Rabu, 20 Jun 2012

Nak tahu tarikh PRU13 ???

Saban hari bila kita bertemu dan berbual dengan masyarakat, ini adalah antara soalan yang begitu popular ditanya iaitu 'bila pilihanraya?'. Ramai yang menduga tarikh pilihanraya, bermacam-macam angka yang disebut, itu mungkin tak sabar kut nak memangkah, nak tenyeh...dah geram mungkin marahkan pemimpin yang ada sekarang di kawasan masing-masing atau bersemangat untuk memastikan kemenangan parti pilihan masing-masing.

Sesiapa sahaja boleh meramalkan bila tarikh pilihan raya, tetapi kuasa mutlak menentukannya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, tarikh pilihan raya tidak penting tetapi persediaan untuk menghadapinya adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan
kemenangan.

“Parti komponen BN perlu melihat cabaran besar yang perlu diatasi iaitu ‘mood’ pengundi kerana ia menjadi perkara penting dan ukuran tepat terhadap bilangan sokongan, yang tidak menyokong dan atas pagar terhadap BN.

“Calon boleh menang yang dipilih untuk mewakili parti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen perlu diyakini mempunyai penyokong,” katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa PRU13 akan diadakan selepas Aidilfitri kerana sebelum ini mereka menjangkakan ia diadakan pada Jun, tetapi ia tidak benar.

Sekiranya pada Mac 2013, ia juga melepasi ibadat puasa dan haji melibatkan umat Islam dan bencana alam seperti banjir yang sering berlaku di negeri Pantai Timur.

3 ulasan:

  1. Blog saudara semakin menarik dan cantik. Tahniah.

    BalasPadam
  2. Caya la bro. Semakin maju nampak! Dah dapat payment la ni... Banyak mengampu umno baru boleh maju...

    BalasPadam
  3. Hehehe... Terima kasih kerana follow blog Kinta Menjerit ini, siapalah saya sampai hebatnya kena dibayar pulak

    BalasPadam