Selasa, 24 Julai 2012
Olimpik 2012 di London
Datuk Bandar London, Boris Johnson menegaskan bandar itu sudah bersedia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012 dengan perasaan gemuruh semakin dirasai menjelang temasya terbesar di dunia itu.
Johnson berkata, tekanan yang dirasakan oleh Britain itu satu senario biasa sebelum upacara pembukaan dilangsungkan Jumaat ini di Olympic Park dekat Stratford, timur London.
Katanya, venue dan juga sistem pengangkutan yang disediakan selamat untuk digunakan meskipun terdapat kebimbangan di Britain tentang masalah perjalanan dan tahap keselamatan.
"Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge kini berada di London dan dia berpendapat bandar ini telah membuat persediaan rapi seperti mana bandar-bandar lain dalam sejarah temasya tersebut.
"Setakat ini sistem trafik dan rangkaian pengangkutan secara umumnya berjalan dengan baik.
"Mungkin apa yang kami lalui ini sebagai sebuah negara dan bandar, ia merupakan sesuatu yang perlu, terutamanya dari segi psikologi apabila kita berasa tertekan sebelum keseronokan bermula Jumaat ini apabila tirai temasya dibuka," kata Johnson.
Menurutnya, Olimpik bakal memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi ibu negara itu setelah kemelesetan melanda Britain.
Bekas Perdana Menteri, Tony Blair yang bertanggungjawab sewaktu London memenangi hak tuan rumah Sukan Olimpik pada 2005, menyokong terhadap pandangan bahawa temasya itu akan dapat membantu mempromosi Britain di mata dunia.
"Ini merupakan acara sukan bertaraf global.
"Alasan mengapa seseorang itu sanggup bermati-matian untuk memenangi temasya tersebut kerana ia dilakukan untuk negara mereka," katanya kepada televisyen Sky News.
Dapat berbuka ngan awek ni, mesti best punyer..
BalasPadamJangan lar ni gadis i...lgpun dia takde sini
BalasPadamPune ler..
BalasPadam