Selasa, 18 September 2012

Payu dara Kate, asli atau palsu?


Keluarga diraja Britain semalam memfailkan tuduhan jenayah terhadap sebuah majalah gosip Perancis yang menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine.

Majalah itu, Closer, Jumaat lalu menyiarkan gambar kabur menunjukkan Catherine berjemur dengan hanya berseluar bikini dalam edisi khas dengan tajuk muka depan “Ratu berbogel.” Pejabat pendakwa raya di Nantererre, pinggir Paris mengaku menerima aduan itu.


Pasangan diraja berkenaan berharap untuk memperoleh pampasan berhubung gambar terbabit yang dirakam ketika William dan Catherine bercuti di Perancis.

Pasangan itu mahu gantirugi atas kesalahan melanggar undang-undang privasi Perancis daripada majalah berkenaan dan jurugambar terbabit yang identitinya belum didedahkan.


Mereka juga berusaha mendapatkan injunksi bagi menghalang Closer menjual semula gambar berkenaan.


Closer dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Permohonan injunksi itu yang akan memaksa majalah berkenaan menarik balik edisi Jumaat lalu serta melarangnya menyambung penjualan, akan ditimbangkan dalam satu perbicaraan tergempar awal pagi ini (waktu Malaysia).


William berang dengan penyiaran gambar itu yang mendorong perbandingan dengan nasib ibunya, Diana, yang mati dalam kemalangan kereta pada 1997 ketika dikejar paparazi di Paris.

Tiada akhbar atau majalah di Britain yang mengumumkan rancangan untuk menyiarkannya.


Bagaimanapun, tindakan undang-undang itu gagal menghalang majalah di Ireland dan Itali daripada berbuat demikian.


Sebuah majalah di Dublin bertindak menyiarkannya Sabtu lalu sementara, Chi, yang juga dimiliki Kumpulan Mondadori milik Berlusconi, berbuat demikian semalam.


Dalam edisi khasnya semalam, Chi menyiarkan gambar itu bersama-sama dengan beberapa artikel, termasuk yang berjudul, ‘Payu dara Kate, asli atau palsu?’.


1 ulasan: