Di Stockholm Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir.
Seorang rakyat Mesir yang protes dengan berbogel |
Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm.
Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam.
“Tentulah jika kita mahu melakukan perubahan, kita perlu melakukan sesuatu biarpun ia tidak disukai,” katanya.
Wanita Mesir yang memalukan negaranya |
Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu.
Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden.
Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini.
Sementara keluarganya di Kaherah pula, kata Alia, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu.
Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu.
Dia baru menganggotai FEMEN, sejak dua minggu lalu.
Alia menjadi popular selepas bergambar bogel dalam blognya, setahun yang lalu.
Foto yang dipapar dalam blognya yang mencetus kontroversi |
Baru-baru ini, Alia telah dihalang daripada memasuki Perancis untuk mengambil bahagian dalam protes bogel yang dirancang diadakan kedutaan Mesir di Paris.
Dalam pada itu, kumpulan pembangkang di Mesir yang turut memprotes rangka perlembagaan baru Mesir bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan Alia itu.
dah la buruk...perangai mcm penyembah syaitan takde agama
BalasPadamhuh..dah puas tgk gamabr bogel org tu, pastu nak berlagak jadi ustaz pulak...dunia akhir zamann..
BalasPadam