Jumaat, 26 Oktober 2012

Skim Pembiayaan Mikro oleh Bank Muamalat


Di Kuala Lumpur, Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) hari ini melancarkan skim pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan, tentera berpencen, isteri-isteri tentera dan peneroka-peneroka Felcra.

Skim ini bertujuan menyediakan modal sebagai permulaan perniagaan, menambah modal perniagaan atau untuk membesarkan lagi perniagaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Musa Abdul Malek berkata, dana pembiayaan ini akan diperoleh melalui dana usahawan mikro yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

"Dengan skim mikro ini, kami yakin akan dapat membantu pesara kerajaan dan mereka yang terlibat dari segi kewangan untuk memulakan perniagaan atau memperbesarkan lagi perniagaan masing-masing," katanya.

Tambah Musa, Bank Muamalat akan menyediakan skim pembiayaan mikro dengan kadar faedah yang lebih berpatutan iaitu sebanyak 3.6 peratus tetap setahun berbanding 5.25 peratus tetap setahun sebelum ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan