kata manis dan pelbagai helah supaya wanita itu menyerahkan wang kepada penjenayah terbabit.

Katanya, terdapat juga kes mangsa diperdaya dan dijadikan keldai dadah.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan godaan dan rayuan mereka di internet. Kita hanya membantu pihak polis dan setiap aduan yang dibuat kita terima.
“Perkara ini bukan main-main sebaliknya ia boleh mengganggu kehidupan dan menjejaskan reputasi seseorang,” katanya.


Pondok Al-Jaafar Gopeng Tempat Bergantung Harapan

Disinilah tempat anak yatim mengaji dan golongan bermasalah menginsafi diri. Gambar pengasas (atas kiri)

"Kalau saya tidak terima mereka, ke mana mereka akan pergi?" itu persoalan yang membuatkan Pengasas Pondok Al-Jaafar, Mohamad Tarudi Bahari, 61, tanpa jemu menerima dan mendidik golongan bermasalah di Pondok Al-Jaafar, Kampung Gunung Panjang, di Gopeng, Perak.

Mohamad Tarudi berkata, walaupun tidak mempunyai prasarana memuaskan, pondok itu berjaya melahirkan belia tahfiz al-Quran yang sebelumnya golongan bermasalah yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial.

"Saya tetap menerima mereka kerana mereka masih boleh dibentuk ke jalan yang benar dan mencorakkan masa depan mereka dengan lebih cerah.

"Bulan lalu seorang warga emas memohon untuk menghuni di sini dan saya terkejut, tetapi tetap menerimanya kerana berniat untuk membantunya kembali ke jalan benar selepas 20 tahun dia bergelumang dengan dosa.

"Dia penagih dadah dan kaki botol, namun Alhamdulillah, kini dia insaf untuk membentuk hidup yang lebih diredai dan sempurna," katanya ketika ditemui semalam.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Khamis, 13 November 2014

Lebuhraya ke utara sesak akibat lori gas terbalik di km 257


Dua kanak-kanak lelaki cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah treler membawa muatan penuh tong gas petroleum cecair (LPG) dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini semalam.

Kejadian pukul 9.30 pagi berdekatan Terowong Menora itu berlaku apabila treler terbabit yang dalam perjalanan ke arah utara dari Ipoh tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibat kemalangan itu, kira-kira 50 tong gas yang dibawa treler terbabit tercampak di atas jalan dengan sebahagian daripadanya turut bertaburan di laluan bersebelahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang sedang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dari Kuala Kedah, Kedah yang kebetulan melalui tempat kejadian tidak sempat mengelak lalu merempuh beberapa tong gas yang berada di hadapannya.

Menurutnya, pemandu, Mohd. Nasir Jaafar, 40, dan anaknya, Muhammad Syakirin, 10, sempat keluar sebelum kenderaan mereka terbakar akibat letupan tong gas yang dirempuh.

Isnin, 10 November 2014

Hello Kitty


Hello Kitty adalah sejenis alat permainan patung anak kucing yang terkenal di dunia. Watak ini berasal dari negara Jepun.

Hello Kitty (ハローキティ Harō Kiti?) adalah salah satu dari watak fiksyen yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Sanrio dan yang paling popular di antara watak milik syarikat tersebut.

Watak itu, kucing putih bercirikan bow atau hiasan lain pada telinga kiri, dan tanpa mulut.

Dihakcipta dalam 1976, Hello Kitty sekarang merupakan cap dagang satu dikenali seluruh.


Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pada tahun 1974. Shimizu meninggalkan syarikat kira-kira setahun kemudian. Pereka yang kedua, Setsuko Yonekubo, mengambil alih selama lima tahun berikut sehingga 1980 apabila tugas ini diserahkan kepada Yuko Yamaguchi, yang masih menjawatnya. Watak pada asalnya muncul sebagai barang tarikan bagi gadis muda, seperti dompet wang.

Hello Kitty telah diberikan nama Inggeris kerana budaya British adalah popular dengan gadis-gadis Jepun pada waktu penciptaannya. Nama Kitty datang dari satu daripada kucing Alice dalam buku Melalui Cermin Muka oleh Lewis Carroll. Apabila teman lelaki Hello Kitty "Daniel Sayang" dicipta dalam 1999, pereka mengambil namanya daripada sebuah filem 1971, Filem Melody, yang dibintangi oleh Mark Lester sebagai satu watak dikenali sebagai Daniel, dan menonjolkan lagu-lagu Bee Gees.

Dunia fiksional Hello Kitty termasuk satu kelompok kumpulan kawan-kawan dan ahli keluarga. Malah, sejak 2004 ia mempunyai seekor binatang peliharaan kucingnya yang dipanggil Charmmy Kitty, dan seekor binatang peliharaan hamster dipanggil Sugar. Charmmy menyerupai Hello Kitty tetapi lebih bercirikan kucing. Charmmy Kitty diberikan kepada Hello Kitty oleh bapanya, George White, dan Sugar oleh teman lelakinya Dear Daniel.





* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan dan Wikipedia

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...