Khamis, 4 September 2014

Bunuh Diri Bukan Jalan Penyelesaian


Suatu kes kematian seorang anggota tentera telah dilapurkan berlaku di Kuala Lumpur

Pada 2hb September 2014 waktu lebih kurang jam 9 pagi salah seorang anggota telah membuat rondaan memeriksa rumah-rumah kosong dan apabila masuk ke dalam salah sebuah rumah dijumpai seorang anggota tentera yang lengkap berpakaian seragam telah mati tergantung di syiling di bahagian laluan dr ruang tamu rumah. Beliau kemudian terus memaklumkan kejadian ini di Balai Polis Wangsa Maju.

Punca kematian dipercayai akibat membunuh diri. Ini mungkin akibat masalah peribadi mungkin juga sebab masalah dalam hubungan cinta.

maaf muka admin tutup tak nak buka aib org dan keluarganya

maaf muka ditutup...kita jgn buka aib org



Bagi kita umat Islam diharamkan bunuh diri atau mengambil nyawa sendiri.

Ambil lah ikhtibar dari kejadian ini...
Kita tutup aib orang lain maka Allah akan tutup aib kita...wallahualam.

Berserahlah kepada ALLAH TAALA dan kuatkan iman apabila menghadapi sesuatu musibah atau masalah.

 Wallahualam.
 

8 ulasan:

  1. Admin diharap dapat cover muka pembunuh diri ini.. Kita tahu dia buat satu kesalahan yg menyalahi agama tetapi kita tak berhak utk mengaibkan dia yg dah tentu akan terima balasan di alam barzakh. Letakkan kita didalam salam seorang ahli keluarga arwah ape perasaan kita agknya bila gmbr sebegini disebarkan. Harap terima teguran dgn hati terbuka. kita sesama ISLAM sama2 menjaga umat ISLAM, jika bukan kita siapa lagi hendak menjaga AGAMA ISLAM. Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih akak Siti Al-Amin atas teguran ini...saya terlepas pandang lupa.

      Kalau ada apa-apa tak kena tolonglah tegur lagi...saya manusia biasa tak lari dari kesilapan.

      Astagfirullahalazim

      Padam
  2. Bila iman itu tiada atau senipis kulit bawang, maka kessatan nyata padah nya...

    Bukan menghina. Realiti Firman Allah SWT kepada setiap individu Islam yang hanya pada nama.

    Haram hukum nya membunuh diri. Juga haram hukum nya 'membunuh' satu atau banyak nyawa. Neraka jahanam tempat nya.

    Jadikan iktibar. Semoga keluarga arwah di tenangkan hati-hati dan di tutup aib mereka bila di timpa musibah ini. Insya Allah.

    BalasPadam
  3. Tunjuk gambar tu dah aibkan orang.....walaupun dah tutup muka!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ....

    Kita tak pasti arwah bunuh diri atau tidak...jangan jatuhkan hukum sebelum sah bunuh diri...
    pikir logik la...mana ada org bunuh diri terjun dari almari yg ntah tinggi mana jek tapi kaki elok bersimpoh....
    lagi satu....sila lihat ikatan tali berada di sisi...bukan di belakang leher....biarla pihak MINDEF dan Polis buat siasatan...
    jangan kita buat dosa dengan memfitnah arwah ckp bunuh diri sedangkan kita tak tahu kebenarannya....biar bercakap bila tahu kebenarannya....

    BalasPadam
  5. Banyak dosa kali nih orang.

    BalasPadam