Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan

Ahad, 11 Oktober 2015

Mangsa SEKS lelaki Bangla ugut sebar video


Seorang kerani menanggung derita fizikal dan mental apabila dipaksa menjadi pemuas nafsu seks seorang lelaki warga Bangladesh selepas diugut video aksi panas mereka akan disebarkan kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya jika tidak berbuat demikian.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lily, 21, berkata, dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka bekerja di kilang pemborong sayur di Simpang Pulai.

Menurutnya, sepanjang dia mengenali Anwar, 27, hubungan sama seperti rakan-rakan sekerja lain.
“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.
“Masa tu, lelaki  tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui pada sidang media semalam.

Dia mendakwa selepas insiden itu, suspek menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.
“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bercham Sabtu lalu.
Lily memaklumkan dia turut menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bercham, Lim Huey Shan berkata, pada malam Sabtu lalu, beliau bersama 20 orang anggota skim rondaan sukarelawan (SRS) Bercham, membantu mangsa memerangkap suspek untuk diserahkan kepada polis.

“Seperti biasa mangsa mengambil suspek di tempat kerja di Simpang Pulai menaiki keretanya dan kita bertindak menghalang kenderaan tersebut serta menahan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Bercham.

“Kita berbuat demikian selepas mangsa meminta bantuan supaya suspek dapat ditahan atas kesalahan yang dilakukannya itu,” katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Bercham berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Lily (mangsa)

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Rabu, 4 Februari 2015

SITIAWAN HOMESTAY - MUSLIM HOTEL


Rumah homestay untuk disewa di Sitiawan negeri Perak. Lokasi yang strategik dan pelbagai kemudahan dalam rumah yang erba lengkap sesuai untuk penginapan yang selesa bagi anda sekeluarga maupun yang bujang, berkumpulan atau individu yang bermusafir.

Tempahan boleh dibuat awal sila hubungi 019 542 7945 @ 019 556 7893

 
Sedia disewa untuk semua urusan di Bandar Pelancongan Manjung, Pulau Pangkor @ untuk berkursus, urusan perkahwinan, pendaftaran anak di IKM, UNIKL (MIMET) dan sebagainya.

Alamat rumah homestay - 130, Taman Sentosa 2, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.




 

Kemudahan disediakan ;
- 4 Bilik tidur
- 3 bilik air
- Bilik utama katil queen aircond

- ruang tamu dilengkapi dengan perabut spt meja makan, sofa, tv dll.



 Untuk pertanyaan harga dan sebagainya sila hubungi Puan Hajjah Laila ;




* Layari blog SITIAWAN HOMESTAY...klik SINI


Khamis, 23 Oktober 2014

Fitnah Video SEKS Ustaz Azhar Idrus Mungkin Dari Dajal...Dunia Nak Akhir Zaman


Sebuah blog yang dikenali sebagai cilipadi telah menyebarkan fitnah seorang lelaki menyerupai Ustaz Azhar Idrus sedang berpelukan tanpa pakaian di atas katil.
Posting tersebut bertarikh 23 Oktober 2014 > dipetik dari blog Celah Gelegar bertarikh  (Thursday, October 23, 2014)


*Namun pada pendapat KM gambar itu positif 100% adalah diedit menggunakan teknik 'super impose' atau tampalan atas foto lain.
Cuba kita perhatikan betul-betul pada bahagian antara kepala dan badan terdapat perbezaaan intonasi warna yangagak ketara. Bahagian badan berwarna agak cerah sementara di bahagian tengkuk keatas adalah gelap.
Sesiapa yang biasa tengok rupa Ustaz Azhar Idrus pasti mengatakan warna kulitnya agak gelap.


Berikut komen-komen dari pembaca di media sosial iaitu :


Berikut pandangan dari salah seorang dipercayai ahli umno pula :

Foto-foto yang digunakan untuk FITNAH kepada Ustaz Azhar Idrus .....Astaghfirullahalazim!!!
*sumber dari blog Cili Padi


Berbagai-bagai andaian dibuat oleh pelbagai-bagai pihak antaranya :
- mungkin ada pihak jahat pasang cctv dalam bilik hotel mewah tu
- apa salahnya gambar tu kan dengan isterinya yang sah
- ada puak berniat jahat menjatuhkan nama baik Ustaz Azhar Idrus yang terkenal ini
- twist focus isu politik yang sedang hangat terkini
- disebabkan teguran yang berani ada pihak tak puas hati


*Namun yang pasti ini adalah perbuatan paling jahat (fitnah akhir zaman) yang tidak bermoral bertujuan untuk mendedahkan aib seseorang serta menjatuhkan krebiliti nama baik seorang ulama Islam.
Semoga Allah Taala menyelamatkan kita semua umat Islam dari fitnah yang teruk ini.

Jumaat, 28 Disember 2012

Hotel Hilton 5 bintang dibuka di Makkah untuk jemaah haji dan umrah


Di Makkah sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang mengandungi 5,000 bilik akan dibuka dekat Masjidil Haram di sini sebelum Ramadan sebagai sebahagian daripada projek perumahan Jabal Omar, kata Pengerusi Lembaga Syarikat Pembangunan Jabal Omar, Abdul Rahman Faqeeh.

“Hotel baru itu akan diuruskan oleh Hilton International,” kata ahli perniagaan Arab Saudi itu dan menambah, hotel baru itu mempunyai dua menara 20 tingkat setiap satu.
Hotel itu terletak di bahagian S1, kawasan projek itu dan akan menghadap laman sebelah barat Masjidil Haram.

Terdapat tempat solat untuk muslimin dan muslimat dan juga pusat beli-belah empat tingkat.


Fasa pertama termasuk membina empat lagi hotel; Marriot Makkah, Hyatt Makkah, Conrad Makkah dan Hotel Konvensyen Hilton Makkah, kata Abdul Rahman.


Katanya, projek Jabal Omar ini akan membuka 11,000 peluang pekerjaan kepada warga Arab Saudi selepas tiga fasa pembinaannya selesai, termasuk 3,800 pekerjaan di bidang perhotelan.

“Sepanjang 18 bulan akan datang, kami akan mengambil 1,350 pekerja Arab Saudi,” katanya.

Abdul Rahman berkata, beratus-ratus pekerja Arab Saudi akan dilatih untuk bekerja di Hotel Hilton pertama sebelum bulan Ramadan.

Akhbar Al-Sharq melaporkan, syarikat itu merancang untuk mengambil 4,000 lagi pekerja Arab Saudi dalam masa tiga tahun.

Syarikat Jabal Omar membangunkan kawasan seluas 2.2 juta meter persegi dekat Masjidil Haram.

Antara rancangan pembangunan di kawasan itu termasuk, 38 menara hotel dan pusat beli-belah terbesar di negara ini.

Projek itu akan dapat memenuhi keperluan peningkatan jumlah jemaah haji dan umrah.

Kira-kira 10 juta jemaah tiba di Makkah sepanjang tahun dan 3 juta jemaah datang ke Makkah menunaikan haji setiap tahun.

Tiga puluh lapan hotel yang dalam pembinaan, diuruskan oleh 28 syarikat dan menambah 13,500 bilik lagi dalam industri perhotelan apabila ia siap lima tahun lagi, kata seorang pegawai kanan.

Projek itu dibina dalam lima fasa dan menelan belanja Sr20 bilion (RM16.32 bilion).




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.




KM: Hotel mewah untuk yang kaya dan mampu, macam kita ni duduk hotel biasa jer. Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana prihatin dan mengambil berat tentang kelesaan para jemaah yang datang beribadat ke Makkah.







'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...