Ahad, 16 November 2014

Pondok Al-Jaafar Gopeng Tempat Bergantung Harapan

Disinilah tempat anak yatim mengaji dan golongan bermasalah menginsafi diri. Gambar pengasas (atas kiri)

"Kalau saya tidak terima mereka, ke mana mereka akan pergi?" itu persoalan yang membuatkan Pengasas Pondok Al-Jaafar, Mohamad Tarudi Bahari, 61, tanpa jemu menerima dan mendidik golongan bermasalah di Pondok Al-Jaafar, Kampung Gunung Panjang, di Gopeng, Perak.

Mohamad Tarudi berkata, walaupun tidak mempunyai prasarana memuaskan, pondok itu berjaya melahirkan belia tahfiz al-Quran yang sebelumnya golongan bermasalah yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial.

"Saya tetap menerima mereka kerana mereka masih boleh dibentuk ke jalan yang benar dan mencorakkan masa depan mereka dengan lebih cerah.

"Bulan lalu seorang warga emas memohon untuk menghuni di sini dan saya terkejut, tetapi tetap menerimanya kerana berniat untuk membantunya kembali ke jalan benar selepas 20 tahun dia bergelumang dengan dosa.

"Dia penagih dadah dan kaki botol, namun Alhamdulillah, kini dia insaf untuk membentuk hidup yang lebih diredai dan sempurna," katanya ketika ditemui semalam.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan