Sabtu, 30 Mac 2013
Senarai calon bertanding di Perak bagi PRU13 telah disenarai dan dimuktamadkan
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir, berkata sebagai manusia, sudah menjadi lumrah jika ada pihak yang merajuk sementara jika namanya tidak disenaraikan sebagai calon.
“Merajuk sementara itu perkara biasa…mungkin dia antara dua atau tiga calon yang kita senaraikan berpotensi tetapi bagi ahli yang setia, mereka akan akur asalkan BN membuat keputusan terbaik dan menang pilihan raya nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek Maahad Tahfiz Pulau Pangkor di Kampung Teluk Gedong, dekat Pangkor, hari ini.
Projek yang menelan kos RM8 juta itu dijangka siap pada Ogos 2014.
Beliau yang juga Menteri Besar Perak turut mendedahkan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang Ketua UMNO Bahagian semalam berhubung penyenaraian calon PRU-13.
Katanya, pemimpin itu menunjukkan sikap yang terpuji kerana menyatakan rasa syukur Alhamdulillah sekiranya dia terpilih sebagai calon PRU-13.
“Dan sekiranya dia tidak terpilih pun, beliau tetap menyatakan syukur Alhamdulillah dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan terbaik.
“Ini adalah contoh seorang pemimpin yang taat dan setia kepada perjuangan BN,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan mana-mana pihak berhak mengemukakan cadangan atau melobi nama calon pilihan mereka di saat-saat akhir tetapi sebaik sahaja nama calon diumumkan oleh Perdana Menteri kelak, maka semua pihak perlu akur dengan keputusan itu.
“Oleh itu, saya berharap mana-mana pihak yang tidak terpilih sebagai calon hendaklah akur dan terima hakikat kerana jawatan wakil rakyat sama ada di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen hanya ada satu bukannya dua.
“Selain itu, kita perlu belajar daripada pengalaman lalu dan jangan sesekali lupa apa yang berlaku dalam pilihan raya 2008 yang menyebabkan kekalahan BN kerana merasakan kita boleh menang tanpa mengira siapa calon yang bertanding ketika itu.
“Namun, saya yakin ahli yang setia tidak akan mengulangi kesilapan sama sebaliknya apabila nama calon diumumkan, maka wajib bagi ahli untuk memberi taat dan setia kepada perjuangan BN,” kata Zambry lagi.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen dan senarai calon, Zambry berkata, kedua-dua perkara itu sudah dimuktamadkan dan bakal diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi BN apabila tiba masanya nanti.
Semua petugas dan jentera BN Perak katanya, sudah bersiap menghadapi PRU-13 dan menyifatkan Perdana Menteri lebih mengetahui waktu dan tarikh terbaik untuk memanggil pilihan raya. Tambahnya, semua pihak boleh membuat jangkaan atau ramalan tetapi beliau mengakui tempoh masa itu semakin hampir.
tq
BalasPadamSalam perjuangan,
BalasPadamBlog Tuan telah pun sya linkkan didalam blog MP. Harap Tuan juga dapat berikan kerjasama untuk linkkan blog MP ke dalam blog list Tuan. TQVM
joezuax blog murahan. mati lg baik la der lu ni
BalasPadam