Khamis, 30 Jun 2016

Terbaik Najib!!!...Jangan Kata Abang Tak Payung


Kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam di seluruh negara mulai Julai ini membuktikan kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menghargai usaha dan kerja keras para penjawat awam.

Dalam laman Facebook dan Twitter beliau hari ini, Perdana Menteri berharap bantuan itu akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.

"Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

"Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu," katanya.

Kenaikan satu tangga gaji dan gaji mininum itu diumumkan perdana menteri pada pembentangan Bajet 2016 pada Oktober tahun lepas.





*sumber dari laman berita nasional

Cuti Peristiwa 8 Julai 2016...Raya Sakan Orang Gomen!!!



Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya.





* sumber dari laman sesawang akhbar nasional

Rabu, 29 Jun 2016

Barisan Kabinet Malaysia 2016


Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Noh Omar kembali menyertai Kabinet apabila dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di pejabatnya di Perdana Putra pada 27hb Jun 2016.
Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendapat portfolio baharu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Unit Perancang Ekonomi bagi menggantikan Tan Seri Abdul Wahid Omar yang buat keputusan tidak meneruskan tempoh sebagai senator.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerajaan atas sebab peribadi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang meletakkan jawatan selepas bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.
Unggah kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan menteri, muka baharu yang dilantik menyertai Kabinet ialah Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Datuk Nasrun Mansur dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.
Selain itu terdapat dua pertukaran portfolio melibatkan Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tempat Chee Leong digantikan oleh Datuk Chua Tee Yong.
Jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah diganti oleh Datuk Henry Sun Agong.
Turut dilantik Datuk Seri SK Devamany sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...