Isnin, 4 Jun 2012

PAS hanya boneka DAP di Perak...Sivakumar

IPOH – DAP tidak pernah mengawal apa lagi menekan Pas dalam menentukan hala tuju dan matlamat parti berkenaan.

Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berkata, meskipun perjuangan Pas dan DAP berbeza, DAP masih menyanjung tinggi Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Menurutnya, isu DAP menjadi punca kecelaruan Pas dalam perjuangannya sama sekali tidak timbul.

“Dasar Pas jelas memperjuangkan Islam, DAP pula membawa negara sekular.

Namun dalam hal ini, kita tidak sesekali bertindak di luar batasan untuk mencemari Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Sejak dahulu lagi, DAP tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan apabila isu ini seolah-olah dibangkitkan, kita anggap ia hanya satu taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengelirukan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Sivakumar berkata, pihaknya kagum dengan keyakinan Pas dalam mendepani pilihan raya umum akan datang.

“Memang Pas mempunyai peluang baik untuk menakluki beberapa negeri pada pilihan raya akan datang dan sebagai parti gabungan, kita juga sudah sedia membantu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam usaha mencapai kematangan berpolitik, ahli politik di negara ini tidak harus mengamalkan politik perkauman.

Menurut beliau, sekiranya dasar politik perkauman terus dijadikan sandaran, tidak mustahil proses menyatupadukan rakyat berbilang kaum akan tergendala.

“Jika kita teruskan dengan politik perkauman, ini akan membawa impak positif kepada seluruh rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan.

“Kenapa kita tidak boleh mencapai tahap kematangan politik di mana orang Melayu boleh memperjuangkan keadilan untuk komuniti Cina, pemimpin Cina mempertahankan kebajikan untuk masyarakat India, begitu juga sebaliknya.

“Saya kira, jika setiap pemimpin berusaha untuk menegakkan kepimpinan politik yang matang, tidak akan timbul soal kepentingan bangsa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, dalam agenda pembangunan negara, perjuangan atas nama bangsa hanya akan melahirkan generasi yang berpuak-puak.

Berbeza dengan PR katanya, matlamat BN yang ditunjangi Umno, MCA dan MIC dilihat masih belum mampu menghakis politik perkauman meskipun selepas 1Malaysia diperkenalkan.

“Setiap hari isu perkauman ditimbulkan BN melalui ceramah politik dan media arus perdana, ini menunjukkan konsep 1Malaysia gagal dicapai dan direalisasikan,” katanya.


* dipetik dari laman sesawang akhbar tempatan.

Komen Kinta Menjerit :
Dalam kenyataan Sivakumar tidak menafikan pula tentang kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahukan pemimpin tertinggi negara Malaysia ini diberikan kepada bukan Melayu. Tidakkah dia ingat kata-kata Karpal, " LANGKAH MAYAT SAYA DAHULU JIKA NAK DIRIKAN NEGARA ISLAM"

Semasa Nizar menjadi Menteri Besar Perak dahulu, beliau sendiri pernah mengaku dari mulutnya sendiri (semasa jumpa dalam bilik rasmi MB) bahawa beliau tiada kuasa penuh dalam membuat sebarang keputusan, perlu dirujuk dahulu kepada Exco-exco DAP.

Kesian Sivakumar terpaksa buat kenyataan seperti ini bagi pihak DAP kononnya nak memujuk PAS mungkin gamaknya bila tengok dah teruk Niza meroyan nyer dalam berkempen, terjah ceramah orang dan melalak tak tentu hala sampai Sultan Johor pun nak diderhakanya.


ISLAM IS FOR ALL
ISLAM NOT FOR PAS ONLY

MELAYU = ISLAM
DAP ANTI MELAYU

2 ulasan:

  1. Meloyakan bila baca komen kinta menjerit

    BalasPadam
  2. Ni dari puak PR sendiri yang cakap....fakta!
    Cepat cari basin kalor udah nak muntah

    BalasPadam