Selasa, 11 Disember 2012
Check-in hotel kemudian rompak barang dalam bilik!!!
Sehelai selimut,sebiji bantal dan lain-lain barang milik sebuah hotel di Equen Park, Serdang dirompak penjenayah.
Itu yang berlaku dalam kejadian pada 1 Oktober lalu di mana penjenayah melarikan barang berharga bernilai hampir RM5,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pada awalnya, dua lelaki dan seorang wanita mendaftar masuk pada 29 September, kira-kira jam 11.30 malam.
Menurutnya, pendaftaran itu dilakukan seorang lelaki tempang yang menggunakan nama Sivan.
Beliau berkata, keesokannya, lelaki sama mendaftar sebuah lagi bilik yang dikatakan untuk abangnya.
“Bagaimanapun, kaki tangan hotel yang datang untuk mengemas bilik 202 dan 208 mendapati beberapa barangan elektrik antaranya dua televisyen, pemanas air elektrik, bantal serta selimut telah hilang.
Tiga penghuni itu juga tidak dapat dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Beliau berkata, polis percaya barang itu disorokkan di dalam beg pakaian yang dibawa suspek.
Menurutnya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dapat merakam imej dua lelaki dan seorang wanita yang kini dikesan untuk membantu siasatan.
Sehubungan itu Mohd Adnan meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan sekiranya terlihat atau mempunyai maklumat berhubung tiga individu berkenaan.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
kah kah kah anak menakan ambega nie
BalasPadam