Rabu, 18 Jun 2014

Cina langgor masjid Rapat Setia di Ipoh



“Saya tidak tahu bagaimana semua kereta ini boleh terbabas, tetapi mereka yang kebetulan berada di tempat kejadian percaya kenderaan MPV terbabit dipandu laju secara melulu.
“Mujur kemalangan ini tidak mengakibatkan kecederaan parah, cuma pagar masjid ini rosak teruk,” katanya.


Seorang jemaah masjid terkejut mendapati dua kenderaan tersadai di pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua kereta di Jalan Raja Musa Mahadi, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, sebuah Nissan Grand Livina dipercayai hilang kawalan dan merempuh pintu pagar masjid selepas mengelak daripada melanggar sebuah lagi kenderaan.

Nissan Sentra


Nissan Grand Livina terbalik di pintu pagar utama dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan, petang semalam.
Nissan Grand Livina

Menurut Muhammad Yahya, 84, dia terdengar dentuman dari arah pagar ketika berada dalam bilik air masjid berkenaan.
"Bila keluar, saya nampak Nissan Grand Livina terbalik dan pemandunya merangkak keluar. Manakala Nissan Sentra tersadai di pintu pagar.

"Saya juga nampak kereta Perodua Kancil tersadai tepi jalan di laluan bertentangan dan orang ramai membantu semua mangsa keluar dari kenderaan berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, seorang penumpang wanita Nissan Sentra cedera ringan dan dibawa mendapatkan rawatan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan