Sabtu, 25 Ogos 2012
Mat Rempit mengganas di Ipoh !!!
Gejala mat rempit makin menjadi-jadi di bandaraya Ipoh. Mereka akan beroperasi biasanya pada malam hari Jumaat dan Sabtu (malam minggu). Kumpulan mat motor dari seluruh pelusuk negeri Perak akan berkumpul pada awal malam, mereka akan bergerak keliling bandar dan jumlah mereka akan bertambah besar sehingga boleh mencecah lebih seribu buah motor.
Modus operandi mereka ini ialah mereka akan bergerak di sekitar bandar dan mencari lokasi yang sesuai untuk dijadikan litar lumba haram. Kebiasaannya simpang jalan besar dilampu isyarat dijadikan pusat lumba. Simpang tersebut akan dipenuhi dengan motor mat rempit sehingga kenderaan lain takut untuk lalu dijalan itu.
Kebanyakan mat rempit yang berada disitu hanya sebagai penonton, yang betul-betul berlumba haram cuma 3 ke 5 buah motor sahaja. Dengan gaya yang merbahaya tanpa menghiraukan keselamatan sendiri dan orang lain mereka memecut motor kapchai dengan bunyi eksos yang bingit.
Pihak berkuasa tidak dihiraukan mereka, apabila polis sampai mereka terus melarikan diri di segala ceruk lubang yang mereka boleh celus. Gejala haram ini berlaku lebih kurang setiap minggu kecuali jika malam minggu itu hujan turun.
Nampaknya pihak kerajaan, kementerian yang berkaitan dan NGO belia terutamanya perlu memikirkan dan mengambil langkah yang bijak dan bersesuaian untuk membendung gejala haram ini.
Mat Rempit...spesis tak takut mati...mana2 negeri ada je mat rempit ni,menyusahkan pengguna jalanraya yang lain
BalasPadamSyabas bro kerana keluarkan cerita yang macam ni.... Di kepayang banyak mat rempit...
BalasPadamLu jangan kutuk kepayang bro. Wa pun mat tempit jugak. Skarang wa dah pakai keter. Tapi hati wa masih berjiwa rempit.
BalasPadamJangan gado gado. Kita sesama batak tak boleh gado...
BalasPadamWahai peja anakku kenapa pecah rahsia yang kita ni kaum batak. Malu la daddy...
BalasPadamMalunya aku jadi ketua bahagian batak
BalasPadamDato nyah jangan le kutuk batak. Dato pun sama je tingginya ngan batak.
BalasPadamSudah tu. Jangan kutuk dato pendek ni. Dato pendek ni bos aku tau.
BalasPadamIpoh barat adalah bahagian yang betul betul 1malaysia.
BalasPadamAda yang pendek, ada yang gemok (putra) ada yang tinggi macho ( saya ) ada mulut beret (abasha) ada boyan, ada banjar, ada batak, ada rawa ( budak gemok perkasa) ada 4b, ada perkasa..... Bla bla bla bla...
Kenapa tok gani tak sebut isfarina. Tok ada skandal ngan dia ke? Mentang mentang sama tinggi kurus, dato back up dia pula.
BalasPadamSaya selaku ketua oenerangan bahagian ipoh barat mahu menerangkan ipoh barat adalah umno yang terhebat, lebih hebat dari semua bahagian dalam malaysia. Walaupun saya gagap tapi saya diberi peluang untuk menjadi ketua penerangan. Setiap oku mampu mendapat tempat di ipoh barat....
BalasPadamMereka kat atas tu boleh dikategorikan sebagai oku tapi mana ada cacat.
BalasPadamBossss... Bos pun oku juga sebab tak pernah daftar pengundi. Boss tak leh mengundi kira cacat la juga.
BalasPadamPatut la kalah bertanding ngan aku. Tak mengundi rupanya.
BalasPadamKalau bukan group aku undii mana boleh kamu menang. Aku yang buat kamu menang la gemok.
BalasPadamKamu ingat kamu tu kurus ke, gemok. Aku pecat kamu kang. Ari tu menangis nangis nak jawatan.
BalasPadamBaik boss.
BalasPadamKan saya dah kata. Ipoh barat ni di penuhi dengan OKU.
BalasPadamKepada pembaca yang budiman, harap dapat menulis komen yang bernas dan berkaitan dengan artikel...KINTA MENJERIT tidak akan bertanggungjawab atas segala komen dari pembaca, harap maklum
BalasPadam. . .
BalasPadamGambar-gambar di atas adalah di persimpangan Jalan Pasir Puteh-Jalan Pegoh Ipoh yang kini menjadi medan perlumbaan haram oleh mat rempit hampir setiap malam jumaat dan sabtu mulai sekitar jam 1 pagi hingga 4 pagi. Kegiatan mereka telah berlarutan sejak beberapa bulan lepas. Mereka bebas berbuat demikian kerana pihak berkuasa entah hilang ke mana dan ibubapa mereka tak kisah. Saya tidak bimbang kalau mereka langgar dan mati ataupun patah-patah tulang mereka tetapi apa yang membimbangkan adalah apabila orang awam lain yang guna jalan itu terlibat angkara mat rempit itu. Kini Ipoh menjadi surga mat rempit. Orang ramai yang tinggal di kawasan terlibat sentiasa bimbang kerana sikap samsing mat rempit itu. Pada masa mat rempit berada di kawasan itu langsung tiada pihak berwajip kelihatan. Mat rempit tersebut bagaikan above the law.Orang ramai yang tinggal di kawasan itu tidak dapat tidur akibat bunyi bising dari enjin motor yang kuat dan ada yang berbunyi berletup-letup bagaikan bunyi mariam buluh.Adalah menjadi harapan saya pihak berwajip yang tidur nyenyak akan terjaga dan berbuat sesuatu sebelum keadaan menjadi semakin teruk dan tidak terkawal.
BalasPadam