Ahad, 21 Oktober 2012

Aksi LUCAH Alvin & Vivian, upahan DAPing kot...




Malaysia akan menyerahkan kepada Singapura untuk menguruskan isu ‘blog erotik dan lucah’ buat masa ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, beliau berkata kementeriannya akan memantau secara serius isu berkenaan.

Rais berkata demikian sebagai mengulas tindakan pasangan pelajar Malaysia, Alvin Tan dan Vivian Lee yang mewujudkan blog yang dikenali ‘Sumptuous Erotica’ yang memaparkan kisah seks mereka.

Tan telah memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah dia bersama kekasihnya di blognya dan ia menjadi bahan sensasi media di Singapura dan Malaysia.

Bagaimanapun blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Tan yang juga pemegang biasiswa Asean dan pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore dijangka berdepan dengan tindakan disiplin pada bulan ini.

“Kita mempunyai peruntukkan undang-undang di bawah Seksyen 233 dan 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tetapi kita lebih suka tidak menggunakannya terlebih dahulu melainkan kita mendapat keputusan daripada pihak berkuasa Singapura untuk mengambil tindakan yang perlu terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pemasyhuran U-Pustaka di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan berdiam diri dalam isu tersebut dan mereka akan mengambil tindakan sewajarnya apabila tiba masanya.

“Inilah masanya kita perlu menunjukkan rakyat Malaysia tidak menyokong kelakuan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui tindakan Tan dan Lee segera menyekat pemaparan video dan gambar lucah daripada tontonan umum kepada peribadi sebagai satu langkah yang bagus.

“Mereka agak cepat bertindak dan menyekat akses kepada paparan asal video dan gambar tersebut.

“Kita harap dalam hubungan ini, mereka dapat berfikir dan tidak lagi melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang,” katanya sambil menambah bahawa mereka juga telah menghalang saluran sekunder akses kepada blog berkenaan, dan ia juga selari dengan kebebasan memilih.




*rakaman dari Youtube tentang penjelasan dari pasangan porno ini tentang blog lucah mereka yang mencetus kontroversi, namun blog itu telah ditutup.

*Adakah ini adalah satu agenda DAPing untuk mencetus ke arah mewujudkan negara sekular dan penerimaan fahaman seks bebas kepada negara kita?



DAP anti Islam
Muslim must anti DAP

2 ulasan:

  1. PAS & PKR dah bercelaru sakan...tak boleh pakai lagi...DAP pula bertepuk tangan...... Melayu berpecah DAP yang kenyang.Banyak ulama dalam PAS tetapi ...............kuasa dan wang, menyebabkan kupiah dan serban sudah tidak berfungsi lagi.

    BalasPadam
  2. Akhir zaman.... Ulama sesama ulam berselisih pendapat dan fahaman..... Ini semua angkara Anwar..... Al Juburi, ko bertanggungjawab keatas semua kecelaruan dan huru hara di Malaysia ini...... Semoga Allah s.w.t membalas dengan balasan yang dahsyat apa yang Anwar telah lakukan ini demi mengejar impian nya........

    BalasPadam