Khamis, 31 Januari 2013
Nga tak dapat nak 'adjust' tender MBI lagi untuk syarikat bininya
Nampaknya bekas exco kanan kerajaan Pakatan negeri Perak dahulu, si Nga...tidak dapat nak 'adjust' untuk kaut projek pembangunan Waller Court ini sebab Dr Zambry telah umumkan untuk menawarkan tender terbuka. Ngarngeh le dia jawab nyer hahaha...nasib baik kerajaan Perak ini dapat balik kepada pihak BN, walaupun 11 bulan demer memerintah namun macam-macam dah depa buat, banyak yang kita tak tahu. Dulu kan si Nga ni kantoi apabila blogger Sekupangduas dengan beraninya mendedahkan isu salah-guna kuasa biler tender membuat baju kot MBI pada masa itu di'award'kan kepada syarikat yang mana isterinya adalah salah sorang dari pengarah syarikat. Dah la tu, harga yang ditawarkan adalah yang paling tinggi tapi syarikat tu dapat jugak. Nampak sangat lu yang meng'adjust'kan nyer sebab nampak pelik dan tak betul sebab syarikat lain yang tawarkan harga yang lebih rendah tak dapat tender tu. Malas nak cerita panjang-panjang kat sini, lu orang pun mungkin dah tahu citer dan pernah dengar kan apa depa buat bukan si Ngarngeh ni jer yang paling jelas ni si Niza Meroyan pun ada.
Baca berita lanjutnya yang dilapurkan oleh laman portal tempatan di bawah ;
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuat tender terbuka bagi melantik syarikat yang berkelayakan untuk membangunkan rumah pangsa Waller Court sekaligus menyelesaikan permasalahan penghuni yang tinggal di tengah-tengah bandaraya ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, 10 syarikat telah menghantar cadangan untuk memajukan projek itu dengan tujuh daripadanya hadir pada sesi taklimat yang diadakan baru-baru ini.
"MBI sedang membuat penilaian semua cadangan itu dan pertimbangan akan diberikan kepada syarikat yang dapat memberikan pulangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penduduk di rumah pangsa Waller Court ini,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Katanya, ini penting bagi memastikan supaya para penghuni di rumah pangsa itu dapat hidup selesa dan diberikan kemudahan serta keadaan rumah yang lebih baik.
Pada sidang media yang sama Dr Zambry berkata, MBI sedang mengatur beberapa perancangan untuk menjadikan Ipoh sebagai kawasan hijau.
Selain itu, katanya lagi, MBI juga sedang mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah bau busuk sisa pepejal dikawasan pelupusan baru di Ulu Johan yang dihadapi para penduduk sekitar kawasan terbabit.
Dr Zambry berkata, sebuah jawatankuasa bertindak penduduk telahpun ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Dato’ Dr Mah Hang Soon dan disertai pihak pengurusan kontraktor terbabit bagi menangani masalah itu.
"Ini penting kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur yang boleh memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk sekitar,’’ katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan