Rabu, 5 Ogos 2015

Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Dirombak Kepada Portfolio Baru


Senarai Portfolio Baharu Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak


1) Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
- Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

2) Datuk Saarani Mohamad
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan.

3) Datuk Dr Mah Hang Soon
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu.

4) Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

5) Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

6) Datuk Rusnah Kassim
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

7) Datuk Samsudin Abu Hassan
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil.

8) Datuk Mohd Nizar Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

9) Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi.

10) Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

11) Datuk Shahrul Zaman Yahya
- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan


Exco-Exco yang baru sahaja mengangkat sumpah di hadapan  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah


Beberapa portfolio Exco Kerajaan Negeri distruktur semula melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran bidang tugas.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, penstrukturan itu sudah pun dikuatkuasakan mulai 1 Ogos lalu yang tidak melibatkan perubahan dari segi keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, empat Exco Kerajaan Negeri kekal dengan portfolio sedia ada manakala tujuh yang lain termasuk menteri besar mempunyai pertambahan dan pertukaran.

“Semua exco sudah dimaklumkan pada Rabu yang lalu tentang perubahan portfolio itu. Perubahan itu merupakan idea dan cetusan baharu menteri besar selepas pulang dari Havard baru-baru ini.

“Selain pembangunan luar bandar, perladangan dan pertanian, kini, saya akan memegang portfolio penerangan dan pembangunan modal insan selepas kerajaan negeri mengambil alih kem Biro Tata Negara (BTN). Kita akan buat kem sendiri, jadi saya diberikan khusus untuk itu,” katanya kepada media semalam.

Saarani berkata demikian ketika menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Perak di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.

Empat Exco Kerajaan Negeri yang kekal dengan portfolio masing-masing adalah Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kini memegang portfolio Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Ekonomi manakala portfolio agama diletakkan di bawah Datuk Mohd Nizar Zakaria yang kini dengan portfolio baharu iaitu Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Mohd Nizar kini dipegang Datuk Samsudin Abu Hassan.

Perubahan turut melibatkan portfolio Datuk Shahrul Zaman Yahya apabila hanya bertanggungjawab bagi Sumber Manusia, Belia dan Sukan manakala Komunikasi dan Multimedia kini diberikan kepada Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sementara Datuk Rusnah Kassim pula, selain memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, dua lagi portfolio baharu diletakkan di bawah beliau iaitu Perumahan dan Kerajaan Tempatan.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan