Sabtu, 15 Disember 2012
Binatang!!!...Peragut tarik subang sampai koyak cuping telinga nenek
Peragut yang berhati binatang dan zalim sanggup merentap subang emas seorang nenek tua dan menolaknya ke dalam longkang. Kalau jumpa dan dapat tangkap penjenayah ini kita patut pijak dia dulu kaw-kaw sebelum dihantar kepada pihak polis. Haram jadah macam ini yang tidak berhati perut tidak patut kita kesian pada dia. Ikuti laporan dari akhbar tentang kisah zalim ini dibawah.
Bukan hanya dihumban, ditekan kepala, malah kedua-dua cuping telinga seorang wanita warga emas koyak akibat subang yang dipakainya disentap seorang lelaki berusia awal 30-an dalam satu kejadian ragut, di Taman Lim, Ipoh kelmarin.
Kejadian pada jam 11 pagi itu berlaku di hadapan rumah mangsa, K Saupakiam, 80, ketika dia sedang mengutip bunga di hadapan rumah untuk melakukan upacara keagamaan.
Menurut Saupakiam, semasa kejadian, lelaki terbabit berpura-pura bertanya mengenai rumah seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Raja’ selain bertanya mengenai suaminya yang telah meninggal 15 tahun lalu.
Katanya, mengesyaki sesuatu tidak kena dengan pertanyaan lelaki itu, Saupakiam cuba menjauhkan diri dan secara perlahan-lahan cuba memasuki pagar rumahnya.
“Saya berasa takut apabila lelaki itu bertanya mengenai mendiang suami saya. Saya membuat helah dengan mengatakan suami saya ada dalam rumah. Tetapi dia terus bertanya pelbagai soalan yang tidak masuk akal.
“Mungkin menyedari helahnya tidak mengena, dia terus mengangkat dan menghumban saya ke longkang berhampiran, lalu menekan muka saya serta merentap subang emas yang saya pakai,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Saupakiam berkata, rayuannya kepada lelaki terbabit agar tidak dikasari tidak dihiraukan, malah kepalanya yang cedera terus ditekan ke dalam longkang yang dipenuhi air.
Tambahnya, dia bernasib baik kerana dibantu jiran terdekat sebelum mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Kehilangan subang yang baru dibeli pada Deepavali lalu menyebabkan saya kerugian lebih kurang RM500 dan saya pernah mengalami pengalaman sama (diragut) dua tahun lalu,” katanya.
Kejadian berkenaan turut disaksikan jiran mangsa, Roslina Wan Chek, 48, yang ingin keluar rumah pada masa kejadian dan melihat lelaki terbabit mengasari Saupakiam.
“Saya berada lebih kurang 50 meter daripada Saupakiam ketika itu dan terus berlari mendapatkannya serta membantunya keluar daripada longkang. Saya minta bantuan jiran lain untuk hubungi ambulans kerana melihat sarinya dipenuhi darah.
“Banyak kejadian ragut berlaku di kawasan ini. Saya sendiri sentiasa mengambil sikap berhati-hati ketika keluar rumah,” katanya.
* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan