Ahad, 10 Jun 2012

WWW1 untuk Satria Neo, Niza NgarNgeh

Nampaknya Niza Meroyan akan terngahnger mulotnya besor-besor apabila Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor Darul Takzim telah mula menggunakan nombor pendaftaran kereta yang dimenangi baginda dalam bidaan JPJ baru-baru ini.

Kereta Proton Satria Neo milik Sultan Negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim


Bidaan tertinggi bernilai RM520,000 untuk nombor istimewa 'WWW1' itu dicetus kontroversi oleh Niza Meroyan mengutuk dan memperlekehkan Sultan Johor atas sebab kononnya baginda menggunakan wang rakyat untuk membazir. Dengan semangat patriotik baginda Sultan Johor menggunakan plat itu untuk kereta buatan Malaysia iaitu Proton Satria Neo yang berwarna oren itu sungguhpun baginda mempunyai beberapa koleksi kereta mewah yang lain sekaligus ini melenyapkan isu yang cuba dipolitikkan oleh Niza Meroyan.

Sedangkan rakyat Johor tahu bahawa elaun yang diterima Sultan dan Tunku Mahkota tidak diambil dan dibelanjakan oleh baginda sekeluarga untuk kegunaan peribadi. Sementara itu Tengku Mahkota Johor menempelak Niza Meroyan berikutan kenyataannya dalam twitternya. Baginda TMJ juga bertitah bahawa baginda sendiri juga tidak pernah menggunakan sesen pun duit elaun kerajaan semenjak baginda masih Raja Muda. Baginda menganggap itu adalah hak rakyat dan wang itu di salurkan masuk ke Yayasan Ibrahim dan Yayasan Iskandar. Baginda TMJ juga sangat murka dan memberi amaran kepada Niza Meroyan supaya menyelidik terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

dari twitter TMJ


Berikutan mulut busok dan celupor Niza telah disoal-siasat di IPD Ipoh oleh pegawai penyiasat dari Johor. Sebanyak 28 soalan telah ditanya kepadanya dan sekarang masih menunggu hasil siasatan serta kenyataan dari polis. Pemuda PAS Perak pulak mengeluarkan kenyataan dan membuat lapuran polis ekoran dari peristiwa ini. Mereka berpendapat akhbar Kosmo pulak yang salah kononnya mempengaruhi Niza supaya Meroyan, ada ke pulak camtu jadinya...tapi yang pelik kenapa PAS Johor taknak back-up Niza, LU SENDIRI MAU INGAT LAH NIZA !!!

2 ulasan:

  1. Nak mintak gelaran datok ke.

    BalasPadam
  2. Teman anak jati kelahiran negeri Perak dan setia mempertahankan kesultanan raja Melayu

    BalasPadam