Isnin, 29 April 2013

KECOH!!!...Kg Sg Rokam diserang penyokong PAS


Lewat malam tadi pada kira-kira pukul 12 tengah malam berlaku kekecohan di Kampung Sungai Rokam di mana kira-kira ratusan orang penyokong BN dan penyokong PAS berkumpul di jalan utama dari Kampung Sungai Rokam menuju ke Pekan Razaki hingga menyebabkan lalulintas terganggu. Kekecohan didapati berpunca dari banner gambar Datuk Kamilia Ibrahim, bekas Naib Ketua Wanita UMNO tertera perkataan "Wanita Sudah Tiada Nilai Dalam UMNO" dipasang di tepi jalan utama ke Pekan Razaki dipasang oleh penyokong Pas untuk tujuan provokasi.

Penyokong Barisan Nasional membantah gambar Bekas Naib Ketua Wanita diaibkan dengan menjadikan banner bagi bahan kempen puak pembangkang. Kekecohan berlaku dan menyebabkan pihak polis dan SPR campur tangan. Trak Unit Simpanan Persekutuan dengan kira-kira tidak kurang dari 10 anggota tiba untuk membantu menenteramkan keadaan.

Penyokong BN bersorak 'buka, buka, buka' meminta pekerja pilihanraya pas menurunkan banner tersebut. Setelah rundingan antara pihak polis dan kedua-dua wakil penyokong parti, mereka akhirnya akur untuk menurunkan banner tersebut.

Kisah selanjutnya KLIK SINI





Tiada ulasan:

Catat Ulasan