Selasa, 24 April 2012

Daerah Kinta, Negeri Perak

Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.

Kecemerlangan daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya Lembah Kinta.

Penglibatan dalam industri bijih telah menjadi batu loncatan Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai rakyat Perak berhijrah.

Dibawah daerah Kinta terbahagi kepada 2 majlis pentadbiran iaitu Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Kinta Barat. Dahulunya adalah termasuk Majlis Daerah Kinta Selatan namun ianya telah diasingkan serta dinaiktaraf kepada sebuah daerah yang baru iaitu daerah yang ke 10 dalam negeri Perak yang dipanggil daerah Kampar.

Pentadbiran daerah Kinta mempunyai LIMA Mukim iaitu:
1) Blanja
2) Sungai Raia
3) Sungai Terap
4) Tanjung Tualang
5) Ulu Kinta (Chemor, Lahat, Tanjung Rambutan)

KELUASAN MUKIM :
1) Blanja - 11,137 (111.37) Ha / (Km2)
2) Sungai Raia - 28,749 (287.49) Ha / (Km2)
3) Sungai Terap - 9,842 (98.42) Ha / (Km2)
4) Tanjung Tualang - 13,986 (139.86) Ha / (Km2)
5) Ulu Kinta - 53,613 (536.13) Ha / (Km2)

Pegawai Daerah Kinta : Y.Bhg. Dato’ Haji Jamry bin Haji Sury
DPMP., PMP., AMP.

Orang Besar Jajahan Kinta : Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato Dr. Abdullah Fadzil Bin Che Wan; D.P.C.M., P.C.M., J.P.

Antara ADUN-ADUN dalam daerah Kinta :
Y.B Dato' Hee Yit Foong -(Bebas/Jelapang)
Y.B. Dato' Hamidah binti Osman-( Barisan Nasional/
Sungai Rapat)
Y.B.Dato' Haji Nadzri
bin Ismail- (Barisan Nasional/
Manjoi)
Y.B.Dato' Rusnah binti Kassim- (Barisan Nasional/
Hulu Kinta)
Y.B. Encik Su
Keong Siong - (DAP/Pasir Pinji)
Y.B. Encik Wong Kah Woh - (DAP/Canning)
Y.B. Encik Ong Boon Piow - (DAP/Tebing Tinggi)
Y.B. Encik Sum Cheok Leng - (DAP/Bercham)
Y.B. Encik Loke Chee Yan - (DAP/Kepayang)
Y.B. Encik Sivasubramaniam a/l
Athinarayanan - (DAP/Buntong)
Y.B. Puan Lim Pek Har - (DAP/Menglembu)
Y.B. Encik Chan Ming Kai - (PKR/Simpang Pulai)

KM : Jumlah ADUN PR adalah lebih banyak daripada ADUN BN dibawah kawasan daerah Kinta.
* wahai bangsa ku yang bermastautin di dalam daerah Kinta, lu orang pikir lah sendiri !!!

3 ulasan:

  1. Mari lah kita beramai ramai menikam Dap.... Hahaha....

    BalasPadam
  2. Dlm daerah Kinta memang ada byk DAP ni...jenuh nikam nyer pakai byk modal hehehe

    BalasPadam