Khamis, 2 Mei 2013

KESIAN!!!...Blogger Milosuam Ditahan Reman 2 Hari




Seperti yang dilaporkan oleh beberapa blog dan media sosial Khamis lalu, KLIK SINI...






Seorang lelaki didakwa pemilik blog kontroversi milosuam.blogspot.com ditahan pihak polis di perkarangan Pasaraya Besar Giant Setia Alam di Meru, Klang dekat sini awal pagi semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, lelaki berusia 29 tahun yang berasal daripada Rengit, Johor itu ditahan ketika sedang berlegar-legar di kawasan pasaraya berkenaan pada kira-kira pukul 12.07 pagi.
"Suspek sebelum ini telah menyiarkan satu kenyataan menerusi blog tersebut yang mendakwa polis telah membuang undi lebih awal daripada yang sepatutnya dan ingin ditegaskan perkara tersebut tidak benar kerana kami melakukan undi pos.
"Suspek juga dikatakan pernah menyiarkan satu dokumen sulit mengenai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah sebelum ini. Perkara ini kita pandang serius kerana melibatkan ke selamatan negara," ujarnya sewaktu sidang akhbar di Bukit Perdana di sini semalam.
Sewaktu ditahan, beberapa alatan seperti komputer riba, cakera keras luaran serta beberapa alatan elektronik lain turut dirampas.
Suspek yang juga merupakan aktivis media sosial itu kini ditahan reman selama dua hari bermula semalam untuk disoal siasat.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan