Khamis, 26 Jun 2014

Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan


Gara-gara memberi perlindungan terhadap pekerja warga asing yang tidak dokumen perjalanan sah, dua pemilik premis dikenakan  kompaun berjumlah RM65,000.
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, pemilik premis berkenaan ditahan dalam serbuan Ops Sayang dan Ops Kutip pada 11 Jun lalu antara jam 6.30 petang sehingga 9.40 malam.

Menurutnya, dalam kes pertama, pemilik pengusaha kedai urut kaki di Persiaran Melor, dekat di sini, ditahan kerana mengajikan warga asing tanpa permit kerja  sah.

“Pemilik berusia 50 tahun itu dikenakan kompaun RM15,000 kerana melindungi tiga wanita berusia 33 hingga 46 tahun dari Vietnam, Thailand dan China, bekerja selama tiga bulan.

"Manakala pemilik premis kedua berusia 43 tahun yang menjalankan kegiatan perjudian di Jalan Changkat Jong, di sini, didapati melakukan kesalahan melindungi 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun tanpa permit kerja yang sah," katanya.

Khairul Anuar berkata, pemilik premis itu telah mengaku bersalah dan dikenakan kompoun RM50,000 selepas  Jabatan Imigresen Malaysia mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Imigresen dan Timbalan Pendakwaraya bagi kedua-dua kes.

Katanya, kedua-dua pemilik premis telah membayar kompoun kepada pihak Imigresen semalam dan pekerja warga asing yang bekerja di premis mereka akan disenarai hitam dan diusir ke negara asal.

“Operasi seperti ini akan diteruskan meskipun pada Ramadan, kita harap orang ramai tampil memberi maklumat mengenai kehadiran  pendatang tanpa  izin yang dianggap mengancam keselamatan negara,” katanya.


 
   
Banyak betoi duit tokeh JACKPOT ni boleh bayor denda senang jer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan