Satu
persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses
yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua
Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah
Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng
dalam pilihanraya yang baru lalu.
Namun
nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda
dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd
Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno
gopeng.
Saudara
Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN
sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat
untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.
Ramai
yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal
lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang
menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli
masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun
tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau
sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri
program peringkat cawangan sahaja.
Dan
yang lebih memilukan hati penyokong penyokongnya ialah dimana keupayaan
dan kebolehan saudara Adli hanya diperakui oleh orang luar perak dimana
Saudara Adli diambil untuk berkhidmat kepada seorang menteri yang
berasal dari Johor.
Namun
begitu atas dasar setiakawan dan sayangkan pemuda umno gopeng, saudara
Adli telah berjaya dipujuk untuk sekali lagi menawarkan diri dalam
pertandingan untuk mengisi tampuk kepimpinan pemuda umno gopeng yang
telah lama ditinggalkan oleh ketua pemudanya sebaik saja meraih
kemenangan pada 2008 dahulu.
Kekuatan
saudara Adli sebenarnya bukan sahaja terletak kepada personalitinya
yang mesra dan berintegriti tetapi juga kebijaksanaannya dalam membentuk
pasukan yang benar benar berkualiti dalam mengharungi bersama sama
dengannya untuk memperjuangkan survival bangsa melayu.
Pemilihan
saudara Adli dalam mengambil saudara Shamuddin Tajuddin sebagai naib
ketuanya dilihat sebagai tektik yang benar benar bijak kerana saudara
Shamuddin adalah juga seorang pegawai yang berkhidmat didalam agensi
kerajaan yang tahu selok belok pilihanraya. Ini menampakkan saudara Adli
amat serius untuk membentuk satu pasukan bagi membantu umno untuk
memenangi Dun Sg Rapat pada PRU akan datang.
* dari blog Naga Merah
kami di sg rapat sentiasa menanti janjinya..... slamt berjuang pru14 nanti
BalasPadam