Memaparkan catatan dengan label Zambry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zambry. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Julai 2014

Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram


Kelmarin Menteri Besar Perak, Dr Zambry telah isytihar perang terhadap kegiatan judi haram di negeri ini. Nampaknya kerajaan Perak betul-betul serius dan dengan rasmi memgumumkan untuk membanteras kegiatan atau perniagaan haram ini.

Persoalannya bilakah agensi-agensi atau jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain nak isytihar benda yang sama?
Contoh seperti Majlis Bandaraya Ipoh, lain-lain Perbandaran Daerah (PBT), Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan yang paling utama sekali ialah dari Ketua Polis Negeri Perak.


Kalau setakat buat operasi satu dua tempat dan yang dapat tangkap pun beberapa orang tua dan Bangla buat apa?...
Apa tindakan yang di laksanakan oleh PBT-PBT atau MBI keatas pemilik premis yang menjalankan perniagaan haram ini. Ini lepas operasi oleh penguatkuasa depa masih boleh beroperasi balik...APA CITER???

Kenapa tak dipotong bekalan elektrik dan air premis yang buat judi haram tu???

Apa dah jadi dengan agensi-agensi ini, banyak sangat kena lapik ka???

 BACA SINI

 
JANGAN TAKAT CAKAP DAN DECLARE DALAM PAPER JER...


BANTERASSS
BANTERASSS
BANTERASSS


NGO-NGO tolong mainkan peranan...kalau kat negara sendiri pun tak boleh nak perang tok sah citer la nak pi negara Arab untuk berperang.

Jom pi banteras kedai judi ini...



Jumaat, 30 Mei 2014

Kemangkatan Sultan Azlan Negeri Perak Berkabong 100 Hari



Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri besar Perak itu mengumumkan perkara itu dari Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Almarhum berusia 86 tahun. Beliau meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.
Pengebumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.
Sultan Perak ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984. Sebelum ini, baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia, dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.
Pada 1989, Sultan Azlan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9, berkhidmat selama lima tahun, sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.
Khabar angin tersebar mengenai kemangkatan Sultan sejak Ahad, tetapi, perkara itu tidak benar.
Sultan Azlan Shah menjadi pemerintah Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Idris Shah pada 1984.
Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.
Sultan Azlan menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global sukan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak negara dan diadakan di Ipoh.
Raja Azlan Shah dilahirkan pada 19 April, 1928 di Batu Gajah, Perak.
Baginda adalah putera kepada Sultan Yusuf Izzuddin Shah (1948–1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.
Ketika kecil, Raja Azlan Shah dibesarkan oleh bondanya di luar lingkungan diraja.
Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan pulang dari Beijing ke Malaysia malam ini untuk menghadiri upacara pengebumian Sultan Perak itu di Kuala Kangsar esok.
Najib kemudiannya akan terbang kembali ke China selepas upacara pengebumian esok, kata sumber dari Putrajaya kepada The Malaysian Insider.
Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
"Sepanjang tempoh berkabung tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM itu.
Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.
"Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.
"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan para anbiya, syuhada dan solihin," katanya dengan sebak.
Pendidikan awal baginda adalah di Sekolah Kerajaan Inggeris, Batu Gajah, kini dikenali sebagai SMK Sultan Yussuf.

Baginda mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum berlepas ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham.
Baginda memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada 1953 dan dimasukkan ke Majlis Peguam Inggeris oleh Honourable Society oft Lincoln’s Inn pada 23 November 1954.
Sekembalinya ke tanah air, baginda berkhidmat sebagai pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang bagi Persekutuan Tanah Melayu sebagai majistret. Baginda kemudiannya dilantik sebagai presiden Mahkamah Sesyen.
Baginda juga merupakan Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Pada usia 37 tahun, baginda diiktiraf sebagai hakim termuda dalam Komanwel yang dilantik bagi Mahkamah Tinggi pada 1965.
Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan pada 1979 pula sebagai Ketua Hakim Malaya.
Baginda ditabalkan sebagai Raja Muda pada 1 Julai, 1983.
Pada awal 2009, baginda menerima kritikan hebat kerana penglibatannya dalam penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak semasa Pakatan Rakyat  (PR) masih berkuasa yang membawa kepada krisis Perlembagaan negeri.
Keputusan baginda tidak dipersetujui Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Sultan mengikut perlembagaan tidak dibenarkan memecat menteri besar.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian mengatakan Sultan adalah betul dalam melantik Zambry daripada Barisan Nasional sebagai menteri besar, walaupun mereka tidak memenangi undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). – 28 Mei, 2014.


Jumaat, 16 Mei 2014

Bakal Calon DAP PRK 2014 Teluk Intan


Dah Melayu UMNO tak nak jaga orang Melayu baik kita pangkah Melayu DAP jer...
sama jer harapkan slogan jer yang gah
'Tiada yang tertinggal
Tiada yang terpinggir'

...harapkan pagar, pagar makan padi!!!

kita kasi peluang pada anak muda ni untuk berkhidmat tengokkk boleh pakai tak?



Siapa itu Dyana Sofya?


Nama penuhnya Dyana Sofya Mohd. Daud.
Berusia 27 tahun.

Keluarganya, terutama ibunya ialah bekas orang kuat Wanita UMNO di Perak. Kerana kecewa dalam UMNO dia menjadi penyokong DAP. Anaknya, Dyana Sofya kini ialah Setiausaha Politik Melayu kepada Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Angin-angin bertiup mengatakan Dyana Sofya akan dicalonkan bertanding atas tiket DAP di PRK Parlimen Teluk Intan.


Dyana Sofya Mohd Daud (gambar)berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas ...

Dyana Sofya hadir ke majlis itu bersama-sama ibunya, Yammy Samat.
Saya tidak sempat bertemu de­ngan Dyana Sofya mahupun ibunya pada malam itu untuk mengesahkan dengan tuan tubuh sendiri. Awal tahun 2012, siswazah undang-undang dari UiTM itu mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Dalam wawancara pemberita bertajuk “Dyana, dari keluarga UMNO kepada bintang DAP", portal itu menulis: Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Apa pun kita tunggu benarkah goyangan pokok-pokok oleh khabar angin itu.

Jika benar, adakah BN akan tetap meletak calon dari MCA atau calon Melayu?


Rabu, 7 Mei 2014

Rapat Setia kawasan orang Melayu yang dipinggirkan



Nampaknya pihak berkuasa bandaraya Ipoh tidak begitu mengambil berat di kawasan perumahan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Ini berikutan aduan yang telah dibuat oleh wakil penduduk kawasan berkenaan tetapi tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak berkuasa berkenaan. Difahamkan  bahawa jabatan yang terlibat ialah Jabatan Kesihatan dari Majlis Bandaraya Ipoh. Aduan telah dibuat sebulan yang lalu tapi tiada apa-apa tindakan dari pegawai berkenaan.

Longkang yang tidak dicuci serta diselenggara ini boleh menyebabkan air tersumbat mengundangkan banjir jika hujan lebat. Disamping itu ia juga sebagai pusat pembiakan nyamuk dan lain-lain binatang yang merbahaya seperti ular, tikus dan sebagainya.

Beberapa penduduk yang mengadu mengeluh mengapa nasib mereka jadi begini? Apakah salah mereka sehingga diperlakukan begini oleh pihak berkuasa. Majoriti kawasan Rapat Setia ini adalah orang Melayu. Adakah sebab kawasan ini dipegang oleh parti yang bukan dari kerajaan maka mereka ini diboikot sebegitu rupa. 


Foto-foto dibawah adalah sebahagian daripada  gambaran kawasan terbabit :


Salah sebuah longkang di Jalan Dato Damanhuri



Keadaan longkang di Jalan Raja Mahadi



Longkang di Jalan Pandan


Apalah salah penduduk disini...longkangnya tidak dibersihkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh


Dimanakah janji kerajaan yang memerintah?

'Tiada Yang Tertinggal
 Tiada Yang Terpinggir"

Nampaknya harapkan pagar...pagar makan padi.




p/s;  ni orang zamberi tak buat kojer ler ni...hampeh betoi





Sabtu, 3 Ogos 2013

Jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia : Kenapa Azwan Harun???

Kenapa perlu mengundi Azwan Harun? 

Pasti inilah soalan yang bermain-main di fikiran para perwakilan pemuda umno di seluruh negara. Seramai enam orang calon dijangka akan bertanding jawatan naib ketua pemuda umno malaysia. Dan kesemuanya adalah ahli jawatankuasa pemuda umno di bawah Khairy Jamaludin @KJ. Kj amat bijak membiarkan orang orangnya berebut sesama sendiri untuk jawatan naib sedangkan jawatan ketua pemuda hanya akan ditandingi oleh calon-calon yang tak berapa terkenal dan langsung tiada peluang untuk menang. Calon-calon itu sengaja ditaja untuk menggambarkan bahawa berlaku demokrasi didalam UMNO.


Kenapa Azwan Harun layak untuk menjadi naib? 

Sekali lagi soalan itu akan ditanya. Akan saya sebutkan satu persatu dengan penuh berilmiah dan fakta yang membuatkan para pengundi tidak mampu menolaknya. Mungkin juga akan ada tuduhan mengatakan saya berkempen untuk Azwan Harun kerana saya dibayar oleh Azwan. Dengan bangga diri saya mengatakan SAYA TIDAK DIBAYAR WALAU SATU SEN PUN UNTUK BERKEMPEN BAGI PIHAK AZWAN HARUN.


Kenapa Perlu undi Azwan Harun?

Wah... Berapa kali dah soalan itu ditanya. Baiklah, biar saya rungkaikan persoalan bodoh itu kenapa para perwakilan perlu mengundi Azwan Harun. 

Ramai yang tidak mengenali Azwan Harun. Kalau ada yang tak kenal siapa Azwan dan nak mengenali siapa Azwan boleh tanya saya, jangan tanya orang lain kerana mungkin anda akan mendengar cerita yang tidak benar malah tidak adil. Mungkin ada yang agak berminat untuk mengenal Azwan Harun dari pandangan sisi di sudut blogger seperti saya yang begitu kuat menyokong GERAKAN ANTI ZAMBRY. Umum mengetahui bahawa zambry adalah boss kepada Azwan. Biar saya ceritakan siapa Azwan Harun ini di lembaran akan datang. Stay tune....

 
 
 
 
 
* dari blog Budak Benteng
 
 
 
 

Ahad, 7 Julai 2013

Zombie mengganas di belakang rumah Pengakap di Ipoh


Isu panas yang berlegar-legar di bandaraya Ipoh malam semalam berkisar berkenaan tanah seluas  6 ekar di Green Town dibelakang Rumah Pengakap. Ceritanya ialah tanah berkenaan bakal dianugerahkan kepada salah seorang kroni zambry yang bernama Dato Dr Subra. Dulu dengan kes Hamdan Taha, sebelum PRU13 tak habis panas pasal geng penyamun 5A, ditambah pula dengan skandal nizam botak@ kicap dan hanafiah man dan sekarang timbul pulak kroni hindu nya yang difahamkan sudah dapat berkali-kali tanah dari zambry. Menurut satu sumber, kali pertama si subra ni dapat seluas 200 ekar tanah di Gopeng, kemudian sebelum PRU yang lepas zambry bagi pulak tanah seluas 15 ekar di Meru dan sekarang dapat 6 ekar pula di green town.

Tanah itu sepatutnya di gazetkan lah pada orang melayu untuk pembangunan ekonomi melayu seperti pembukaan malay town contohnya sepertimana adanya cina town dan little india. Zambry nak orang melayu duduk di mana? Takkan la zambry suka tengok orang melayu merempat dikampong-kampong manakala bangsa lain bermaharajalela di bandaraya Ipoh mengaut keuntungan ekonomi.

Disekitar green town kita boleh nampak bagaimana bangunan kedai-kedai kebanyakan dimiliki oleh kaum cina. Dikawasan itu pula hanya tinggal kampong kepayang dan flat ashby sahaja sebagai penempatan orang melayu. Takkanlah zambry nak biarkan india pulak menguasai ekonomi dikawasan itu? Tak cukup ke little india di pekan lama dimonopoli oleh india?


> ikuti kisah panas ini selanjutnya di blog Budak Benteng





G A Z


Isnin, 24 Jun 2013

GAZ...Kisah Si Zombie


Apa yang tak kena dengan Zombie. Apa lagi Zombie Mahu...



Pada 2009 isu panas yg melanda politik perak ialah isu dua orang kuat zombie yang bergelar 2H dimana kedua mereka ini dilihat begitu kebal sehinggakan 18 ketua bahagian umno meluru ke putrajaya meminta Tok Najib tidak lagi memilih Zombie untuk menjadi MB kerana terlalu memanjakan 2H ini sehingga zombie mengabaikan ketua ketua bahagian didalam negeri. Isu itu diselesaikan dengan memberi sejumlah wang yang agak besar kepada salah seorang 2H itu sebagai bekalan untuk meneruskan hidupnya di Kuala Lumpur dan untuk tidak lagi berada di perak supaya dapat melarikan dari fokus dan sportlight rakyat.

Kini kelibat 2H tidak lagi menyinari kerancakan politik negeri perak. Salah seorang 2H ini yang terkenal dengan gelaran Abang Susun telah mula mengorak langkah dengan mengangkat dirinya menjadi presiden disebuah persatuan yang ditubuhnya sendiri. Ini amat bertepatan dengan kemampuannya kerana dianggarkan hasil bekalan yang dibekalkan oleh zombie membuatkannya mampu untuk memiliki beberapa buah kereta bersusun susun.

Setelah ketiadaan Abang Susun ini, Zombie mengubah strateginya dengan mencipta 5A pula sebagai Dajjal suci yang lebih bergaya dan licik untuk menyinari politik negeri yang semakin malap. Salah seorang dari 5A diarahkan menjadi pencatur untuk menyusun kroni kroni bawahan mereka di tempat tempat didalam GLC dan jabatan kerajaan bagi membolehkan mempunyai kuasa untuk memberi projek kepada ahli ahli 5A yang lain. 

Kecoh juga suatu ketika dahulu apabila beberapa ahli perniagaan melayu yang mengadu bahawa kertas kerja yang mereka hantar untuk memohon projek melalui 5A ini telah disalin dan diubah kepada syarikat lain. Tektik SALIN KULIT ini memang biasa terdengar di mulut orang orang berniaga di Perak.

Manakala seorang lagi 2H yang terperuk di ipoh terus diangkat ke tempat yang lebih tinggi malah lebih tinggi daripada ketua ketua bahagian yang sudah sekian lama setia kepada umno. Mungkin zombie merasakan ketua ketua bahagian di perak ini tidak layak ataupun tidak secerdik mana untuk diberi tanggungjawab besar dalam menguruskan pilihanraya.


...ikuti cerita selanjutnya di blog Budak Benteng.




GAZ


Selasa, 7 Mei 2013

30 kerusi DUN dari UMNO pada PRU13 di Perak


Di sebalik ketidaktentuan politik di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) Perak yang menghadapi saingan sengit daripada parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada PRU13 ini.

Kemenangan itu membuktikan rakyat memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negeri ini sekali gus menolak dakwaan pembangkang bahawa parti gabungan itu memerintah Perak secara rampasan kuasa pada tahun 2009.
Usaha meraih simpati rakyat dilakukan sejak empat tahun lalu apabila BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembangkang selepas empat anggota DUN pakatan pembangkang keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Namun, isu berkenaan dilihat tidak memberi kesan mendalam terhadap rakyat terutamanya pengundi Melayu.

Pembangunan Perak atas usaha gigih kerajaan BN yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sejak empat tahun lalu terbukti membawa sokongan rakyat kepada BN.

Program turun padang yang dilaksanakannnya menggunakan slogan 'tiada tertinggal, tiada terpinggir' turut membawa beliau menyelami hati rakyat dan merungkai permasalahan mereka.

Penganalisis politik, Datuk Rais Hussin Mohamad Ariff, berkata penduduk Perak mahu Zambry terus memimpin dan meneruskan usaha mentadbir negeri dengan baik.
"Mereka mahu BN terus mentadbir negeri ini. Mereka sudah memberi mandat langsung kepada Zambry untuk meneruskan khidmat cemerlang beliau.

"Beliau perlu bergerak pantas sejak hari pertama mengangkat sumpah jawatan pada 2009. Beliau berjaya mengharungi apa jua pergolakan yang mendatang. Beliau meletakkan Perak di tempat sewajarnya. Rakyat nampak perkara ini, menyukainya, dan terus mengundi kepimpinannya," katanya.

Kemenangan BN pada PRU13 turut diperoleh melalui sokongan Melayu yang bertambah baik apabila UMNO berjaya menyumbang 30 daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi parti gabungan itu. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Umno memenangi 27 kerusi DUN.

UMNO yang bertanding 36 kerusi DUN pada pilihan raya ini, bertambah dua kerusi daripada pilihan raya umum lalu, berjaya memenangi semula kerusi Pengkalan Hulu, Kubu Gajah, Kampung Gajah, Trong, Tualang Sekah, Batu Kurau dan Alor Pongsu.

Selain itu, parti itu juga berjaya meraih majoriti undi lebih besar di 20 kawasan DUN yang dimenangi.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.







Sabtu, 27 April 2013

Akujanji BN Bagan Serai


IMGaa

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akujanji tambahan BN Bagan Serai untuk menambah katil Hospital Daerah Kerian yang baru kepada 200.

Menurut Perdana Menteri, tambahan itu adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat di kawasan tersebut.

Beliau mengumumkan akujanji tambahan itu ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 rakyat pelbagai kaum di Dataran Bagan Serai hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri diiringi kira-kira 1,000 pemuda bermotosikal ke tapak majlis.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan calon-calon Barisan Nasional di Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar.

Kerja-kerja hospital baru Daerah Kerian yang terletak di Simpang 5 telah dimulakan dengan menyediakan kemudahan 150 katil.

Bagaimanapun, hospital itu dijangka boleh menampung kapisiti sehingga 300 katil.

Calon BN DUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, dengan pengumuman itu, segala tohmahan pembangkang bahawa projek hospital itu akan terlerai.

"Projek ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat di Kerian dan pengumuman Perdana Menteri akan memberi impak yang cukup besar rakyat di sini terhadap BN," kata beliau.

Calon DUN Kuala Kurau, Salleh Mat Desa pula berkata, pembinaan hospital baru akan memberi keselesaan kepada pesakit, khususnya mereka di dalam tempoh pemulihan (recovering period).

"Suasana kondusif dan selesa amat penting bagi Pesakit yang dalam tempoh ini dan dengan adanya hospital baru yang selesan sudah tentu banyak membantu," katanya sambil berharap hospital itu juga akan mempunyai hospital pakar.

IMGcc


























Rabu, 24 April 2013

Manifesto Barisan Nasional Perak PRU13


Barisan Nasional (BN) Perak kelmarin lepas melancarkan manifesto tambahan, kesinambungan daripada manifesto Pusat yang diumumkan Perdana Menteri, 6 April lalu dengan menggariskan lima teras utama merangkumi 82 aku janji demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata manifesto bertemakan BN Untuk Anda itu adalah terjemahan kepada gagasan Perak Amanjaya yang berpaksikan peluang pendapatan, pendapatan dan kehidupan berkualiti melalui sebuah kerajaan yang melaksanakan aku janji yang bersifat realistik.


Lima teras itu membabitkan aku janji untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang inklusif dan menjamin masa depan rakyat serta meningkatkan usaha menarik pelaburan luar dan dalam negara selain menceburi bidang industri baru di negeri Perak.
Untuk aku janji dalam teras keselamatan dan ketenteraman rakyat, BN menjanjikan penambahan anggota polis di seluruh negeri Perak selain pembinaan pondok bit polis di kawasan strategik.
Bagi teras pembangunan seimbang untuk rakyat, aku janji yang ditawarkan ialah membangun semula pekan kecil sebagai pusat ekonomi setempat, pemuliharaan dan pewartaan kawasan hutan.
Dalam melahirkan masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintegriti, BN akan menaiktaraf  Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada universiti awam, Universiti Sultan Azlan Shah.
Selain itu, lebih banyak pusat pengajian akan diwujudkan dan menaikkan had pendapatan isi rumah kepada RM5,000 bagi kelayakan memohon pinjaman pelajaran anak Perak dan memperkasakan Seri Iskandar sebagai hub pendidikan tinggi.
Bagi kecekapan penyampaian demi keselesaan rakyat pula, aku janji BN termasuklah meningkatkan kecekapan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah terutama dalam pengurusan sampah, pembersihan longkang dan penurapan jalan rosak.
Untuk teras memelihara toleransi beragama demi rakyat, BN menawarkan peruntukan tahunan untuk masjid dan surau, peruntukan tahunan untuk aktiviti hal ehwal bukan Islam dan rumah ibadat.
Sementara itu, Zambry pada sidang media memberitahu manifesto BN Perak adalah tambahan kepada aku janji yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan di peringkat Pusat pada tanggal 6 April lalu.
“Dengan adanya aku janji tambahan ini, ia akan memberi dimensi baru kepada negeri Perak,” katanya.
Jelasnya, manifesto tersebut mengagaskan beberapa aspek antaranya kesejahteraan rakyat, pembangunan seimbang dan memacu ekonomi rakyat.
Selain itu, manifesto berkenaan turut memelihara toleransi agama di samping meningkatkan peranan wanita dalam masyarakat.
“Ini keseluruhan perkara yang akan dilaksanakan oleh BN.
“Ia bukan sekadar manifesto tetapi kita meneruskan perkara yang telah dilakukan sejak empat tahun yang lalu,” katanya.
Zambry juga berkata, dengan pelancaran manifesto tersebut, beliau yakin rakyat boleh membuat perbandingan mengenai pelaksanaan aku janji yang telah dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.
Sementara itu, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor, Salbiah Mohamed berkata, manifesto tersebut mencakupi keseluruhan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
“Rakyat biasanya menyuarakan masalah dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan perumahan di kawasan masing-masing dan kita lihat segala aspek ada tercangkup dalam aku janji kerajaan BN,” katanya.
Salbiah berkata demikian sebagai mengulas manifesto BN Perak yang dilancarkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Padang Rengas, hari ini.
Melihat ia sebagai kesinambungan kepada manifesto peringkat Pusat, Salbiah yang juga Ketua Puteri negeri Perak menambah, manifesto peringkat negeri itu jelas menekankan aspek kesejahteraan dan keharmonian rakyat Perak dengan memacu ekonomi yang lebih stabil.
Manifesto itu mengandungi 11 perkara antaranya Kesejahteraan Rakyat; Perumahan Rakyat; Memacu Ekonomi untuk Rakyat; Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat; Pembangunan Seimbang untuk Rakyat; Masyarakat Berkemahiran, Berilmu dan Berintegriti.
Sementara itu, calon BN bagi DUN Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim menyifatkan ia sebagai manifesto yang terbaik kerana beberapa perkara yang tersenarai dalam manifesto itu bakal memberi impak besar kepada rakyat di kawasan yang ditandinginya.
Menurutnya, dalam manifesto tersebut, BN memberi jaminan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat melalui usaha meningkatkan pendapatan isi rumah.
Selain itu, tawaran membina tapak perumahan khususnya bagi generasi kedua dilihat amat menepati aspirasi rakyat khususnya penduduk di kawasan Pengkalan Hulu, katanya lagi.
“Manifesto atau aku janji negeri Perak yang dilancarkan hari ini diharap dapat membantu rakyat di Pengkalan Hulu khususnya yang berpendapatan rendah,” katanya.

*sumber dari portal berita tempatan.














Sabtu, 20 April 2013

GEMPAR : Datuk Kamilia keluar parti untuk bertanding calon Bebas



Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.
Kamilia dalam laman sosial Facebook miliknya memberitahu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.




Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.

Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30 tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO khususnya di Kuala Kangsar.
"Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.


Tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar tidak akan menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi tersebut, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
"Saya kecewa beliau (Kamilia) buat keputusan tersebut selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkan DUN Bukit Chandan. Sedangkan Datuk M. Kayveas sendiri sanggup galas amanah bertanding di DUN Pasir Bedarmar biarpun Presiden PPP," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, surat pemecatan kepada mana-mana pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas akan dikeluarkan Isnin ini.

Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan disiplin parti.
"Kalau ada satu dua kita terpaksa korban, itu lebih baik daripada kita korbankan parti yang dikasihi ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau di sini hari ini.

Antara pemimpin BN yang bertanding calon Bebas ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.







Sabtu, 13 April 2013

Gelombang Biru melanda negeri Perak


'Gelombang Biru' Barisan Nasional (BN) Perak siap sedia dengan semangat bersatu hati dan kesetiaan untuk menjadi penggempur hadapan parti itu di seluruh pelusuk negeri ini bagi memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain laungan bersedia penuh bersemangat bagi menempuh cabaran pada majlis pelancaran Jentera PRU13 BN Perak di Stadium Indera Mulia di sini malam ini, hampir 8,000 anggota parti, terutama golongan muda, turut berikrar memastikan kemenangan parti komponen itu di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga berikrar setia menjadi jentera kepada mana-mana calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Selain itu, kehadiran bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan BN sebagai 'ayahanda' turut mendapat tepukan gemuruh anggota jentera, sekali gus menandakan apa yang dilapor sebuah akhbar semalam hanyalah mainan pembangkang.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang bertindak sebagai Pengarah PRU13 negeri, dalam ucapannya, berkata setiap jentera parti komponen itu adalah pemuda perkasa dan pemudi bersemangat wirawati yang menjadi pendokong kuat.

Zambry mengingatkan seluruh jentera BN mereka bakal berdepan pertarungan yang besar tidak lama lagi dan turut mengimbau peristiwa pahit yang berlaku pada pilihan raya umum ke-12.

"Kita mahu imbau kenangan kita pada tahun 2008 supaya menjadi ingatan besar agar kita tidak ulangi lagi... yang penting ketika ini kita bersama-sama bersatu hati, berpadu tenaga, jangan bergaduh sesama sendiri, boleh berjanji kepada saya? Kita tetap bersama-sama walau apapun terjadi," katanya.

Beliau berkata setiap anggota jentera perlu bekerja atas kesetiaan kepada parti kerana sesiapa sahaja yang diletak sebagai calon oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau adalah calon BN.

Zambry berkata beliau dan pucuk pimpinan memahami kedudukan calon dan isu itu dibincang dalam semangat BN, berbeza dengan pakatan, yang menjadikan pentas ceramah untuk mengumumkan calon masing-masing.

"Kita BN tidak buat begitu, kita ada masalah, kita duduk selesaikan. Semangat berkorban kita buat sama-sama, tanyalah MCA, MIC, Gerakan, PPP dan komponen lain... kita tidak berlakon, itu bukan cara BN, cara BN adalah bila kita berpegang tangan, maka itulah pegangan yang mantap dan bersatu," katanya.


Jumaat, 5 April 2013

DUN Perak bubar selepas perkenan Raja Dr Nazrin serentak dengan Parlimen


Dewan Negeri Perak Ke-12 dibubarkan secara rasmi pada 3 April 2013 selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, serentak dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas ini, parti politik baik di pihak kerajaan ataupun pembangkang akan bertarung secara terbuka untuk memenangi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

PRU-13 boleh diadakan seawal 20 April ini dengan penamaan calon diadakan pada Rabu depan berikutan pembubaran Parlimen semalam.

Namun, SPR dijangka menganjakkan hari penamaan calon pada 13 April manakala hari pengundian pada 27 April selepas mengambil kira kedua-dua tarikh itu adalah cuti hujung minggu.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, pengundian biasanya diadakan pada Sabtu, penamaan calon pula lazimnya diadakan 10 hari selepas pembubaran.

Sehingga 22 Februari lalu, sejumlah 1,409,774 pemilih berdaftar diwartakan di negeri Perak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah Daftar Pemilih Induk (DPI) mengikut kawasan Parlimen ialah 32,814 (Grik); 46,695 (Larut); 51,524 (Parit Buntar), 54,915 (Bagan Serai); 71,401 (Bukit Gantang); 78,327 (Taiping); 28,572 (Padang Rengas); 51,709 (Sungai Siput); 89,582 (Tambun); 82,025 (Ipoh Timur); 77,920 (Ipoh Barat); 87,747 (Batu Gajah); 33,607 (Kuala Kangsar); 49,314 (Beruas); 33,600 (Parit); 63,776 (Kampar); 97,243 (Gopeng); 45,592 (Tapah); 51,626 (Pasir Salak); 88,473 (Lumut); 40,031 (Bagan Datoh); 60,620 (Teluk Intan) dan 64,641 (Tanjung Malim).

Berdasarkan kedudukan kerusi Parlimen dan DUN sebelum pembubaran, BN mempunyai 13 kerusi Parlimen, 29 kerusi DUN, PAS (Parlimen-2, DUN-6); DAP (Parlimen-6, DUN-16); PKR (Parlimen-2, DUN-5) dan Bebas (Parlimen-1, DUN-4).

Dalam PRU-12, BN gagal mempertahankan pemerintahan di Perak tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 6 Februari 2009 apabila dua Adun PKR dan satu DAP keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas.

Dua Adun PKR iaitu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan exconya melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk memakmur dan mensejahterakan negeri Perak.

Gagasan Perak Amanjaya dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir diperkenalkan untuk mendekati dan menyelami denyut nadi rakyat di serata pelusuk negeri.

Program turun padang dan Hari Bertemu Rakyat pada setiap Selasa yang dianjurkan secara terbuka oleh Menteri Besar ternyata berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Hasil pengurusan yang cekap, pertumbuhan sosio-ekonomi negeri Perak semakin rancak sekaligus berjaya mengutip hasil berjumlah RM905 juta pada tahun lalu, berbanding jangkaan awal RM785 juta sahaja.

Lebih hasil disalurkan kepada pembangunan negeri melalui projek pembangunan membaiki jalan dan memasang lampu jalan manakala 8,000 kakitangan awam negeri juga tidak ketinggalan menerima insentif RM500 seorang seperti yang diumumkan Menteri Besar semalam.

Berdasarkan rekod cemerlang BN dalam tempoh empat tahun lalu, rakyat Perak sewajarnya membuat penilaian dengan bijaksana demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Sebagai Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, memaklumkan pihaknya tidak hanya menumpukan kepada kawasan tertentu sahaja sebaliknya memberi tumpuan kepada semua kawasan bagi memastikan kemenangan dalam PRU-13.

Persiapan awal katanya, sudah dilakukan dan senarai calon juga hampir dimuktamadkan dan hanya menunggu lampu hijau daripada PM untuk diumumkan secara rasmi.

PRU-13 ini pastinya menjadi pertandingan sengit kepada BN apabila semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan bertanding di Perak sebagai usaha untuk melonjakkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, beberapa blog tempatan menyebut Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bakal bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur yang dimenangi Lim Kit Siang daripada DAP pada 2008.

Sebelum ini, Pemuda PAS negeri Perak mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut, kerusi yang ditandingi calon MCA.

Mengulas desas-desus Anwar bertanding di Perak, Zambry dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco baru-baru ini, berkata pihaknya tidak gentar untuk berhadapan cabaran itu dan meminta rakyat penilaian sewajarnya terhadap tindakan Ketua Pembangkang itu yang meninggalkan kerusi Permatang Pauh.

“Tidak menghairan saya jika beliau mengambil keputusan bertanding di Perak atau Selangor dan kita sama sekali tidak akan gentar dengan cabaran itu,” katanya.




*sumber dari laman sesawang portal berita negeri Perak.








Nuar-Jubri sah goyang lepas umum calon PKR PRU13


Kedatangan Nuar-Jubri ke Gerik pada lewat malam tadi hanya sekadar nak gempak dan playsafe sahaja. Dalam ucapannya dia kata dia dok lamer kat Perak...5 tahun di MCKK, Kuala Kangsar dan 2 tahun penjara ISA di Kamunting, katanyer ngaper tak boleh bertanding, katanya lagi UMNO Perak risor biler dengar dia nak bertanding kat negeri ini...salah umno lagi !!!

Nuar, ko ni memang kuat konar baring bab bercakap, berucap dan berceramah...belakang pusing punyer, memang kegemaran ko. Ada ke UMNO kisah kat maner ko nak bertanding???...MB Perak Dato Seri Zambry awai-awai nak bagitau, mau langgar sini mari la kita orang tarak "goyang" punyer.

Sampai habis dia berucap tak juga si Nuar ni umumkan kat mana dia nak langgor, nampak sangat lu tersangat ler "GOYANG" nyer. Tak cayer lu orang cuba klik SINI.

Tapi dari ramalan dari mulot seorang sahabat gua mengatakan mungkin kat Padang Rengas atau Lumut. Dia juga meletakkan lebih ramai calon dari partinya untuk bertanding iaitu sebanyak 42 calon dari PKR, 22 dari PAS dan hanya 20 dari DAP.


Antara calon PKR PERAK yang diumumkan :

1. Bgn Serai : Mohd Nor Manuty
2. Gopeng : Lee Boon Chye
3. Lumut : Laksamana Imran
4. Pdg rengas : Dr Hj Meor Ahmad
5. Pasir Salak : Mustafa Kamil Ayob





PKR = Parti Kelentong Rakyat











Sabtu, 30 Mac 2013

Senarai calon bertanding di Perak bagi PRU13 telah disenarai dan dimuktamadkan


Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir, berkata sebagai manusia, sudah menjadi lumrah jika ada pihak yang merajuk sementara jika namanya tidak disenaraikan sebagai calon.

“Merajuk sementara itu perkara biasa…mungkin dia antara dua atau tiga calon yang kita senaraikan berpotensi tetapi bagi ahli yang setia, mereka akan akur asalkan BN membuat keputusan terbaik dan menang pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek Maahad Tahfiz Pulau Pangkor di Kampung Teluk Gedong, dekat Pangkor, hari ini.

Projek yang menelan kos RM8 juta itu dijangka siap pada Ogos 2014.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak turut mendedahkan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang Ketua UMNO Bahagian semalam berhubung penyenaraian calon PRU-13.

Katanya, pemimpin itu menunjukkan sikap yang terpuji kerana menyatakan rasa syukur Alhamdulillah sekiranya dia terpilih sebagai calon PRU-13.

“Dan sekiranya dia tidak terpilih pun, beliau tetap menyatakan syukur Alhamdulillah dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan terbaik.

“Ini adalah contoh seorang pemimpin yang taat dan setia kepada perjuangan BN,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan mana-mana pihak berhak mengemukakan cadangan atau melobi nama calon pilihan mereka di saat-saat akhir tetapi sebaik sahaja nama calon diumumkan oleh Perdana Menteri kelak, maka semua pihak perlu akur dengan keputusan itu.

“Oleh itu, saya berharap mana-mana pihak yang tidak terpilih sebagai calon hendaklah akur dan terima hakikat kerana jawatan wakil rakyat sama ada di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen hanya ada satu bukannya dua.

“Selain itu, kita perlu belajar daripada pengalaman lalu dan jangan sesekali lupa apa yang berlaku dalam pilihan raya 2008 yang menyebabkan kekalahan BN kerana merasakan kita boleh menang tanpa mengira siapa calon yang bertanding ketika itu.

“Namun, saya yakin ahli yang setia tidak akan mengulangi kesilapan sama sebaliknya apabila nama calon diumumkan, maka wajib bagi ahli untuk memberi taat dan setia kepada perjuangan BN,” kata Zambry lagi.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen dan senarai calon, Zambry berkata, kedua-dua perkara itu sudah dimuktamadkan dan bakal diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi BN apabila tiba masanya nanti.

Semua petugas dan jentera BN Perak katanya, sudah bersiap menghadapi PRU-13 dan menyifatkan Perdana Menteri lebih mengetahui waktu dan tarikh terbaik untuk memanggil pilihan raya. Tambahnya, semua pihak boleh membuat jangkaan atau ramalan tetapi beliau mengakui tempoh masa itu semakin hampir.







Rabu, 27 Mac 2013

Nuar nak masuk bertanding di Perak...kita tarak goyang punyer


“Kenapa saya nak gentar…patutnya kena tanya dia (gentar)” – merupakan reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai kemungkinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak pada PRU-13.

Tegasnya istilah gentar langsung tidak ada dalam kamus seorang ahli politik sepertinya dalam menghadapi serangan pembangkang seperti Anwar yang mempunyai agenda politik untuk kepentingan sendiri iaitu mendapat kuasa menjadi Perdana Menteri.

Menurut Menteri Besar beliau langsung tidak hairan jika Anwar benar-benar memilih Perak untuk bertanding kerana itulah sikap sebenar kalangan pemimpin pembangkang yang amat dikenali dengan pemimpin ‘touch n go’.

Katanya rakyat juga perlu bertanya dan mencari jawapan mengapa Anwar memilih bertanding di kawasan lain berbanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

“Cuba tanya dia (Anwar) apa yang dah dibuat untuk rakyat di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di pejabatnya hari ini.

Dr Zambry diminta mengulas mengenai pengumuman yang dibuat Anwar hari ini di Kuala Lumpur yang menyatakan akan bertanding sama ada di Perak ataupun Selangor.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membolehkan sesiapa sahaja bertanding di mana-mana kawasan yang disukainya.

Namun, pendekatan sebegini bukanlah yang terbaik kerana ianya mengesahkan tanggapan bahawa pemimpin pembangkang adalah daripada kategori ‘touch n go’.

Dr Zambry turut memberi satu lagi contoh pemimpin ‘touch n go’ kalangan pembangkang iaitu ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Semalam, Nizar telah mengumumkan untuk bertanding di Changkat Jering sekaligus tidak mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

“Jadi benarnya apa yang kita katakan sebelum ini…dia (Nizar) tak akan berani untuk mempertahankan kerusi Pasir Panjang. Pengundi marah sebab dia tidak pernah bawa isu atau selesaikan masalah kawasan di Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Ditanya sama ada Nizar ‘cabut lari’ atau ‘melarikan diri’, Dr Zambry berkata:-

“Saya tak cakap…anda (media) yang cakap begitu”

Beliau berkata keputusan Nizar untuk tidak mempertahankan DUN Pasir Panjang memang sudah dijangkakan sejak lama dulu.

“Kenapa dia nak bertanding di Changkat Jering, tak perlu saya jawab…anda semua buat penilaian sendiri,” katanya.

Ditanya apa perasaan pengundi dan keadaan sebenar di DUN Pasir Panjang ketika ini, Dr Zambry menjawab:-

“Itu sebab dia tinggalkan (Pasir Panjang)”.



*sumber dari laman sesawang berita portal negeri.







DUN Perak akan bubar selewat 25 April 2013


Kerajaan negeri Perak hanya menunggu arahan kerajaan Persekutuan bagi pembubaran Parlimen untuk membolehkan pilihanraya peringkat negeri Perak diadakan serentak diseluruh negara.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri kini mempunyai masa lebih kurang sebulan sebelum DUN Perak terbubar secara automatik pada 25 April.

Justeru itu, katanya lagi, tidak timbul dari segi masalah hendak bubarkan DUN seperti yang diwar-warkan oleh negeri-negeri pembangkang.

"Yang penting kita akan mengadakan serentak dengan peringkat nasional dan kita hanya menanti waktu apabila pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Terdahulu Dr Zambry menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara kerajaan negeri Perak dan Damai Laut Golf Resort Sdn. Bhd. bagi cadangan pembangunan Sea Villa yang menelan kos kira-kira RM200 juta di Mukim Lumut Daerah Manjung.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Amanjaya bagi perpindahan operasi bas Medan Gopeng ke Terminal Bas Amanjaya, Bandar Meru Raya.



*sumber dari laman sesawang portal negeri.






Zambry melawat tapak pembinaan hotel di Meru Raya


Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Perak melalui anak syarikatnya Perak Corporation Berhad (PCB) akan membuka semula Hotel Casuarina pada pertengahan Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hotel yang mempunyai 150 bilik itu dengan nilai projek RM80 juta dan kini hampir 75 peratus pembinaannya telah disiapkan.

“Hotel ini telah memulakan kerja pembinaan sekitar Disember 2011 lalu dan pada pemerhatian saya semua kerja pembinaan berjalan dengan baik malah kerajaan negeri berharap ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Apabila ia siap kelak, ia akan merancakkan lagi pembangunan yang telah dirancang di Meru Raya dan ini merupakan sebahagian pelan pembangunan dirancang kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di tapak projek hotel berkenaan, semalam.

Zambry menambah, hotel tersebut turut menyediakan sebuah pusat konvensyen dengan kapasiti memuatkan hingga 2,000 tetamu pada satu-satu masa.

“Selain itu juga, ia bakal menawarkan tempat untuk mengadakan seminar, mesyuarat dan apa jua persidangan dengan adanya lapan bilik khas yang mampu dijadikan dua dewan menempatkan 200 hingga 300 orang,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan terus meransang pembangunan di Perak melalui perancangan pelan Perak Aman Jaya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCB, Ibrahim Yaacob berkata, nilai pelaburan pembangunan di sekitar Bandar Meru Raya sejak 2000 mencecah nilai RM2.4 bilion.

“PCB telah memulakan kerja sejak 2000 dan kita jangkakan pada 2020 akan selesai dengan pelaburan mencecah RM5.4 bilion.

“Meru Raya meliputi kawasan seluas 807.2 hektar dan pembangunan ini dilakukan secara berperingkat serta zon-zon yang telah ditetapkan,” katanya.




* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.







Khamis, 14 Mac 2013

PRU13 : DUN Perak bubar sebelum 26 April 2013



Barisan Nasional (BN) Perak sedang menunggu arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberitahu pihaknya  tidak berhasrat memilih tarikh lain untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Sekiranya  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak diumumkan, DUN Perak akan terbubar dengan sendirinya pada 25 April 2013 iaitu tarikh angkat sumpah bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mesyuarat pertama pada 2008,” katanya.
Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya, hari ini.
Mengulas mengenai calon yang bakal dibariskan, Zambry berkata Barisan Nasional (BN) akan menampilkan muka baru yang terdiri dari golongan muda yang berpotensi untuk diketengahkan.
Pemilihan calon baru itu mengambil kira banyak faktor malah beliau turut tidak menolak penampilan calon dari kalangan wanita kerana mereka turut memainkan peranan penting dalam gerakan parti.
“Perkara ini (pemilihan calon) sudah berada di peringkat perbincangan dan kita sedang menantikan apa yang akan ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi BN,” kata beliau.
Ketika menjawab samada kemunculan muka baru bakal memberi kejutan, Menteri Besar berkata semua itu bergantung pada penerimaan rakyat setelah nama calon itu diumumkan kelak.
Beliau turut menegaskan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya terdiri dari calon yang berasal dari negeri Perak sendiri.
“Kita telah belajar dari keadaan politik itu sendiri jadi tidak akan ada calon luar walaubagaimanapun ia bergantung pada situasi untuk melihat kesesuaian calon ditempatkan di kawasan tertentu,” jelasnya.





PRU13 : Senarai terakhir calon Perak dalam perbincangan MB



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak tidak membuat spekulasi tentang calon Barisan Nasional (BN) negeri yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU-13).  

Dr Zambry Abd Kadir


Katanya, senarai calon BN yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) kini diperingkat terakhir.
Beliau juga mengesahkan bahawa perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan dari semasa ke semasa bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.
Dr Zambry berkata, UMNO dan BN Perak akan melakukan perubahan dari segi penyenaraian  calon-calon yang dikategorikan calon muda.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan calon-calon yang berusia akan turut dipertimbangkan.
Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Perak juga enggan mengulas mengenai anggota Exco Dato’ Ramly Zahari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar digugurkan bagi diberi laluan kepada calon muda.
Menurut beliau, mana-mana calon yang berusia tidak semestinya digugurkan dan semua ini  bergantung kepada Perdana Menteri,  pernilaian dan sokongan rakyat.
"Kalau rakyat mahukan mereka kita akan pertimbangkan kerana yang penting kerana rakyat mahukan wakil rakyat yang mewakili mereka,’’ katanya kepada pemberi di Program Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan Serbaguna Bangunan SUK, Ipoh hari ini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...