Jumaat, 25 Januari 2013
Tiada Tindakan...,tempelak Ketua Wira Perkasa
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
25hb Jan 2013
Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia memandang kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memulakan isu penggunaan kalimah ALLAH ini, secara terang pemimpin-pemimpin DAP yang memulakan isu ini serta tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kristian yang memberi bible ini kepada pelajar-pelajar Melayu di Jelutong, Pulau Pinang tempoh hari. Kenyataan Dato Ibrahim Ali sudah diputarbelitkan. Dato Ibrahim Ali ada menyatakan akan membakar bible versi Melayu & Jawi yang mengandungi perkataan ALLAH. Bukan akan membakar bible yang sedia ada.
Tindakan yang sepatutnya di ambil kepada Lim Guan Eng kerana membangkitkan isu ini, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka-mereka ini. Kenyataan Dato Ibrahim Ali ini menunjukkan kemarahan umat Islam serta mempertahankan ugama persekutuan. Penghinaan demi penghinaan terhadap Agama Islam.
Rentetan peristiwa peristiwa penghinaan yang berlaku terhadap Agama Islam di Malaysia yang menjadi titik mula hingga Islam dihina secara terang terangan secara berterusan dan bila cuba ditentang akan diputar belitkan fakta faktanya sehingga yang memperjuangkanya dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri yang buta hati.
TIADA TINDAKAN TERHADAP PADERI YANG MENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD SAW.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan seorang paderi mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhamad dan Islam ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak(Petikan dari akhbar Berita Harian yg bertarikh 28-9-2010), tetapi masih tiada apa-apa tindakan diambil setelah pelbagai laporan telah dibuat oleh beberapa pihak di mana kes tersebut berlalu hampir 2 tahun dan ini adalah titik permulaan penghinaan terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di mana ia dipandang remeh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab sehingga perkara tersebut berterusan sehingga ke hari ini.
TIADA TINDAKAN TERHADAP LIM GUAN ENG DAN PASTOR-PASTOR YG MAHUKAN NEGARA INI DIJADIKAN NEGARA KRISTIAN.
Isu pertemuan paderi dari seluruh negara yang dihadiri oleh Lim Guan Eng dan Jefry Ooi yang dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan diambil sehingga kehari ini.
TIADA TINDAKAN TERHADAP 4 ORANG REMAJA YANG MEMBALING CAT MERAH DAN BOTOL ARAK DI SURAU TAMAN PULAI IMPIAN, SIKAMAT, SEREMBAN.
Walaupun kita sebagai umat Islam menerima permohonan maaf tersebut tetapi perbuatan jenayah telah berlaku dan seharusnya hukuman yang setimpal menurut undang undang dijatuhkan kepada mereka. Perbuatan biadap seperti itu perlu di hukum seberat beratnya kerana implikasi perbuatan tersebut amat merbahaya. Ia boleh mencetuskan perasaan marah dan benci yang melampau kepada umat Islam bukan sahaja di kawasan terbabit namun di seluruh negara. Alasan perbuatan tersebut dilakukan kerana marah ditegur kerana bermain mercun langsung tidak dapat diterima.
TIADA TINDAKAN KEPADA ORANG YANG MENYURUH MEMPERLAHANKAN AZAN.
Isu ini menimbulkan kontroversi ekoran daripada aduan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Seakan-akan ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia.
TIADA TINDAKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN SEDANGKAN DALAM ARTIKEL 11(4) ADA MENYATAKAN TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MENYEBAR AGAMA –AGAMA YANG LAIN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERAGAMA ISLAM.
Isu ini juga seperti isu isu yang sebelum ini. Tiada apa apa tindakan diambil terhadap individu individu yang terbabit dalam perkara tersebut yang mana perkara tersebut terang-terangan melanggar peruntukan di dalam “Article 11 (4) – State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam”.
Para penganut agama lain di Malaysia perlu dididik tentang pentingnya mereka menerima ketinggian kedudukan Islam khususnya di sudut Perlembagaan Negara (Artikel 3). Hanya Islam sahaja yang menjadi agama negara dan tidak agama lain. Maka sudah tentu, para penganut agama lain perlu menghormati kedudukan ini. Islam sentiasa menjamin kebebasan penganut agama lain untuk beramal dengan agama mereka.
TIADA TINDAKAN TERHADAP BEBERAPA BUAH MASJID YANG DILETAKKAN KEPALA KHINZIR.
Tidak cukup dengan isu lontar cat merah dan botol arak di surau dan sekali lagi kita umat Islam dikejutkan dengan perbuatan meletakan kepala khinzir dibeberapa buah masjid di Selangor dan Johor. Juga tiada sebarang tindakan atau tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa walaupun pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangkap dalang disebalik perbuatan tersebut. Ada pihak yang ingin melihat keharmonian Negara tergugat dan melakukan berbagai provokasi supaya rakyat berbilang kaum dan agama di Negara ini yang hidup aman dan damai terguris.
TIADA TINDAKAN TANGKAPAN TERHADAP 3 ORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN YANG MENGEDAR BIBLE KEPADA PELAJAR MELAYU ISLAM DI JELUTONG PENANG
Apakah sebenarnya dan maknanya dengan memberikan bible tersebut kepada pelajar Melayu walaupun bible tersebut tidak mengandungi Kalimah Allah jika ada saya yakin ianya hanya mahu menyesatkan anak-anak Melayu Islam. Bayangkan jika ada Kalimah Allah di dalamnya pasti anak Melayu akan menjadi keliru bila mana nama Allah tercatit di dalam bible sedangkan penggunaannya telah dilarang untuk agama lain selain agama Islam. Secara terang terangan memang wujud gerakan untuk menyebarkan agama kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Sedangkan kita umat Islam tidak pernah berbuat demikian walaupun kita boleh berbuat demikian kerana Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia. Kita masih boleh bertolenrasi jika tiada perkara yang boleh menganggu gugat Islam di Malaysia.
Dari semua yang disebutkan diatas dan beberapa isu lagi yang berkait dengan peghinaan terhadap Agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia adalah titik mula bagi penghinaan yang akan berterusan jika tiada sebarang tindakan yang agresif diambil bagi membendung konflik tesebut dan kadang kala isu isu tersebut akan diputarbelitkan oleh pihak pihak yang tertentu mahupun individu yang berkepentingan dalam ingin menjadi juara dalam isu tersebut. Kami Wira Perkasa Malaysia tetap akan bertegas dan akan menyokong tindakan Presiden Perkasa yang mana tindakan beliau adalah bertujuaan mempertahankan akidah dan memelihara Umat dan Ugama Islam. Kita tidak gentar akan suara suara pengkhianat pengkhianat ugama yang cuba memesongkan akidah umat Islam. Saya sesungguhnya percaya bahawa, keamanan dan kedamaian yang kita kecapi hari ini, datangnya melalui usaha kita dengan izin Allah dan bukannya secara kebetulan. In Sha Allah.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
*sumber dari blog rasmi IFI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan