Rabu, 6 Ogos 2014
Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
Dua anggota polis terperangkap dalam premis judi haram ketika melakukan risikan selepas ‘penjaga’ premis dipercayai sengaja mengunci dari luar dalam kejadian di Taman Semabok Perdana, di Melaka kelmarin.
Sumber berkata, dalam Ops Dadu itu, dua anggota berpangkat koperal berusia 25 dan 30 tahun itu tidak menyedari mereka terperangkap dalam premis judi terbabit.
“Sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri melakukan Ops Dadu bermula jam 3 petang hingga 8 malam di tiga premis berbeza di kawasan terbabit.
“Dua anggota polis itu diarahkan melakukan risikan di sebuah premis perjudian dan ketika melakukan tugasan, mereka terperangkap apabila pintu premis dikunci dari luar,” katanya.
Menurutnya, ketika itu, anggota polis lain sedang menyerbu dua lagi premis terletak kira-kira 300 meter dari tempat dua anggota itu dikunci dari luar.
Katanya, dua anggota terbabit terus menghubungi pegawai bertugas dalam operasi itu untuk memaklumkan kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan