Jumaat, 17 Mei 2013

Yayasan Bina Upaya melantik bekas calon Bukit Gantang sebagai Ketua Eksekutif baru




Barisan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) bersetuju untuk melantik Datuk Ismail Safian sebagai ketua eksekutif yang baru untuk agensi kebajikan itu. Perlantikan itu yang berkuatkuasa hari ini telah dibuat oleh Pengerusi Pemegang Amanah YBU iaitu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YBU, Datuk Saarani Mohamad.

Datuk Ismail yang menghargai perlantikan itu berharap akan mendapat sokongan daripada semua pihak, khususnya kakitangan YBU sendiri untuk memikul amanah yang telah diberikan kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan ini dan saya akan cuba memikul tanggungjawab ini sebaik mungkin bagi membawa nama YBUDR ke satu lagi tahap yang lebih baik di masa hadapan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena majlis suaikenal dengan kakitangan YBU hari ini.

Ismail yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang pengurusan, akan menggunakan sebaiknya pengalaman yang beliau miliki itu untuk meningkatkan lagi imej dan peranan YBU sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab membasmi kemiskinan, khususnya melibatkan aspek bina upaya golongan keterbawahan.

“Bidang pengurusan ini bukanlah satu bidang yang baru kerana saya telah banyak terlibat dalam menguruskan pelbagai agensi, dan dalam masa yang sama YBU bukanlah sebuah agensi yang asing dan baru bagi saya, kerana saya sendiri  telah terlibat secara tidak langsung bersama yayasan ini sejak dari hari pertama ia beroperasi lagi,” katanya.



Keputusan Pilihanraya Umum yang ke 13 tahun 2013 bagi Parlimen Bukit Gantang

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 
PARLIMEN
NEGERI : PERAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.059 - BUKIT GANTANG
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. ISMAIL BIN SAFFIAN BN29,577
2. IDRIS BIN AHMAD PAS30,563MENANG
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:71,257
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:748
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:60,888
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:61,018
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:130
PERATUS PENGUNDIAN:85.60%
MAJORITI:986

*sumber dari laman sesawang SPR


Keputusan Pilihanraya Kecil tahun 2009 (selepas PRU12) bagi Parlimen Bukit Gantang

Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Bukit Gantang, 2009
PartiCalonUndi%±%
PAS PR-PASDatuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin21,860-
Barisan Nasional BN-UMNOIsmail Safian19,071-
Bebas BEBASKamarul Ramizu Idris62-
undi rosak456-
Majoriti2,789-

*sumber dari laman sesawang wikipedia

Ulasan :   Nampaknya Ismail Safian bukanlah 'winnable candidate' untuk menjadi calon bertanding dalam pilihanraya di Parlimen Bukit Gantang jika sampai 2 kali dia kalah walaupun diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN. Namun begitu atas dasar keprofesionalan dan mempunyai pengalaman bidang pengurusan MB Perak @ Pengerusi YBU bersama Lembaga Pengarah melantiknya untuk bekerja.


Berikut di bawah adalah sedutan dari komen dan rintihan dari ahli parti sendiri tentang Ismail Safian :

" Kami AJK-AJK CAWANGAN UMNO DAN AJK-AJK UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG DENGAN ILMU POLITIK AKAR UMBI DAN HUBUNGAN TERUS KAMI DENGAN PENGUNDI-PENGUNDI BUKIT GANTANG AKAN KUBURKAN KARIER POLITIK DATUK ISMAIL SAFFIAN DALAM PRU13 NANTI!!!!  "


Walaupun beliau tidak disukai oleh sebilangan kumpulan dari partinya sendiri (mungkin salah satu faktor kekalahan dalam PRU13) namun beliau masih diberi kepercayaan oleh pimpinan untuk memegang jawatan penting dalam pengurusan negeri Perak. Mesti ada keistimewaan dalam dirinya yang membuat pucuk pimpinan masih mahu beliau untuk terlibat dalam memegang jawatan penting.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan