Selasa, 12 Mac 2013
Nuar Al-Jubri dan Tian Chua Babis dibaling telor dan dikepung orang kampung di Perak
Rentetan perjalanan Nuar Al-Jubri ke Perak.
Pada 10 Mac 2013, Nuar tiba di Dataran Parit dengan menaiki bas. Hadiran yang datang cuma 70 orang dan tiada ucapan diberikan oleh Nuar. Pada petang itu, Nuar tiba di majlis hi-tea di Markas PAS Kg. Padang Tenggala, Bota dengan kehadiran tak sampai 350 orang.
Manakala dalam ucapan Nuar, antara yang menarik ialah fitnah BN ke atas dirinya yang dikaitkan dengan pencerobohan Sabah dan pendedahan bapa Saiful. Selain itu, Nuar mendakwa mendapat sokongan padu tentera dan bekas tentera setelah 5 bekas jeneral ATM menyertai PKR.
Seterusnya selepas itu Nuar tiba di Markas PKR Bt 16, Lambor Kanan utk solat Maghrib dan tazkirah. Hadir 60 org. Antara ucapan yg menarik ialah DSAI mendakwa terbukti dia tidak bersalah dalam kes liwat dan penyertaan 5 jeneral dalam PKR.
Sebelum itu Nuar pergi ke rumah Basharudin(ahli PKR) di sebelah markas PKR untuk makan malam. Selepas makan, Nuar pergi ke Changkat Lada untuk sampaikan ceramah dan akhirnya di Teluk Murung, Manjung.
Tepat jam 9:30 malam berlangsung ceramah PKR di padang awam Taman Changkat Lada Raya, Kg Gajah. Yang hadir kurang dari 1,000 orang - 98% Melayu, 1% Cina dan 1% India. Majoriti dewasa lelaki dan ramai duduk atas padang. Rata-rata intipati ucapan nuar sama dengan ucapannya di Padang Tenggala, Bota. Nuar mengumumkan Mustaffa Kamil Ayob sebagai calon PR bagi Parlimen Pasir Salak.
Dilaporkan bahawa Nuar dan Tian Chua telah dibaling telor tembelang dan dikepong oleh orang kampung yang marahkan ceramah politiknya. Mereka dipercayai dikepong selama beberapa jam dan dileraikan oleh pihak polis selepas itu. Nasib baiklah ada pihak polis yang membantu. Selama ini si Nuar Al-Jub dan Tian Chua Babis ini menghina dan mengutuk pihak polis, lebih-lebih lagi dari kejadian di Lahad Datu.
Lahad Datu : Tian Chua pernah kata ini sandiwara umno dan polis yang terkorban dikira mati katak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan