Rabu, 4 September 2013

Wanbro : calon NKP Pemuda UMNO Malaysia

                                       

Khairul Azwan Dato Harun, juga dikenali dengan panggilanazwanbro, individu yang tidak asing bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak selain menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak sejak 2008.

Dilantik sebagai Pengerusi Akademi Pemuda UMNO Malaysia yang bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik bagi Pemuda UMNO Malaysia.

Bersama 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik, belia serta profesional muda, beliau menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan matlamat mendidik dan memperkasakan ahli UMNO akar umbi.

Khairul Azwan b. Dato Harun dilahirkan pada 19 Oktober 1976. Menuntut di Cardiff University of Wales dalam jurusan Perakaunan dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (Master's Degree) Strategic Management di Open University of Malaysia.

                                     
Memulakan kerjaya pertama pada tahun 1999 di Ernst & Young, akauntan berkanun di Kuala Lumpur. Menjawat jawatan kanan di Jabatan Bussiness Insurance and Corporate Recovery. Beliau terlibat didalam tugasan khidmat nasihat korporat melibatkan beberapa syarikat senaraian awam dan GLC.

Pada tahun 2004, Azwan menjadi Pegawai Khas kepada Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang ketika itu merupakan EXCO Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak. Ketika ini Azwan adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Setelah YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Azwan sekali lagi diberi kepercayaan oleh Dr Zambry untuk membantu beliau dengan melantik Azwan sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada MB Perak.

Pada tahun 2010, Azwan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), sebuah yayasan kebajikan negeri yang diasaskan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.


*sila klik SINI untuk artikel selanjutnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan