Ahad, 13 Mei 2012

Sejarah 13 Mei

Hari ini 13 Mei 2012, sempena memperingati ulangtahun peristiwa berdarah mari kita baca tentang sejarah 13 Mei 1969 yang menjadi suatu titik hitam yang tak mungkin dapat dilupakan oleh orang-orang Melayu. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan menjadi rekod rusuhan perkauman yang paling teruk dalam sejarah negara Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah membangkitkan isu perkauman di kalangan rakyat.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat pembangkang. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh lebih kerusi dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan yang dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi sekitar Kuala Lumpur terutama kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada bermulanya kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party (DAP) dan Gerakan memulakan perarakan kemenangan di merata jalan-jalan di Kuala Lumpur. Perarakan tersebut sengaja melalui kawasan Melayu Kampung Baru untuk memaki dan menyorak penduduk di situ. Orang Cina yang menunjuk perasaan itu membawa penyapu sebagai simbol menyapu menghalau keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tenggelamnya kapal Perikatan. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.

Pembangkang meraikan kemenangan dengan mengadakan perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Di sinilah tempat yang diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, yang juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor
telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang meluap-luap setelah diperangatkan oleh perarakan orang Cina menaikkan darah orang Melayu.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Namun disebabkan kemarahan yang meluap-luap mereka yang berkumpul dengan membawa senjata pedang dan parang panjang terus mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi. Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Ramai orang Cina yang terbunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik diarah membantu Kampung Baru begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal kepada hanya orang Melayu sahaja dan diceritakan yang memakainya menjadi kebal.
Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Banyak versi dokumentasi menceritakan tentang sejarah 13 Mei tetapi banyak yang memanipulasikan cerita terutama dari pihak pembangkang yang menukar cerita supaya mengatakan punca terjadi adalah sebab hal politik dalaman UMNO.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik ini mungkin tidak tepat kerana mungkin banyak mayat yang tidak dapat dijumpai.
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.Pada jam 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.

12 ulasan:

  1. Saudara mahu meniup api perkaumannke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepada 'Tanpa Nama' yang mengulas pada 13 Mei 2012 jam 8:24 ptg.

      Soalan itu lebih baik awak ajukan kepada para-cybertroopers Red Bean anjuran puak Rascist-Chauvinist Cina Kiasu DAP..! OK..!?

      Dan.., kisah-kisah ngeri di atas itu ada baiknya juga.., demi mengingatkan jenis Melayu yang Mudah Lupa..!! Sebab.., bangsa Cina adalah jenis kaum yang tak mudah lupa..!! Ada paham..!?

      Padam
  2. Cuma cerita sejarah dulu sebagai pengetahuan...apa maksud TN?

    BalasPadam
  3. Kene cerita supaya pukimak dari PAS tau dengan sapa deme berkawan ... Lim Kit Siang antara yang menghina melayu pada 13 mei

    BalasPadam
  4. Rasanya fakta perlu diketahui supaya cina bangsat ni tahu siapa mereka.... Jangan kita nak jilat bontot cina sahaja.... Mereka selama ni jangan kita tak tahu...mereka berani hina kita dalam bahasa dan tulisan mereka... Hina melayu, hina islam, hina raja... Mereka perlu tahu apa itu 13 mei.... Sejarah hitam bangsa mereka hilang nyawa dan kepala kerana hina kita....

    BalasPadam
  5. Kesal masih ada melayu yg mengganggotai dap bangsat ni

    BalasPadam
  6. Bukan meniup api perkauman, hanya sekadar ingatan sahaja, peristiwa ini tidak mustahil berlaku semula sekiranya bangsa Melayu, asyik nak bercakaran antara sesama sendiri, sedang bangsa lain bertepuk tangan, kerana tengok tengok bangsa melayu bergaduh sesama sendiri. Bila dah berlaku, mustahil akan pulih seperti sediakala. Sifat manusia semulajadi manusia yang penuh dengan dendam kesumat, peraturan dan undang-undang mungkin dilanggar asalkan dendam kesumat dihati dicapai. Ingatlah-ingatlah. jangan bergaduh sesama kita. Bersatu memahami perasaan antara satu sama lain.

    BalasPadam
  7. Besan saya seorang muallaf Cina bermakna menantu saya juga berturunan Cina.Abang saya berkahwin
    dgn wanita berketurunan Cina menjadikan beliau kakak ipar saya.Saya tidak boleh bersikap perkauman dlm hal ini.

    BalasPadam
  8. Melayu adalah seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu.
    Seseorang yang memenuhi 3 kriteria diatas boleh dianggap Melayu dan keturunan selepasnya

    BalasPadam
  9. Saya tak benci orang china. Saya belajar bahasa Mandarin dan mengagumi bangsa dan budaya cina. Tapi saya tak boleh kompromi bila bangsa saya di tuduh rasis hanya kerana mempertahankan hak kami yang termaktub dalam pelembagaan. Orang Cina dan melayu sekarang yang telah lupa sejarah..itu yang saya tak suka

    BalasPadam
  10. tidak aepatutny terjadi rusuhan perkauman masa sekarang..negara kita dah semakin aman n maju..kita bercampur dengan kaum cina dan india..kita patutny risau musuh dari luar malaysia..bukan kita di dalam negara bergaduh sesama sendri..kt patutny mengelak dari terhasut dengan kata2 untuk mewujudkn isu perkauman..

    BalasPadam
  11. Skrg kita blh lihat siapa yg mnjadi batu api. Itu pn ada lg melayu yg buta. Dh brsekutu plk tu. hadoyaiii...

    BalasPadam