Jumaat, 7 September 2012

MAAP membantah tindakan khianat Jalur Gemilang dan pijak gambar pemimpin


Hari ini 7hb September 2012 selepas solat Jumaat, satu NGO dari gabungan ayahanda-ayahanda dari seluruh negeri Perak Darul Ridzuan telah membuat lapuran polis atas tindakan segelintir pihak yang mengibarkan bendera yang bukan bendera rasmi negara Malaysia semasa hari merdeka dan juga memijak gambar Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak serta menghina dengan melondehkan seluar dan menunjukkan punggong ke arah gambar itu. Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh oleh Pengerusi MAAP iaitu Ayahanda Long Raqi bersama-sama jawatankuasa yang lain serta dihadiri juga oleh wakil-wakil dari seluruh daerah negeri Perak.

Perbuatan khianat ini dan cubaan untuk menukar bendera rasmi Negara Malaysia iaitu Jalur Gemilang adalah juga tindakan cubaan untuk mengubah Perlembagaan Negara Malaysia di jalanan dan secara haram. Perbuatan ini seolah-olah juga telah menghina dan menidakkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita dimana pemimpin negara kita dipilih secara demokrasi.

Kejadian ini juga banyak telah tersebar dalam media cetak, media elektronik dan laman internet di seluruh negara. Ianya berlaku pada hari Khamis di malam sambutan Hari Merdeka pada 30hb Ogos 2012 yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan yang dipercayai didalangi oleh pihak parti pembangkang disebut sebagai Perhimpunan Janji Demokrasi ini telah membawa dan mengibarkan bendera yang berwarna putih dan merah tetapi jelas bukan bendera Jalur Gemilang.

Membantah keras atas tindakan penghinaan dan khianat itu, maka MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA NEGERI PERAK ( MAAP ) menggesa pihak berkuasa terutama Polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas. MAAP amat tidak bersetuju dan menempelak tindakan khianat dan hina ini serta cubaan meracun dan untuk mempengaruhi rakyat negara ini supaya benci kepada pemimpin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan