Jumaat, 26 April 2013

Al-Fatihah...Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak di Putrajaya






Tembakan 3 das keatasnya yang duduk depan disebelah pemandu


Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak mati pada jam 8.15 pagi ini, 26 April 2013 ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.




Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Beliau dilapor sebagai berkata, allahyarham bersama pemandu dalam perjalanan dari rumah di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," Ku dipetik sebagai berkata.


Datuk Hj Shaharuddin bin Ibrahim yang berasal dari Negeri Sembilan adalah seorang yang tegas dan terkenal dengan tindakan yang berpendirian dan vokal.








~Al-Fatihah~







2 ulasan:

  1. LAGI PEMBUNUH MISTERI PEGAWAI KERAJAAN?

    AlFatihah untuk Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak mati pada jam 8.15 pagi ini ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya....

    "DIDOAKAN SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA PARA SYUHADA' YANG MATI KERANA MENJALANKAN TUGAS SUCI NEGARA DAN BERJUANG MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN SEBAGAIMANA DIPERINTAH OLEH ALLAH SWT."

    "SEMOGA ALLAH SEGERAKAN PEMBALASAN BERAT LAGI PERIT KEPADA PIHAK PENGGANAS & PENJENAYAH YANG MEMBUNUHNYA ITU"

    YA ALLAH, MAKBULKANLAH DOA KAMI, AMIIN"

    BalasPadam
  2. Bengang betul aku baca berita mcm ni....Ini la masyarakat skrg. Ini smua punca budaya kongsi gelap & gangsterism yg dah makin menjadi2 kat Malaysia ni...3 line la, 30 la, 36 la, 08 la, 04 la macam2 lagi la ada...Pihak keselamatan mahupun pihak sekolah patut membendung gejala2 negatif ni sejak dari peringkat bawah lagi...dari akar umbi...baik yg dah tua bangka sampai ke budak kecik semua sibuk nak jadi "taiko". Terpengaruh sangat dgn media.

    BalasPadam