Jumaat, 16 Mei 2014

Tasha dituduh buat pembedahan besarkan kopek



Sebelum ini pelakon Tasha Shilla pernah dituduh membuat hidung dan melakukan pembedahan membesarkan payudaranya di Bangkok, Thailand. Namun pemilik nama Natashasheila Abd Razak ini menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

gambar dikatakan kopek besor


Baru-baru ini, Tasha telah memuat naik sebuah gambar di laman Facebook miliknya yang menunjukkan dia sedang memegang sebuah produk makanan tambahan. Melihat pada saiz payudaranya yang kelihatan agak berbeza berbanding sebelum ini, Tasha sekali dikaitkan membuat pembedahan plastik di bahagian tersebut.

gambar waktu dulu


“Pasal gambar itu, Tasha tak mahu komen,” pinta pelakon drama ‘Cinta Bertamu Di Abu Dhabi’ ini ketika ditemui di majlis pelancaran hLive terbitan Astro pada Isnin.

Apabila ditanya adakah perkara ini akan dijadikan pengajaran olehnya supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial, ini jawapannya.
“Tasha tak mahu komen. Apa yang Tasha buat sebelum ini pun berhati-hati juga. Niat Tasha hanya mahu berkongsi benda ini bersama peminat dan tak tahu apa yang akan jadi di sebaliknya. Bagi Tasha, tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana banyak lagi masalah negara yang lebih perlu diutamakan dari sekeping gambar Tasha itu,” tuturnya sambil memberitahu tidak ambil peduli tentang tanggapan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

“Tasha tak tahu macam mana pandangan orang pasal gambar tersebut kerana Tasha tak nak ambil tahu apa yang mereka tulis. Tasha baca semua komen-komen tapi selepas itu Tasha akan terus buat kerja seperti biasa,” ujar Tasha mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan lain, Tasha yang hadir bersama kekasihnya, Han Chen Wong ketika majlis tersebut turut berkongsi yang dia kini sedang menjalani penggambaran drama untuk slot Akasia di TV3 berjudul, ‘Maafkan Aku Tak Sempurna’.


* sumber dari laman sesawang berita tempatan.




1 ulasan:

  1. Sayang kan teman wanita anda?. Mahukan teman wanita anda mempunyai bentuk badan menawan?. Payudara besar dan anjal.

    Punggung yang gebu dan montok?. Jangan bertangguh lagi. Hubungi kami. Layari web kami untuk info. kami sedia

    membantu.

    [KETAHUI LEBIH LANJUT BAGAIMANA BESARKAN PAYUDARA ANDA]

    BalasPadam