Khamis, 11 Oktober 2012

Ada ka patut!!!...suruh MB Zambry buat kerja pasang atap






Empat belas penduduk Kampung Batu Masjid, dalam kawasan DUN Air Kuning lega apabila beban mereka selama ini untuk mendapatkan bantuan membaiki atap bocor akhirnya dipenuhi kerajaan.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) menyalurkan bantuan RM50,000 untuk program tersebut

Kegembiraan jelas terbayang di wajah penerima bantuan apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir turun padang menyertai gotong-royong bersama penduduk, mengganti atap rumah yang bocor dengan atap zink yang baru.

``Terima kasih Dr Zambry kerana membantu menyelesaikan masalah kami selama ini untuk mendapatkan bantuan membaiki atap rumah yang sudah bocor,’’ kata pengawal keselamatan, Nazeri Zakaria, 43.

Nazeri yang dulunya bekerja kampung dengan mengambil upah menoreh getah di kebun orang tidak mampu mendapatkan perbelanjaan untuk membaiki keseluruhan atap rumahnya yang sudah reput dan bocor.

Katanya, dengan pendapatan tidak seberapa untuk menanggung isteri dan empat orang anak yang masih bersekolah, beliau tidak mampu untuk menyediakan wang bagi membaiki keseluruhan atap rumahnya yang sudah mereput dan bocor.

Bagaimanapun, katanya, setelah masalahnya dibawa ke pengetahuan ketua kampung seterusnya kepada ADUN Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan, beliau disenaraikan antara 14 peserta yang layak untuk menerima bantuan baikpulih rumah dari kerajaan negeri melalui YBU.

``Syukur hajat mak cik selama ini untuk mendapatkan bantuan membaiki atap zink yang sudah rebut dan bocor tertunai juga akhirnya,’’ kata ibu tunggal, Fatimah Mat Ghani, 67.

Fatimah yang berniaga makanan secara kecil-kecilan di kampung berkenaan berkata, dia tidak mampu menyediakan wang yang secukupnya untuk membaiki keseluruhan bumbung atap rumahnya yang telah bocor sejak sekian lama memandangkan dirinya seorang ibu tunggal.

``Mak cik kini merasa amat lega dan tidak perlu bimbang lagi kerana atap rumah mak cik sudah diganti dengan atap baru,’’ katanya yang tinggal bersama dua cucunya.

Sementara itu Samsudin berkata, pemberian atap zink baru ini jelas membukti keprihatinan pucuk kepimpinan negeri dalam membantu rakyat miskin yang kurang berkemampuan untuk membaikpulih rumah mereka.

Katanya, menerusi bantuan YBU, setiap peserta menerima antara RM2,000 hingga RM5,000, bergantung kepada kerosakan rumah masing-masing.

Beliau berkata, mengikut perancangan awal, sekiranya khidmat kontraktor digunakan, peruntukan tersebut hanya layak untuk tujuh penerima sahaja.

Bagaimanapun, katanya, setelah berbincang, mereka bersetuju melaksanakan kerja-kerja baikpulih itu secara gotong-royong.

“Hasilnya, bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga jumlah penerima bantuan bertambah menjadi 14 orang,” tambahnya.



3 ulasan:

  1. aik. aku punya tempat, ko yg buat artikel? Pantas....

    BalasPadam
  2. Gua coverage satu negeri Perak
    Dimana ada Zambry disitu ada gua
    Hehehe

    BalasPadam
  3. Adakah korang pernah nampak puak pembangkang turun padang nak bantu rakyat mcm MB Perak nie buat...

    BalasPadam