Khamis, 13 Disember 2012
Projek Minyak dan Gas bernilai berbillion ringgit sedang diteliti, ujar MB Perak
Perak telah menerima satu lagi cadangan daripada syarikat antarabangsa untuk membangunkan projek minyak dan gas bernilai berbilion ringgit di kawasan perairan Utara Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata syarikat telah mencadangkan enam kawasan bagi melaksanakan projek tersebut.
“Kita sedang meneliti dan membuat pertimbangan cadangan yang dikemukan syarikat terbabit. Kerajaan Negeri perlu berhati-hati kerana kita mahu pastikan projek ini tidak mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar sehingga menyebabkan bantahan rakyat kelak,” katanya kepada pemberita.
Menurut beliau, kerajaan negeri telah diberi taklimat mengenai cadangan projek berkenaan dan sedang menelitinya secara mendalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan