Jumaat, 20 Mac 2015

SPAD tidak turun tambang semasa harga minyak turun, Hamid Albar bakal ditempelak rakyat


Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta-merta manakala kadar tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus mulai 15 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar ketika mengumumkan kadar baharu itu berkata, keputusan membenarkan kenaikan tersebut setelah mengambil kira kenaikan kos terpaksa ditanggung pengusaha pengangkutan awam.

Berdasarkan kadar tambang baharu, penumpang teksi 1Malaysia (Teks1M) di Pulau Pinang perlu membayar RM19.80 bagi 10 kilometer pertama berbanding RM11.80 sebelum ini manakala penumpang di Lembah Klang dan Johor Bahru pula sebanyak RM17.50 bagi 10 kilometer pertama berbanding RM10.80 pada kadar lama.

Bagi teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru pula, penumpang perlu membayar RM14.30 di bawah kadar baharu berbanding RM10.80 pada kadar lama bagi 10 kilome­ter pertama; dan di Pulau Pinang, RM17.50 pada kadar baharu berbanding RM11.80 pada kadar lama dan kereta sewa pula RM14.50 berdasarkan kadar siling yang baharu.

“Penyelarasan kadar tambang ini dibuat selepas mengambil kira ke­perluan pihak pengusaha, kos sara hidup dan operasi serta kepenting­an orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu. Penetapan kadar baharu terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan tambang di buat pada 2009.

“Kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan kadar tambang teksi eksekutif dan lapangan terbang,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam di Ibu Pejabat SPAD di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismail Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Dr. Prodyut Dutt.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, peningkatan kadar tambang bas ekspres dianggarkan antara RM4.60 sehingga RM11 berikutan kadar baharu iaitu 11.4 sen bagi setiap satu kilometer berbanding 9.3 sen sebelum ini.

“Kami sudah mengkaji dan menilai kadar munasabah yang tidak membebankan orang ramai,” katanya dengan menambah, pengusaha teksi perlu menyusun semula meter di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kadar baharu itu.

“Saya mahu semua pemandu teksi lebih patuh dan bertanggungjawab dengan pengumuman kadar baharu ini dan tidak mengambil kesempatan,” kata Syed Hamid.

Ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan bagi perkhidmatan di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana, beliau berkata, perkara itu hanya akan diumumkan oleh syarikat terbabit.

Beliau juga menegaskan, penyelarasan kadar baharu itu tidak dibuat berikutan penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa 1 April ini sebaliknya mengambil kira kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Keretapi Tanah Me­layu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan memberitahu akan melaksanakan kadar tambang baharu selepas mendapat kelulusan SPAD memandangkan pelarasan harga dilakukan kali terakhir pada Februari 2003.

Kata kenyataan tersebut, perbezaan kadar tambang sehala baharu berbanding sedia ada bergantung kepada jarak perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain.

Jumaat, 6 Mac 2015

Gadis Melayu Dan Keluarga Ditetak 5 Lelaki India di Ipoh


Seorang bapa dan dua anaknya cedera selepas diserang dan ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di ruang tamu kediaman mereka, di Taman Maju Rapat, di sini hari Khamis 5 March 2015.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, bapa yang berusia 47 tahun itu cedera di bahagian belakang badan sementara anak lelakinya, 17, cedera di tangan kiri manakala kaki kanan anak perempuannya berumur 20 tahun hampir putus akibat ditetak.


anak lelaki mangsa


bapa mangsa

"Polis percaya lima lelaki itu memasuki rumah mangsa dengan memecah pintu utama dengan menendang kuat sehingga pintu pecah. Mereka sekeluarga dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan ambulans," katanya ketika dihubungi.

Katanya tiada barang berharga yang hilang dalam rumah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, susulan daripada kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki bekas teman lelaki anak perempuan mangsa di sekitar bandar raya Ipoh, kira-kira pukul 11.45 pagi tadi, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.




 * sumber dari laman sesawang akhbar tempatan



Dipercayai pergaduhan itu berpunca mungkin atas sebab hubungan cinta antara anak perempuan Melayu itu dengan seorang lelaki India. Anak perempuan yang juga dikenali sebagai Mimi Loma itu sebenarnya adalah sasaran utama hampir putus kaki kiri ketin ditetak dan terkena parang diperut sikit. Dia mungkin akan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan menyambungkan balik kaki yang hampir terputus itu. 

Penyerang-penyerang bersenjatakan parang itu datang dengan menaiki kereta Mercedes.



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...