Khamis, 26 Februari 2015
Quick Balance oleh Maybank2u memudahkan pengguna
Maybank mempertingkatkan khidmat perbankan digitalnya menerusi pengenalan servis "Quick Balance" yang membolehkan pelanggan menyemak baki akaun pada bila-bila masa dan di mana saja menerusi peranti mudah alih.
Servis itu yang juga kali pertama diperkenalkan di Malaysia menerusi aplikasi Maybank2u, direka untuk memberi nilai yang lebih baik terhadap perbankan mudah alih bank itu.
Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Hamirullah Boorhan, berkata Quick Balance bertujuan menambah kemudahan dalam laman digital untuk mengendalikan transaksi perbankan asas.
Semakan baki akaun adalah kemudahan yang paling kerap digunakan bagi hampir semua pelanggan yang mendaftar masuk Maybank2u.
"Dengan kemudahan Quick Balance, pelanggan diberikan laluan mudah untuk menyemak baki akaun tetapi bukan untuk mengendalikan transaksi lain dalam talian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Quick Balance bertujuan mendorong pertumbuhan perbankan digital Maybank dan diperkenalkan berikutan kejayaan pelancaran aplikasi Maybank2u yang menarik sejuta muat turun sejak 8 September 2014.
Untuk laluan ke Quick Balance, pelanggan hanya perlu mewujudkan nombor pengenalan peribadi (PIN) enam digit yang baharu dengan mendaftarkan mana-mana akaun simpanan, semasa atau kad kredit dan mereka boleh terus menyemak baki akaun.
Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play Store.
Isnin, 23 Februari 2015
Petua Perubatan Kencing Manis, Darah Tinggi dan Sakit Jantung
Petua perubatan daripada Ustaz Sharhan Syafie untuk mengubati penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Kepada yang hendak mencuba resepinya senang jer :
- 1 biji kelapa muda yang berhinggus (isi lembut)
- 3 batang serai yang telah diketuk
- 7 biji halba
Caranya :
Dipanaskan dan diminum airnyer...amalkan selang sehari...sebanyak 7 biji kelapa perlu dihabiskan dalam masa 14 hari...selamat mencuba....
In Sya Allah...
Keberkesanannya 80% berjaya
Alhamdullillah...
SHARE tip penting ini kepada rakan anda yg menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi....
Rabu, 4 Februari 2015
SITIAWAN HOMESTAY - MUSLIM HOTEL
Rumah homestay untuk disewa di Sitiawan negeri Perak. Lokasi yang strategik dan pelbagai kemudahan dalam rumah yang erba lengkap sesuai untuk penginapan yang selesa bagi anda sekeluarga maupun yang bujang, berkumpulan atau individu yang bermusafir.
Tempahan boleh dibuat awal sila hubungi 019 542 7945 @ 019 556 7893
Sedia disewa untuk semua urusan di Bandar Pelancongan Manjung, Pulau Pangkor @ untuk berkursus, urusan perkahwinan, pendaftaran anak di IKM, UNIKL (MIMET) dan sebagainya.
Alamat rumah homestay - 130, Taman Sentosa 2, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.
Kemudahan disediakan ;
- 4 Bilik tidur
- 3 bilik air
- Bilik utama katil queen aircond
- ruang tamu dilengkapi dengan perabut spt meja makan, sofa, tv dll.
Untuk pertanyaan harga dan sebagainya sila hubungi Puan Hajjah Laila ;
* Layari blog SITIAWAN HOMESTAY...klik SINI
Langgan:
Catatan (Atom)