Sabtu, 3 Ogos 2013

Dadah : Bahaya Kepada Masyarakat


Jenis-jenis dadah yang merbahaya dan biasa digunakan :


MARIJUANA KANABIS 

merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga. Pokok kanabis dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau.Khayal, sugul atau kecewa, tindakbalas kelakuan berubah macam mabuk, bila berdepan dengan rasa cemas dan takut, mata merah, tidak boleh tidur, sakit perut, hilang selera makan. Pergantungan, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi, bertambah selera makan, pergerakan tidak agresif.

CANDU

Candu mentah, Candu masak, Tahi Candu
Khayal-halusinasi, euforia-kesugulan, pemikiran atau pertimbangan berkuranganMengantuk, badan menjadi lemah, mengalami ganguan jiwa 


MORFIN WHITE POWDER - White stuff, Morfin mentah, Base Morfin, Pil Morfin
Pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual atau muntah, hilang selera makanRasa resah, cirit-birit, sakit perut,rasa sejuk, berpeluh
 
TAR - Muka menjadi merah, mata hitam menjadi kecil, tiada pertimbangan, hilang selera makan, bersifat hyperaktif, bertambah risau dan terlalu sensitif, tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan, keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif, Tanggapan jadi kurang terang, tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan jadi tidak sedar, bingung, berkelakuan seperti orang mabuk, kekejangan, tiada wujud muforia, jadi ketagih, berlebihan kepada dadah, pengurusan diri lebih mudah terabai.



METHAMPHETAMINE

Dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal, kaca diamond. 
Tingkahlaku yang agresif, tekanan darah tinggi. Perasaan yakin pada diri sendiri, boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan, stroke atau mati.



AMPHETAMINE

Tujuan asal untuk perubatan perangsang kepada sistem saraf pusat, menahan rasa mengantuk dan keletihan, 
tidur berlebihan, reaksi psikolik, lapar, depresi, sentiasa resah dan kemurungan.Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering
dan gatal-gatal, hilang daya ingatan, stroke atau mati.




Salah satu daripada jenis dadah yang sering disalah gunakan di dunia ialah Methamphetamine atau lebih dikenali Syabu di Malaysia atau Ice.

 
Undang Undang Malaysia sudah menetapkan hukuman mati mandatori ke atas mereka yang memiliki Dadah dalam berat tertentu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun, itu tidak menghalang manusia daripada terus mengedar, memiliki, menagih, menyalah guna dan mengeluarkan dadah.
Kesan-kesan serius penagihan dadah Syabu atau Methamphetamine ke atas manusia ini amatlah menakutkan.
Bukan sahaja menyebabkan manusia itu mempunyai tahap ketagihan yang kronik, malahan juga wajah dan keadaan fizikal mereka berubah menjadi buruk dan mengerikan.

Oleh itu janganlah sesekali anda cuba mendekati dadah,kerana kesan jangka panjang dari penagihan dadah ini akan membuatkan anda menyesal seumur hidup.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan