Ahad, 22 Julai 2012
Berbuka Puasa bersama YB Keshvinder
Pada 22hb. Julai 2012, Ahad suatu majlis berbuka puasa telah diadakan di Hotel Grand Kampar yang terletak di Bandar Baru Kampar. Majlis yang bertajuk 'Majlis Sekapur Sireh YB Keshvinder bersama Rakan-rakan Cyber Jamuan Mesra Berbuka Puasa 2012'. Acara yang bermula pada jam 7:00 petang itu dimulai dengan pendaftaran hadirin, menyambut ketibaan VVIP dan bacaan doa.
Sungguhpun majlis ini dianjurkan oleh orang bukan Islam tetapi mereka menghormati dengan memasukkan slot waktu sembahyang dan keutamaan kepada waktu berbuka.
Ucapan-ucapan dari VVIP diberikan oleh YB Keshvinder Singh Dhillon sendiri yang juga ADUN Malim Nawar, Dato Dr Jasvinder Singh Dhillon, Pengerusi PPIS yang juga doktor pakar mata di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Encik M.A. Samy Raju dari Yayasan Sakti Malaysia dan Puan V. Shanti iaitu Ketua Wanita YBK.
Majlis yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk rakan-rakan Facebook, NGO-NGO, wakil-wakil BN dari serata Malaysia juga terdiri daripada berbilang kaum dari bangsa India, Sikh, Cina dan Melayu.
Dalam ucapan YB Keshvinder menekankan tentang kerjasama dan sokongan terhadap Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang (PRU13).
Kinta Menjerit yang dijemput sebagai rakan Facebook mengucapkan terima kasih atas undangan makan berbuka puasa itu. Diharap selepas ini YB dapat menjemput kumpulan Perak Cyber Trooper (PCT) supaya dapat bekerjasama dalam apa-apa jua aktiviti yang berkaitan terutama aktiviti siber dalam negeri Perak Darul Ridzuan. PCT bukan sahaja terdiri pengamal atau pengguna Facebook tetapi juga terdiri daripada Blogger, Twitter dan lain-lain.
Tiada yang Tertinggal, Tiada yang Terpinggir.
" Rakyat Didahulukan"
Gud job Kinta
BalasPadam