Jumaat, 8 Jun 2012

DAP pertikai plet kereta rasmi kerajaan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran 'WWW 15' secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata Liow juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.
  
Solah berkata JPJ menerima permohonan untuk mendapatkan nombor 'WWW 15' daripada Liow untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran 'WWW' dibuka untuk bidaan.
  
Katanya Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri 'WWW' seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran itu ditawarkan kepada Liow dengan harga tertinggi iaitu RM24,200.
  
Beliau berkata JPJ juga memaparkan nama pembida berjaya kepada umum selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.
  
"Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan," katanya. 





Sementara itu, DAP Cawangan Taman Segambut mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan memberikan maklum balas berhubung nombor pendaftaran WWW 15 milik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Leow Tiong Lai yang didakwa diberikan secara percuma.

Pengerusi Cawanganya, Hoo Keh Yew berkata, menteri itu melalui kenyataan di sebuah akhbar pernah mendakwa bahawa nombor pendaftaran itu diberikan secara percuma kepadanya. “Banyak kekeliruan timbul, tapi bila kami datang sendiri ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan hari ini (semalam), jelas pada papan tanda besar itu terdapat nama menteri itu bersama nilai deposit tender yang dibayar,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut Keh Yew, menteri itu sebelum dilihat memberi kenyataan tidak konsisten di media berhubung pembelian nombor pendaftaran WWW 15 bernilai RM24,200 untuk kenderaan rasminya. “Jika benar nombor itu percuma, siapa  yang mohon harga tender RM24,200 itu dikecualikan dan sekiranya dibayar siapakah yang telah membayar deposit,” katanya.



konon nak tembak tapi tak kena...DAP


Katanya lagi, satu surat rasmi diberikan kepada JPJ Wilayah Persekutuan semalam dan diberi tempoh selama 48 jam untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan jika gagal laporan akan dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).





Takkan lah JPJ ni bodoh sangat nak bagi percuma jer nombor plet istimewa itu, mestilah dah ada sebab dan dokumen yang munasabah telah dipersetujui. Plet tu bukan untuk kereta persendirian tetapi untuk kereta rasmi, apa la dah takde isu ke? Lain kali semak dan selidik la dulu betul-betul, jangan la jadi macam Niza Meroyan membuta-tuli hentam orang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan